Monday, 29 July 2013

Indahnya Islam: Adab Terhadap Haiwan.

Assalamualaikum semua!! Betapa indah dan sempurnanya agama Islam kerana kita digalakkan berbuat baik terhadap semua makhluk di muka bumi ini. Bukan sekadar berbuat baik sesama manusia, bahkan sesama makhluk seperti haiwan dan tumbuhan. 

Daripada Anas r.a: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang mengurung dan menyiksa binatang" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Mari kita hayati dan fahami adab-adab terhadap haiwan
1. Memerlihara dan menjaga dengan baik.
2. Rawat segera haiwan yang cedera atau sakit.
3. Memberi makanan dan minuman agar tidak lapar dan dahaga.
4. Tidak menganiaya dan mendera haiwan.
5. Melayan dengan penuh kasih sayang.
6. Memastikan tempat tinggal haiwan perliharaan selesa dan sesuai.

Dari Aisyah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: "Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram atau pun di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang" (Hadis riwayat Muslim)

[ ... ]

Wednesday, 24 July 2013

Aksi Panas Kucing Parsi Bersama Kekasih Hati!

Assalamualaikum semua. Hari ni model Dang Gebu, my persian cat yang perasan ayu lagi menawan ni telah ditangkap kerana aksi-aksi panasnya bersama kekasih hatinya jejaka macho Awang Gebu dan gambar-gambar panas mereka telah tersebar di laman sesawang royalcatsblog.blogspot.com

Gambar ni terlalu panas sebab berlaku di waktu siang di bulan Ramdhan!
Ooh!! Apakah!!???
Along jahat sebab dah malukan Dang Gebu! Manalah saya nak sorok muka ni?
Mujurlah aku ni hitam manis. Paparazzi tak perasan.
No komen!! No komen!!!
Hah! Akhirnya, paparazzi along telah pergi menemu bual Awang Gebu. Nasib kaulah Awang! haha
Kurang asam jawa punya makwe. Buat malu muka aku je!!!

Gambar panas ini telah diambil sebelum waktu berbuka puasa. Adoi, Dang Gebu dengan Awang Gebu  ni, bulan-bulan puasa nilah kamu nak buat gambar panas. Tak baik tau. Kurang pahala along. haha. 

Harap korang semua terhibur dengan keletah Dang Gebu dan Awang Gebu ni. Jumpa lagi. <3

[ ... ]

Nasib Si Tupai

Assalamualaikum.. Penat betullah main dengan budak-budak berbulu ni! Berpeluh macam baru balik dari jogging dekat Padang Speedy. Sebelum main dengan kucing-kucing aku, aku kenalah cuci jamban diorang dulu. Masa tengah-tengah cuci tu, aku tiba-tiba terasa macam nak jenguk bawah sangkar Adang dengan Awang kucing parsi aku tu. Nak tahu aku jumpa apa?! Memang terkejut!!! 

Tada!!!!!

Aku rasa korang semua mesti dah boleh agak ni kerja siapakan? Takkanlah Dang Gebu nak buat kerja-kerja macam ni? Kucing parsi aku ni cuma tau kutip stokin busuk aje. haha

Kalau nak ikutkan keadaan tupai ni, mesti dari petang tadi sebabnya tupai ni dah keras but perutnya aje yang still tak berapa nak keras lagi. Lagi pun, tupai ni tak berbau lagi. Begitulah hasil laporan dari Inspektor Ekin.. haha

Apa pun, Mummy Kontot, tolonglah jangan libatkan tupai ni lagi ye. Along suruh ko tangkap tikus dengan cencorot aje bukannya tupai.


[ ... ]

Saturday, 20 July 2013

Sumbangan Ikhlas Buat Si Kucing Malang.



Nilah keadaan kucing malang tersebut.

Anda pernah baca kisah kucing yang dipukul kepalanya sekitar bulan 5 tempo hari yang diselamatkan Norazian (FB : Arnab Putih) namun kucing itu mati akhirnya. 

Norazian menelefon saya (Dunia Kucing) semalam beliau terjumpa seekor kucing digigit anjing dan dibawa ke vet UPM Serdang, tetapi Vet tersebut tidak menerima kes baru pada hari Jumaat ,hanya menerima kes ulangan (follow up). Terpaksa beliau mencari vet lain. 

Ini adalah inbox Norazian untuk disiarkan:

Assalamualaikum...sekali lg saya mama oren...mohon bantuan...ada stray cat yg cedera teruk dibahagian perut...kena gigit anjing....mungkin dah 3 atau 4 hari...tadi baru jumpa terbaring kat tepi ofis....dgn rendah hati saya mohon sumbangan dari semua yg pernah beri sumbangan (tiada paksaan)sekadar mampu utk selamatkan meow ini....semua sumbangan ikhlas boleh bank in pada acc saya...

Norazian Bt Abdul Aziz. ..maybank 158 305 186 508..sumbangan ikhlas dr anda sgt lah sy hargai...sy akan update selalu keadaan meow ini....terima kasih

number phone sy 013 396 1891.

Admin mengesahkan kes ini BENAR.
[ ... ]

Friday, 19 July 2013

Pengorbanan Si Pencinta Kucing

Sayang di DK (Dunia Kucing),



Owner: Fatirah Daemi

Boy ku SAYANG!....
Boy ini saya bela daripada kecil. Ayah ambil di tepi jalan.. Berdua dengan adiknya, masa itu umur dia baru sebulan.. Rasanya dibuang tanpa mak dan masa itu Boy normal.

Sampailah raya 2011, saya tinggalkan boy di rumah.. Sebab balik kampung.. Ada kawan tolong bagi makan... Tengah hari tu kawan beritahu Boy hilang. Puas cari tapi tak jumpa. 

Saya balik petang tu. Buka je pintu nampak Boy terbaring dalam keadaan badan yang bengkak. Kalau kata dia jatuh dari tingkat 3 rumah, kenapa kawan yang jaga tu tak jumpa Boy?? Sebab masa tu Boy tak berupaya nak bangun pun.. 

So bawa pergi vet dan Boy disahkn mengalami patah tulang belakang dan doctor bagi dua pilihan sama ada "PTS" atau jaga dia. Sebab Boy tak boleh control kencing dan beraknya.



Tapi saya yang jaga dia dari kecil, susu botolkan dia. Takkan saya nak "PTS" dia... Dan bulan 11 2012. Boy sekali lagi diuji.. Kemaluannya putus dan reput. Sekali lagi "PTS" disyorkan.. 

Tapi saya pilih operation yang hanya 50-50 sahaja peluang untuknya dan saya berdoa kalau Boy menderita kemudian, saya memohon agar ALLAH ambil Boy semula dan Alhamdulilah, Boy dapat bertahan.. 

Doctor bagi 6 bulan je tempoh kehidupannya. Selepas tu Boy tetap harus di "PTS".

Operation itu telah menukar Boy dari jantan menjadi "betina"..

Dalam tempoh 6 bulan, kemaluan Boy untuk membuang kencingnya akan tertutup. Namun kata pepatah "usaha tangga kejayaan"..Dan selagi ada daya kita kena usaha.. 

Saya ke Kuala Lumpur dan ada harapan! Jika lubang itu tertutup masih boleh di bedah balik dan kosnya mencecah 3K!

Alhamdulilah syukur seribu kali syukur pembedahan Boy yang pertama itu dibantu sepenuhnya oleh rakan-rakan Facebook yang sayangkan Boy.. 

Lubang kencing Boy kian menyempit dan terpaksa memakai tiub setiap 12 jam untuk keluarkan air kencingnya dan hingga sekarang Boy dah melepasi masa 6 bulan yang diberikan oleh doktor walaupun lubang itu kini hanya sebesar lidi.

Alhamdulilah, Saya BERSYUKUR pada ALLAH. Segalanya dipermudahkan dengan berkat kesabaran kami.

p/s: Pengorbanan dan kesabaran penjaganya memang tidak dapat disangkal lagi.. Admin doakan agar tuannya kuatkan hati dan terus menjaga Boy walau bagaimana pun keadaannya kerana tuannya menYAYANGI BOY! Si kucing Istimewa 



"Walaupun kucing itu cacat ia juga ada hak untuk hidup seperti kita."
[ ... ]

Misi Menyelamatkan Anak Burung Merpati.


Assalamualaikum semua!!! Nak tahu tak, masa saya balik dari kerja tadi, saya singgah ke kedai buku. Adik nak beli manila kad. Saya tunggu aje dekat motor. 

Tengah tengok pemandangan luar kedai tu, tiba-tiba ternampak sesuatu sedang bergerak-gerak. Ingatkan kucing betina yang selalu aku bagi makan tu. Aku ni bukannya nampak sangat. Maklumlah, rabun. haha. 

Penat aku panggil benda yang aku ingatkan kucing tu. Macam pelik pun ada sebab kucing tu bila dipanggil, dia akan datang. Ni tak datang-datang. So, aku pun ambil keputusan pergi ke tempat benda bergerak tu. 

Takut juga sebab benda tu warna hitam. Bila dah dekat, alahai!!! Anak burung. So cute!!! Dia tengah mengesot-ngesot nak menyorok dari tempat panas. 

Aku pun dengan buat-buat beraninya ambil anak burung tu. Mula-mula takut juga sebab anak burung tu besar. Takut kena patuk yang sebenarnya. 

Aku terfikir jugak, ni anak burung apa ni? Tengok sekeliling, tak ada pula burung yang meroyan tengah cari anak dia. 

Aku pun ambil bawa balik. Mak dengan ayah aku pun tak tahu lagi sebenarnya ni. 

Balik-balik terus google, nak tahu burung apa. Rupa-rupanya anak burung merpati!! Dia diam aje masa bawa naik moto tadi. haha. Comel!!!. 

Aku on facebook, masuk group, then terus tanya nak bagi anak burung merpati ni makan apa. Bila dapat feedback dari kawan-kawan group cara nak bagi anak burung merpati tu makan, aku pun pergi berbuka dulu. haha. 

Lepas berbuka, aku solat then terus bagi anak burung merpati tu makan. Comel sangat dia makan!!! Untuk malam ni aku bagi beras aje. Esok nak try cari sambau burung. 

Aku siap suruh adik aku rakam lagi tu cara anak burung merpati ni makan tau. Comel sangat!!!

[ ... ]

Thursday, 18 July 2013

Anak Kucing Diberi Secara Percuma


Salam admin(Malaysian Cats Free Adoption (Kucing Diberi Secara Percuma)). Saya ada 6 ekor kucing yg saya nak iklankan. Kitten 5 ekor dengan ibu dia. Saya dan keluarga baru berpindah ke rumah flat. 

Saya ada banyak kucing dan ada yang sudah diberikan kepada orang lain untuk dijaga sebab rumah flat ni tak benarkan kucing untuk dibela. Buat masa ni, semua kucing2 saya, saya letak dekat rumah lama. Tapi dalam bulan ni, kawasan tu akan dirobohkan dan saya tak tahu nak letak mana kucing2 ni. 


Nama : Mie
Umur : 3 tahun
Jantina : Betina
Lokasi : Simpang Renggam, Johor

Mie ada 5 ekor kitten dlm umur 3 bulan. Anak2 dia dah tak menyusu sangat. Mie ni manja, suka gigit kaki kalau nak minta makan, dan penakut dengan orang yang dia tak kenal. 


Saya harap sangat ada yang sudi nak adopt dia sebab kalau kawasan rumah lama saya dirobohkan, saya terpaksa biarkan dia dan anak2 dia. 

If ada sesiapa yang berminat nk adopt Mie dan anak2 dia, boleh call atau msg saya 0177852899 atau pm sy. Saya belum sempat ambil gmbr baru ank-anak dia, kalau ada sesiapa berminat pm saya dan saya akan tunjukkan gambar yg latest. Saya harap ada yang memahami. Tina sudah pun diadopt.
[ ... ]

Si Kucing Parsi Yang Photogedik!


Assalamualaikum semua! Hari ni aku balik kerja awal sikit. Bukan apa, lama tak bawa Dang Gebu dengan Awang Gebu main-main dekat laman rumah sambil menikmati ulam pegaga *rahsia awek muda Princess Dang Gebu*. 
Ish, Dee-Dee dengan Batam ni sebok aje nak tau rahsia awek muda kita!!!

Dang Gebu macam biasalah, dia memang suka sangat-sangat bila main dekat luar. Awang pun macam biasa juga, takut bila bawa keluar. Mulalah kepala dengan badan menggigil over-over!! haha. 
Oo Abang Awangnye, boleh tak kepala tu jangan over sangat goyangnya? Habis lari semua tupai tau tak!!!
Awang oi, ko kenyit mata dekat siapa tu? Memang patutlah Dang Gebu bagi makan penampar sebelum berbuka! haha

Oh, putera raja mana pula yang sedang mengintai beta ni? Kacak sungguh. Nasib baik laki aku dah masuk, kalau tak, aku pulak yang makan tapak tangan gedabak dia tu. 

Sebolehnya dia nak masuk rumah. Tak sporting betullah kucing parsi jantan ni! Walau apa pun, sempat jugalah snap satu dua gambar Awang duduk atas pokok. 

Lepas tu Dang Gebu bantai tampar Awang then Awang terus merajuk nak masuk rumah! Isteri derhaka betullah Adang ni!!!
[ ... ]

Tuesday, 16 July 2013

Lebih Baik Usap Anjing Dan Babi.


Fakta:

Ramai berpendapat bahawa memegang anjing dan babi adalah haram tetapi sebenarnya apabila bersentuhan dengan binatang tersebut, hanya perlu menyamaknya dengan menggunakan satu bejana (cebok) air tanah yang suci disapukan dan digosokkan ditempat yang terkena atau tersentuh binatang tersebut. 

Selepas membasuh dengan air tanah, hendaklah dibasuh dengan air mutlak (air yang suci lagi menyucikan) sebanyak enam kali berturut-turut sehingga hilang bau, warna dan rasanya. Jika didapati masih ada bau, warna dan rasanya, maka ditambahkan lagi basuhan air mutlak tersebut sehingga hilang ketiga-tiga sifat najis tersebut.

Lagi pun, sekarang ni dah senang, tak perlu nak cari tanah lagi dah. Beli aje sabun taharah dekat kedai. Dekat kotak sabun tu pun dah ada panduannya.

Yang berpelukan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan buat maksiat tu tak ada pula yg ingat halal haram... Part binatang haram tak haram je yg mereka tau..hahahahahaha....shame on u..

“Andaikata kepala salah seorang diantara kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR Ath-Thobrany dan Al-Baihaqy dan dishohihkan oleh syeikh Al-Albany dalam Ash-Shohihah).



[ ... ]

Kiraan Umur Kucing Mengikut Kiraan Umur Manusia

Carta Umur!

Assalamualaikum semua!!! Ha, hari ni bertambah lagi satu ilmu mengenai kucing cat meow-meow. hehe. Macam biasalah, tengah ghalit berfacebok tiba-tiba terjumpa carta kiraan umur kucing mengikut kiraan umur manusia. Memang menarik dan senang nak faham. Jom kita kira umur kucing yang ada dalam royal cat's house nak tak?

Bermula dengan Dang Gebu dan Awang Gebu...
Kalau ikutkan umur Adang dan Awang sekarang ni dah setahun lebih, bila dikaji mengikut kiraan umur manusia, umur Adang dan Awang ialah.... 15 TAHUN!!! *Tuanya Dang Gebu dengan Awang Gebu!!!
Pakcik Awang dan Makcik Adang sedang berjemur. Duduk dalam sangkar macam ni pun Awang dah menggigil, kalau keluar sangkar lagi teruk takutnya. huhu
Kalau ikut kata tuan asal Si Kontot ni, umurnya dah 5 tahun. Kalau ikut umur manusia, maknanya Si Kontot yang mengade-ngade ni dah 36TAHUN!! Wow!! Lagi tua dari Adang dan Awang. haha.. *Patutla tak ada gigi.
Berapa pulak umur Mon-Mon ni ye?
D.O.B Mon-Mon dengan Batam 09/03/13. Dah 4bulan umurnya. Wah! Umur diorang ni dah 6-8 TAHUN!! Dah boleh pergi sekolah!
Dee-Dee ni aku bajet umur dia dalm 3bulan. Means umur Dee-Dee ni dalam 3 ke 4 TAHUN! Tua jugak kau ni Dee-Dee. Bulan depan dah boleh masuk tadika.. hehe

Seronok sebenarnya bila kita dapat tahu umur kucing kesayangan kita mengikut kiraan umur kita. Tak sangka umur kucing kita lebih tua dari kita. Pada hal baru aje bela diorang ni. hehe



[ ... ]

Bugsy HPW Diet For Sugar Glider


Assalamualaikum semua!! Ha, hari ni teruja sangat-sangat sebab barang yang aku oder dari Kelvin Chan dah sampai!!! Servis dari Kelvin Chan memang terbaik!!! Aku beli HPW Bugsy Complete dengan Happy Glider Fruit Flavor. Yoona dengan Hachiko suka giler!! 
Hachiko tak mau jadi model. Yoona lari terus.

Aku sebenarnya memang dah lama sangat nak beli HPW jenama Bugsy untuk sugar glider aku, tapi disebabkan beberapa masalah (kewangan terutamanya) aku pun menangguhkan dulu hasrat aku tu. 
Berebut nakkan Happy Glider Fruit Flavor.

HPW ni makanan wajib untuk sugar glider. Jadi, tak dapat jenama Bugsy, aku gantikan HPW sugar glider aku dengan jenama yang lebih murah. Sama ada HPW ChubbyPetsGarden atau Exotic Nutrition. Yang penting HPW. Kalau jenama lain memang tak diiktiraf oleh otai-otai suggie. Harap maaf. huhu. 
[ ... ]

Monday, 15 July 2013

Menanam Rumput Kucing Organik.


Assalamualaikum semua! Sebelum berbuka puasa tadi, sempat lagi aku menanam rumput kucing organik. Bukan apa, kesian dekat kucing-kucing rumah aku ni. Tak merasa makan rumput macam kambing. 

Kawasan rumah aku memang ada rumput tapi aku jarang lepaskan kucing aku ni dekat rumput-rumput tu. Aku takut nanti tak terkawal bila lepaskan kucing-kucing aku. Diorang tu kalau dah meroyan memang tak ingat dunia. 

Alkisahnya bermula sewaktu pagi tadi, time aku nak cuci jamban kucing aku yang harum semerbak sampai satu kampung boleh pingsan kalau tercium baunya. 
Si Batam ni je yang rajin tolong aku menanam...

Kebiasaannya masa buka sangkar memang kucing-kucing aku tu akan meluru straight masuk rumah. Beranilah kalau melencong tempat lain. Memang kena spray. haha. 
Semua nak dibaunya...

Tapi pagi tadi tak sempat nak jerit kucing-kucing aku dah meluru ke kawasan rumput. Ish, ish, ish... Memang kesian sebab bila diorang jumpa rumput macam jumpa emas! Tak ingat dunia. Jadi, aku yang baik hati ni biarkan ajelah diorang main rumput tu. 

Tiba-tiba aku teringat yang aku ada beli rumput kucing organik. Lama tak tanam rumput tu. Nasib baiklah tak boleh tumbuh sendiri maklumlah berkurun lamanya tersimpan dalam almari.
Bila agaknya rumput ni nak tumbuh?

So, bertemankan budak berbulu tu, aku pun menanamlah rumput kucing organik. Macam-macam kerenah ada. Mon-mon aje yang buat tak tau time aku tanam rumput tadi. Siaplah! Jangan harap Mon-mon boleh makan rumput organik tu bila dah tumbuh!
[ ... ]

Sunday, 14 July 2013

Anak kucing Diberi Secara Percuma


Saya dari UKM dan ada nak minta bantuan cari adopter untuk 2 ekor anak kucing liar. Saya baca pada description suruh inbox pihak MCFA. Ini details yang saya boleh bagi:
Location : Kolej Dato' Onn UKM Bangi Selangor
No Hp : 0132033568

Details anak kucing : 2 ekor, warna kuning keemasan. Tak dapat bawa ke vet untuk check sebab saya tiada duit dan tiada kenderaan. Tapi nampak kedua-dua sihat. Kolej selalu ada group monyet liar selongkar tong sampah, bimbang keselamatan diorang. 

Ibunya pun dah x kenal sebab pernah hilang sekali, dah hilang bau agaknya. Saya tak dapat nak jaga sebab tiada duit, dan tak akan lama di UKM sebab plan nak cari kerja di tempat lain. Dua2 sama color, seekor aktif dan plump, seekor kurus senyap dan sweet. 

Dua2 sangat attached dengan manusia, sebab sunyi bila try pergi kat mak die mak die cuba nak serang. Kesian sangat, harap dapat cari tempat tinggal yang selamat dan selesa. Ini pics diorg.


Update: Saya dah jumpa seorang adopter untuk yang cergas plump, jadi mohon sangat pada sesiapa untuk adopt yang sweet tu, yang tu lemah sikit so takut die lagi senang kene serang kalau tinggal die sorang, 

saya letak diorg kat luar bilik time keje. Die sangat sweet dan manja dengan manusia, suka panjat duduk atas riba dan suka cium muka kalau saya baring, sangat baik. mohon sangat pada sesiapa yang sudi.
[ ... ]

Cage For Sugar Glider

Assalamualaikum semua!!! Hari ni saya nak bercerita pasal sangkar untuk sugar glider memandangkan saya baru aje cuci semua aksesori sugar glider saya. 
Baru lepas sembur dengan BAJA HAIWAN!!

Nak bela sugar glider ni kena rajin mencuci. Kalau tidak baunya harum semerbak kasturi. Satu kampung boleh bau ooo!!! Dahsyat tak? 

Disebabkan sangkar sugar glider aku ni hand made, hasil seni dari tanganku yang mulus dan suci ini, aku terpaksa buat lagi satu kerja tambahan iaitu menjemur sangkar. 

Bukan apa, sangkar sugar glider aku ni berbingkaikan kayu. Kalau tak dijemur, mau dia berkulat dan reput. haha. Jadi, hasilnya sangkar sugar gliderku wangi, cantik dan bersih. Aku siap sembur baja haiwan lagi tu tau. hehe

Kalau korang nak tahu, sangkar sugar glider ni bukan macam sangkar hamster tau. Tak mainlah sangkar kecil-kecil ni. Tak puas nak lompat. Sia-sia aje sugar glider ada glider tapi tak boleh nak melompat-lompat. 

Jadi, saiz sangkar untuk sugar glider ni kena sekurang-kurangnya tiga kaki. Ulang bacaan, TIGA KAKI. Kalau nak buat lagi besar, lagi bagus. Meriah suasana sangkar tu sebab tuannya pun boleh join jadi tarzan. hahaha
Selesai tambah wheel, lapik sangkar and tempat tidur.

Kalau nak beli sangkar sugar glider memang harganya agak mahal (bagi aku yang kedekut ni), jadi, aku buatlah sendiri. 

Terima kasih kepada ayah dan mama sebab banyak membantu. Kalau nak harap aku buat sorang-sorang, macam manalah rupa sangkar tu ye? 

Adakah seperti sangkar baru si mummy kontot? haha, Kalau nak tahu kisah sangkar baru kontot, bolehlah klik dekat --> sangkar baru si kucing.

Oklah, rasanya cukup dulu aku membebel untuk episod ni. Aku nak pergi main gigit-gigit dengan si yoona, my mummy buyung sugar glider. bye!!!
[ ... ]

Thursday, 11 July 2013

Luahan Hati Si Pencinta Kucing

Haiwan juga berhak untuk hidup bahagia...

Assalamualaikum semua... Tengah saya ber'facebook-facebooking' tiba-tiba saya terjumpa luahan hati kak Shamsiah Muin di facebook Pusat Jagaan Kucing. Sangat-sangat menyentuh hati. Bagi anda yang berkemampuan dan yang ingin menambah amalan kebajikan di bulan puasa yang mulia ini bolehlah membantu kak Shamsiah Muin ini. Kepada mereka yang gemar mengambil jalan mudah dengan cara membuang kucing atau anjing yang tidak berdosa, ingatlah, mereka akan menjadi saksi di atas setiap perbuatan anda dihari kiamat kelak...

Salam.

Nama saye Shamsiah Muin. Menetap dan menumpang rumah aruah bapa bersama emak sebab sye seorang yg belum berkahwin. Kakak2 dan abng sume dah berumah tangga dan masing2 tinggal di rumah sendiri.

Oleh kerana emak selalu tak berapa sihat umurnye dah hampir 90an, sye dgn rela hati ikhlas tinggal menjaga semua urasan rumah hinggalah ke klinik, urusan pencen dan lain2 untuk emak.

Kawasan rumah saye agak luas, rumah kampung la katakan. Aruah bapak ade membela mungkin kurang dari 2 ekor kucing itu pun samada orang buang atau kucing terbiar yg datang hijrah ke area saye. setelah aruah bapak tak ade lagi semenjak tahun 2005, sye yg ketika itu baru mula kerja dalam awal 20an mau tak mau ambil alih menjaga kucing2 itu sehingga laa ni dah bertambah hampir ke 25 ekor termasuk kittens. 

Dalam mase yang same orng2 yg tak hati perut maseh lagi meletak kucing2 yg berkurap, sakit, ade yang nyawa2 ikan, babies yang belum bukak matta pun ade di area rumah saye.

Saye ni tak sampai hati nak buang dan halau mereka akan cuba sedaya upaya memberi makan, merawat mane yang cedera. Dulu sye ade card credit tp dah pakai to da max dan dah tutup sbb asek swipe untuk vet & cat food..

Sye sekarang ni dah kerap sangat putus bekalan kibbles, sampai kan sye sendiri berpuasa so tat all my cats dapat makan. Kalau cerita pinjam dgn my sisters tak yah cakap dah.. sampai diorang kata, buangkan jelaa sume kucing2 tu sebab sye sendiri dah kurus keremping.. Harap gaji berape sangat. kereta syae tayar dah 4 sume dah hampir botak dah macam2 bunyi dah. Lagi pun saye masih lagi membayar utang credit card saye melalui AKPK sebab tak mampu nak bayar lebih.

Sye memohon jasa baik tuan/puan dapatla kiranya membantu sye dari segi kibbles dan vaccine/mandulkan/ supaya sye bole kawal dari situ. Saye sekarng nie sedang mengutip papan2, tiles terbuang nak bina tempat yang lebih selesa untuk mereka sebab kat area saye tetiba ade stray dogs pulak.. Kebanyakan kucing sye dalam cage yang bwh 2 tahun. Yg dewasa sye terpaksa biar kat luar.

Timbul masalah lain, mak sye tak menyokong dan galakkan ape yg sye buat untuk kucing2 nie. Mak sye dah mula komplin, ruma aku dah busuk, katernye. Walaupun sye akan pastikan najis2 mereka akan dibungkus dan di buang di tempat buangan sampah. Ade jugak yg poke mak sye dgn memicit hidung kalau lalu depan rumah saye. Sedih jugak.

Bole kan tuan/puan tolong sye, sye sekarang ni tengah buntu macam mane nak cari wang nak beli simen nak buat rumah mereka.. nak upah orng lagi nak bina bina tu kan.

Setiap kali dapat gaji, tolak kereta RM360, AKPK - RM750, Mak - RM100, Hutang piutang kwn2/kakak - RM220+RM100+RM100, Tol : RM208, Minyak pergi kerja : RM150, selebehnye kibbles - tahan tak sampai 2 minggu. Gaji : RM2100

Alamat ruma ; No. 123/A Kg Sg Balak Bt 13 Jalan Cheras 43000 Kajang
H/P. : 017 - 25 69133

Sekian Wassalam.

Yang mengharap
Shamsiah
Mak Ibu Mama Ummi Kucing terbiar
[ ... ]

Tuesday, 9 July 2013

Pokok Kucing Galak

Nama tempatan : Kucing Galak
Nama Saintifik : Acalypha Indica
Nama Lain : Indian copperleaf, India acalypha
Famili : Euphorbiaceace
Lokasi Dijumpai : Tumbuhan liar

Keterangan :
Acalypha Indica atau Pokok Kucing Galak ini wujud sepanjang tropik Dunia Silam. Di Afrika ia terdapat di Nigeria di Afrika Barat dan sepanjang Afrika tropika dan kepulauan Lautan Hindi. Ia juga terdapat di India, Asia Tenggara, dan Oceania. Ia telah diperkenalkan di kawasan dunia baru yang memiliki cuaca yang bersesuaian.

Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar di negara kita walaupun dikatakan berasal dari India. Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 ~ 1 meter. Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan memakan akar dan daunnya.

Kegunaan :
Digunakan dengan meluas dalam perubatan tradisional dan homeopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang menyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk. Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.


[ ... ]

Saturday, 6 July 2013

Travel Bag Sugar Glider.


Assalamualaikum semua!!! Seronok... Seronok... Seronok!!! Hari ni pergi Ipoh... Konon-konon aku nak beli kasut raya... Dari tengah hari gerak pergi ke Ipoh, but bila sampai Ipoh, nak masuk shopping mall memang tak boleh sebab full! Geram pun ada kan... Last-last pusing-pusing Ipoh aje. 

Nak dijadikan cerita, seorang adik aku ni nak pergi Pets Shop dekat bawah bangunan Jusco. Mula-mula memang tak nak masuk. But bila dah tengok muncung dia berdepa-depa, ayah pun bersetujulah nak masuk Pets Shop tu tapi syaratnya kenalah parking kereta luar kawasan Jusco... 

Jauh kot nak menapak!!! Apa boleh buatkan??? Hehehe... Bila masuk-masuk aje Pets Shop tu, aku terus cari barang sugar glider. Ingat nak cari HPW jenama Bugsy, tapi tak adalah pulak. 

Jadi aku tak tahu nak beli apa... Saja jalan-jalan dalam Pets Shop tu... Jalan punya jalan sambil mata melilau-lilau... Aku terjumpa................. Travel Bag untuk sugar glider!!! Great!!! Aku memng perlukan tarvel bag tu... Maklumlah, nak raya nanti boleh bawa sugar glider aku ni beraya sekali... 

Setelah setengah jam memilih travel bag, aku pun ambillah satu warna pink!!! Harganya tak sampai RM 40 pun... Sipi-sipi lagi nak RM 40... Aku memang ambil, pejam mata then bayar... Tak nak fikir-fikir lagi sebab nanti komfem tak jadi... Aku ni kedekut sikit orangnya... hahaha... 

Bila masuk kereta, aku terus tukar sugar glider aku masuk dalam travel bag baru... Teruja sugar glider kau... Tidur lena aje sepanjang jalan balik... Tak menguit langsung... 

Dah sampai rumah pun tak nak bangun... Biarlah diorang tidur... Lapar nanti baru masuk sangkar ok?

[ ... ]

Jom Layan Blog Crazy Cat Lady...

Assalamualaikum... Hai semua... Seronok betullah baca blog Crazy Cat Lady ni sampai lupa nak update blog semalam... 

Banyak benda yang boleh kita belajar dari blog ni... Bukan setakat belajar pasal kucing aje tau... 
Mummy Kontot sedang beryoga.

Tapi tentang kasih-sayang sesama makhluk... Itu yang utama... Seronok betullah kucing-kucing duduk dengan kakak... 

Macam-macam kelas ada... Yoga class pon ada tau... Haha... Best... Best... Best... Terbaik!!! Mummy Kontot, nanti along hantar kamu ke kelas Yoga LJ ok? Jangan dok memburu aje... (Malam tadi dah bawa balik seekor anak tikus)
Kotak atau sambal tempoyak???

Kisah yang paling aku suka sekali is kisah Tu Kotak Kitalahhhh!! Memang semua kucing tak kiralah kucing tu kecik, besar or perasan kecik sukakan kotak... 

Bagi mereka, kotak tu selamat dijadikan tempat berlindung... Budak-budak kucing dekat rumah ni pon, kalau dapat kotak memang tak macam kotak... Tapi dah macam sambal tempoyak, KOYAK dan RANAP kotak tu diorang kerjakan!!!
[ ... ]

Tuesday, 2 July 2013

Kaki KUcing Terseliuh Semasa Ribut

Assalamualaikum semua. 

Huh, Rasa macam tak nak bangun aje sebab subuh-subuh tadi hujan lebat plus angin kencang. Bahagia adik kembar aku sebab tak pergi sekolah. Hujan ribut jadi alasan. haha. Ok, aku tak berminat nak cerita pasal adik kembar aku yang tengah syok layan Harry Potter tu. Abaikan ok!? 

Aku cuma nak kongsi gambar budak bernama Mon-Mon ni. Kaki terseliuh. Maybe sebab takut sangat tengok hujan melanda pagi tadi. Ni tengah tunggu mama balik nak minta urut kaki dia. Dalam terseliuh tu pun boleh lagi dia kejar and belasah si Dee-Dee. Ish... Ish... Ish...

Tengah mengendap Si Dee-Dee.

Alamak, kantoi!!!

Dengan gigihnya dia nak bukak balut kaki dia. 

[ ... ]

CAT POISONING IN PUTRAJAYA




CAT POISONING IN PUTRAJAYA

Over the last few months, we have received reports of several stray cats being fatally poisoned in Putrajaya. The heart-wrenching photos above were taken by one of the residents who saw these strays suffering outside his home. It was too late, the vet could not save them.

The Department of Veterinary Services (DVS) is looking into this case, police reports have been made and samples of the poison have been sent to the lab for testing. Neighbours suspect it could have been the Putrajaya council or other neighbours who were irritated with the presence of the cats in/near their homes.

SPCA Selangor inspectors prepared education packs and a student from UPM helped to distribute them in the housing area. The packs contained leaflets (translated to Bahasa Malaysia) on responsible cat ownership, as well as immediate first-aid information and emergency vet contacts in case they come across pets/strays that have been poisoned - quick action could save their lives.

If you have any information on this case, please contact SPCA Selangor at inspectorate@spca.org.my or 4256 5312/ 4253 5179. Thank you.
[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB