Monday 29 July 2013

Indahnya Islam: Adab Terhadap Haiwan.

Assalamualaikum semua!! Betapa indah dan sempurnanya agama Islam kerana kita digalakkan berbuat baik terhadap semua makhluk di muka bumi ini. Bukan sekadar berbuat baik sesama manusia, bahkan sesama makhluk seperti haiwan dan tumbuhan. 

Daripada Anas r.a: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang mengurung dan menyiksa binatang" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Mari kita hayati dan fahami adab-adab terhadap haiwan
1. Memerlihara dan menjaga dengan baik.
2. Rawat segera haiwan yang cedera atau sakit.
3. Memberi makanan dan minuman agar tidak lapar dan dahaga.
4. Tidak menganiaya dan mendera haiwan.
5. Melayan dengan penuh kasih sayang.
6. Memastikan tempat tinggal haiwan perliharaan selesa dan sesuai.

Dari Aisyah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: "Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram atau pun di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang" (Hadis riwayat Muslim)

0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB