Friday 19 July 2013

Pengorbanan Si Pencinta Kucing

Sayang di DK (Dunia Kucing),



Owner: Fatirah Daemi

Boy ku SAYANG!....
Boy ini saya bela daripada kecil. Ayah ambil di tepi jalan.. Berdua dengan adiknya, masa itu umur dia baru sebulan.. Rasanya dibuang tanpa mak dan masa itu Boy normal.

Sampailah raya 2011, saya tinggalkan boy di rumah.. Sebab balik kampung.. Ada kawan tolong bagi makan... Tengah hari tu kawan beritahu Boy hilang. Puas cari tapi tak jumpa. 

Saya balik petang tu. Buka je pintu nampak Boy terbaring dalam keadaan badan yang bengkak. Kalau kata dia jatuh dari tingkat 3 rumah, kenapa kawan yang jaga tu tak jumpa Boy?? Sebab masa tu Boy tak berupaya nak bangun pun.. 

So bawa pergi vet dan Boy disahkn mengalami patah tulang belakang dan doctor bagi dua pilihan sama ada "PTS" atau jaga dia. Sebab Boy tak boleh control kencing dan beraknya.



Tapi saya yang jaga dia dari kecil, susu botolkan dia. Takkan saya nak "PTS" dia... Dan bulan 11 2012. Boy sekali lagi diuji.. Kemaluannya putus dan reput. Sekali lagi "PTS" disyorkan.. 

Tapi saya pilih operation yang hanya 50-50 sahaja peluang untuknya dan saya berdoa kalau Boy menderita kemudian, saya memohon agar ALLAH ambil Boy semula dan Alhamdulilah, Boy dapat bertahan.. 

Doctor bagi 6 bulan je tempoh kehidupannya. Selepas tu Boy tetap harus di "PTS".

Operation itu telah menukar Boy dari jantan menjadi "betina"..

Dalam tempoh 6 bulan, kemaluan Boy untuk membuang kencingnya akan tertutup. Namun kata pepatah "usaha tangga kejayaan"..Dan selagi ada daya kita kena usaha.. 

Saya ke Kuala Lumpur dan ada harapan! Jika lubang itu tertutup masih boleh di bedah balik dan kosnya mencecah 3K!

Alhamdulilah syukur seribu kali syukur pembedahan Boy yang pertama itu dibantu sepenuhnya oleh rakan-rakan Facebook yang sayangkan Boy.. 

Lubang kencing Boy kian menyempit dan terpaksa memakai tiub setiap 12 jam untuk keluarkan air kencingnya dan hingga sekarang Boy dah melepasi masa 6 bulan yang diberikan oleh doktor walaupun lubang itu kini hanya sebesar lidi.

Alhamdulilah, Saya BERSYUKUR pada ALLAH. Segalanya dipermudahkan dengan berkat kesabaran kami.

p/s: Pengorbanan dan kesabaran penjaganya memang tidak dapat disangkal lagi.. Admin doakan agar tuannya kuatkan hati dan terus menjaga Boy walau bagaimana pun keadaannya kerana tuannya menYAYANGI BOY! Si kucing Istimewa 



"Walaupun kucing itu cacat ia juga ada hak untuk hidup seperti kita."

0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB