Sunday 14 July 2013

Cage For Sugar Glider

Assalamualaikum semua!!! Hari ni saya nak bercerita pasal sangkar untuk sugar glider memandangkan saya baru aje cuci semua aksesori sugar glider saya. 
Baru lepas sembur dengan BAJA HAIWAN!!

Nak bela sugar glider ni kena rajin mencuci. Kalau tidak baunya harum semerbak kasturi. Satu kampung boleh bau ooo!!! Dahsyat tak? 

Disebabkan sangkar sugar glider aku ni hand made, hasil seni dari tanganku yang mulus dan suci ini, aku terpaksa buat lagi satu kerja tambahan iaitu menjemur sangkar. 

Bukan apa, sangkar sugar glider aku ni berbingkaikan kayu. Kalau tak dijemur, mau dia berkulat dan reput. haha. Jadi, hasilnya sangkar sugar gliderku wangi, cantik dan bersih. Aku siap sembur baja haiwan lagi tu tau. hehe

Kalau korang nak tahu, sangkar sugar glider ni bukan macam sangkar hamster tau. Tak mainlah sangkar kecil-kecil ni. Tak puas nak lompat. Sia-sia aje sugar glider ada glider tapi tak boleh nak melompat-lompat. 

Jadi, saiz sangkar untuk sugar glider ni kena sekurang-kurangnya tiga kaki. Ulang bacaan, TIGA KAKI. Kalau nak buat lagi besar, lagi bagus. Meriah suasana sangkar tu sebab tuannya pun boleh join jadi tarzan. hahaha
Selesai tambah wheel, lapik sangkar and tempat tidur.

Kalau nak beli sangkar sugar glider memang harganya agak mahal (bagi aku yang kedekut ni), jadi, aku buatlah sendiri. 

Terima kasih kepada ayah dan mama sebab banyak membantu. Kalau nak harap aku buat sorang-sorang, macam manalah rupa sangkar tu ye? 

Adakah seperti sangkar baru si mummy kontot? haha, Kalau nak tahu kisah sangkar baru kontot, bolehlah klik dekat --> sangkar baru si kucing.

Oklah, rasanya cukup dulu aku membebel untuk episod ni. Aku nak pergi main gigit-gigit dengan si yoona, my mummy buyung sugar glider. bye!!!

0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB