Showing posts with label anjing. Show all posts
Showing posts with label anjing. Show all posts

Saturday, 20 July 2013

Sumbangan Ikhlas Buat Si Kucing Malang.



Nilah keadaan kucing malang tersebut.

Anda pernah baca kisah kucing yang dipukul kepalanya sekitar bulan 5 tempo hari yang diselamatkan Norazian (FB : Arnab Putih) namun kucing itu mati akhirnya. 

Norazian menelefon saya (Dunia Kucing) semalam beliau terjumpa seekor kucing digigit anjing dan dibawa ke vet UPM Serdang, tetapi Vet tersebut tidak menerima kes baru pada hari Jumaat ,hanya menerima kes ulangan (follow up). Terpaksa beliau mencari vet lain. 

Ini adalah inbox Norazian untuk disiarkan:

Assalamualaikum...sekali lg saya mama oren...mohon bantuan...ada stray cat yg cedera teruk dibahagian perut...kena gigit anjing....mungkin dah 3 atau 4 hari...tadi baru jumpa terbaring kat tepi ofis....dgn rendah hati saya mohon sumbangan dari semua yg pernah beri sumbangan (tiada paksaan)sekadar mampu utk selamatkan meow ini....semua sumbangan ikhlas boleh bank in pada acc saya...

Norazian Bt Abdul Aziz. ..maybank 158 305 186 508..sumbangan ikhlas dr anda sgt lah sy hargai...sy akan update selalu keadaan meow ini....terima kasih

number phone sy 013 396 1891.

Admin mengesahkan kes ini BENAR.
[ ... ]

Tuesday, 16 July 2013

Lebih Baik Usap Anjing Dan Babi.


Fakta:

Ramai berpendapat bahawa memegang anjing dan babi adalah haram tetapi sebenarnya apabila bersentuhan dengan binatang tersebut, hanya perlu menyamaknya dengan menggunakan satu bejana (cebok) air tanah yang suci disapukan dan digosokkan ditempat yang terkena atau tersentuh binatang tersebut. 

Selepas membasuh dengan air tanah, hendaklah dibasuh dengan air mutlak (air yang suci lagi menyucikan) sebanyak enam kali berturut-turut sehingga hilang bau, warna dan rasanya. Jika didapati masih ada bau, warna dan rasanya, maka ditambahkan lagi basuhan air mutlak tersebut sehingga hilang ketiga-tiga sifat najis tersebut.

Lagi pun, sekarang ni dah senang, tak perlu nak cari tanah lagi dah. Beli aje sabun taharah dekat kedai. Dekat kotak sabun tu pun dah ada panduannya.

Yang berpelukan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan buat maksiat tu tak ada pula yg ingat halal haram... Part binatang haram tak haram je yg mereka tau..hahahahahaha....shame on u..

“Andaikata kepala salah seorang diantara kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR Ath-Thobrany dan Al-Baihaqy dan dishohihkan oleh syeikh Al-Albany dalam Ash-Shohihah).



[ ... ]

Thursday, 11 July 2013

Luahan Hati Si Pencinta Kucing

Haiwan juga berhak untuk hidup bahagia...

Assalamualaikum semua... Tengah saya ber'facebook-facebooking' tiba-tiba saya terjumpa luahan hati kak Shamsiah Muin di facebook Pusat Jagaan Kucing. Sangat-sangat menyentuh hati. Bagi anda yang berkemampuan dan yang ingin menambah amalan kebajikan di bulan puasa yang mulia ini bolehlah membantu kak Shamsiah Muin ini. Kepada mereka yang gemar mengambil jalan mudah dengan cara membuang kucing atau anjing yang tidak berdosa, ingatlah, mereka akan menjadi saksi di atas setiap perbuatan anda dihari kiamat kelak...

Salam.

Nama saye Shamsiah Muin. Menetap dan menumpang rumah aruah bapa bersama emak sebab sye seorang yg belum berkahwin. Kakak2 dan abng sume dah berumah tangga dan masing2 tinggal di rumah sendiri.

Oleh kerana emak selalu tak berapa sihat umurnye dah hampir 90an, sye dgn rela hati ikhlas tinggal menjaga semua urasan rumah hinggalah ke klinik, urusan pencen dan lain2 untuk emak.

Kawasan rumah saye agak luas, rumah kampung la katakan. Aruah bapak ade membela mungkin kurang dari 2 ekor kucing itu pun samada orang buang atau kucing terbiar yg datang hijrah ke area saye. setelah aruah bapak tak ade lagi semenjak tahun 2005, sye yg ketika itu baru mula kerja dalam awal 20an mau tak mau ambil alih menjaga kucing2 itu sehingga laa ni dah bertambah hampir ke 25 ekor termasuk kittens. 

Dalam mase yang same orng2 yg tak hati perut maseh lagi meletak kucing2 yg berkurap, sakit, ade yang nyawa2 ikan, babies yang belum bukak matta pun ade di area rumah saye.

Saye ni tak sampai hati nak buang dan halau mereka akan cuba sedaya upaya memberi makan, merawat mane yang cedera. Dulu sye ade card credit tp dah pakai to da max dan dah tutup sbb asek swipe untuk vet & cat food..

Sye sekarang ni dah kerap sangat putus bekalan kibbles, sampai kan sye sendiri berpuasa so tat all my cats dapat makan. Kalau cerita pinjam dgn my sisters tak yah cakap dah.. sampai diorang kata, buangkan jelaa sume kucing2 tu sebab sye sendiri dah kurus keremping.. Harap gaji berape sangat. kereta syae tayar dah 4 sume dah hampir botak dah macam2 bunyi dah. Lagi pun saye masih lagi membayar utang credit card saye melalui AKPK sebab tak mampu nak bayar lebih.

Sye memohon jasa baik tuan/puan dapatla kiranya membantu sye dari segi kibbles dan vaccine/mandulkan/ supaya sye bole kawal dari situ. Saye sekarng nie sedang mengutip papan2, tiles terbuang nak bina tempat yang lebih selesa untuk mereka sebab kat area saye tetiba ade stray dogs pulak.. Kebanyakan kucing sye dalam cage yang bwh 2 tahun. Yg dewasa sye terpaksa biar kat luar.

Timbul masalah lain, mak sye tak menyokong dan galakkan ape yg sye buat untuk kucing2 nie. Mak sye dah mula komplin, ruma aku dah busuk, katernye. Walaupun sye akan pastikan najis2 mereka akan dibungkus dan di buang di tempat buangan sampah. Ade jugak yg poke mak sye dgn memicit hidung kalau lalu depan rumah saye. Sedih jugak.

Bole kan tuan/puan tolong sye, sye sekarang ni tengah buntu macam mane nak cari wang nak beli simen nak buat rumah mereka.. nak upah orng lagi nak bina bina tu kan.

Setiap kali dapat gaji, tolak kereta RM360, AKPK - RM750, Mak - RM100, Hutang piutang kwn2/kakak - RM220+RM100+RM100, Tol : RM208, Minyak pergi kerja : RM150, selebehnye kibbles - tahan tak sampai 2 minggu. Gaji : RM2100

Alamat ruma ; No. 123/A Kg Sg Balak Bt 13 Jalan Cheras 43000 Kajang
H/P. : 017 - 25 69133

Sekian Wassalam.

Yang mengharap
Shamsiah
Mak Ibu Mama Ummi Kucing terbiar
[ ... ]

Saturday, 29 June 2013

Kucing Lebih Sensitif Pada Sentuhan


Assalamualaikum, Selamat pagi semua. Pagi ni aku nak kongsi sesuatu yang sangat berguna terutama sekali bagi korang yang baru berjinak-jinak nak pegang kucing... 


Sila fahamkan gambar di atas. Dari gambar di atas, kita dapat bezakan kucing dan anjing dari segi penerimaan apabila disentuh.



Anjing apa bahagian pun, ia suka disentuh dan rasa dihargai. Namun, tak semua baka sebegitu. Terutama baka Chow Chow yang paling pantang disentuh bahagian belakang. Berbeza dengan baka Retreiver seperti dalam filem Marley & Me yang sangat manja.

Kucing pula, sangat sensitif. Kita dapat lihat bahawa bahagian kepala dan bahagian hujung belakang paling digemarinya. Maka, belai di tempat sepatutnya dan elak pegang di tempat yang tak disukainya supaya tiada kecederaan menimpa kita. 

Barulah aku faham kenapa Dang Gebu cukup-cukup marah bila aku nak sabun bahagian perut kerempeng dengan bontot dia tu... Sampai dijadikannya tangan aku ni kotak pencakar dia! Ha, ingat senang ke nak mandikan kucing? Bukan macam mandikan anak patung tau! 

Sumber dari: HONEY Pet Shoppe
[ ... ]

PAKEJ BOARDING HAIWAN PERLIHARAAN DI ROYAL PET'S HOTEL.



SELAIN MENERIMA BORDING DAN GROOMING UNTUK KUCING, KAMI JUGA MENERIMA :

SUGAR GLIDER
*1 EKOR= RM10 SATU HARI. (MAKAN DISEDIAKAN)

RABBIT
*1 EKOR= RM 10. (MAKANAN SENDIRI)

HAMSTER
*1 EKOR= RM 5. (MAKANAN DISEDIAKAN)

KURA-KURA
*1 EKOR= RM 5. (MAKANAN DISEDIAKAN)

HEDGEHOG
*1 EKOR= RM10. (MAKANAN SENDIRI)

**
BERTEMPAT DI : TELUK INTAN, PERAK.
BOLEH HUBUNGI : CIK EKIN 0133204760 / CIK MEIRA 0194619818

[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB