Tuesday, 16 July 2013

Kiraan Umur Kucing Mengikut Kiraan Umur Manusia

Carta Umur!

Assalamualaikum semua!!! Ha, hari ni bertambah lagi satu ilmu mengenai kucing cat meow-meow. hehe. Macam biasalah, tengah ghalit berfacebok tiba-tiba terjumpa carta kiraan umur kucing mengikut kiraan umur manusia. Memang menarik dan senang nak faham. Jom kita kira umur kucing yang ada dalam royal cat's house nak tak?

Bermula dengan Dang Gebu dan Awang Gebu...
Kalau ikutkan umur Adang dan Awang sekarang ni dah setahun lebih, bila dikaji mengikut kiraan umur manusia, umur Adang dan Awang ialah.... 15 TAHUN!!! *Tuanya Dang Gebu dengan Awang Gebu!!!
Pakcik Awang dan Makcik Adang sedang berjemur. Duduk dalam sangkar macam ni pun Awang dah menggigil, kalau keluar sangkar lagi teruk takutnya. huhu
Kalau ikut kata tuan asal Si Kontot ni, umurnya dah 5 tahun. Kalau ikut umur manusia, maknanya Si Kontot yang mengade-ngade ni dah 36TAHUN!! Wow!! Lagi tua dari Adang dan Awang. haha.. *Patutla tak ada gigi.
Berapa pulak umur Mon-Mon ni ye?
D.O.B Mon-Mon dengan Batam 09/03/13. Dah 4bulan umurnya. Wah! Umur diorang ni dah 6-8 TAHUN!! Dah boleh pergi sekolah!
Dee-Dee ni aku bajet umur dia dalm 3bulan. Means umur Dee-Dee ni dalam 3 ke 4 TAHUN! Tua jugak kau ni Dee-Dee. Bulan depan dah boleh masuk tadika.. hehe

Seronok sebenarnya bila kita dapat tahu umur kucing kesayangan kita mengikut kiraan umur kita. Tak sangka umur kucing kita lebih tua dari kita. Pada hal baru aje bela diorang ni. hehe



0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB