Friday, 19 July 2013

Misi Menyelamatkan Anak Burung Merpati.


Assalamualaikum semua!!! Nak tahu tak, masa saya balik dari kerja tadi, saya singgah ke kedai buku. Adik nak beli manila kad. Saya tunggu aje dekat motor. 

Tengah tengok pemandangan luar kedai tu, tiba-tiba ternampak sesuatu sedang bergerak-gerak. Ingatkan kucing betina yang selalu aku bagi makan tu. Aku ni bukannya nampak sangat. Maklumlah, rabun. haha. 

Penat aku panggil benda yang aku ingatkan kucing tu. Macam pelik pun ada sebab kucing tu bila dipanggil, dia akan datang. Ni tak datang-datang. So, aku pun ambil keputusan pergi ke tempat benda bergerak tu. 

Takut juga sebab benda tu warna hitam. Bila dah dekat, alahai!!! Anak burung. So cute!!! Dia tengah mengesot-ngesot nak menyorok dari tempat panas. 

Aku pun dengan buat-buat beraninya ambil anak burung tu. Mula-mula takut juga sebab anak burung tu besar. Takut kena patuk yang sebenarnya. 

Aku terfikir jugak, ni anak burung apa ni? Tengok sekeliling, tak ada pula burung yang meroyan tengah cari anak dia. 

Aku pun ambil bawa balik. Mak dengan ayah aku pun tak tahu lagi sebenarnya ni. 

Balik-balik terus google, nak tahu burung apa. Rupa-rupanya anak burung merpati!! Dia diam aje masa bawa naik moto tadi. haha. Comel!!!. 

Aku on facebook, masuk group, then terus tanya nak bagi anak burung merpati ni makan apa. Bila dapat feedback dari kawan-kawan group cara nak bagi anak burung merpati tu makan, aku pun pergi berbuka dulu. haha. 

Lepas berbuka, aku solat then terus bagi anak burung merpati tu makan. Comel sangat dia makan!!! Untuk malam ni aku bagi beras aje. Esok nak try cari sambau burung. 

Aku siap suruh adik aku rakam lagi tu cara anak burung merpati ni makan tau. Comel sangat!!!
video

0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB