Saturday, 8 November 2014

Baja Haiwan Cap Ayam Melayu

Assalamualaikum semua!!

Hari ni aku nk review tentang produk Baja Haiwan Cap Ayam Melayu. Review aku ni tak berbayar ok. Cuma aku rasa memang patut sangat aku buat review ni sebab keberkesanan Baja Haiwan Cap Ayam Melayu

Baja Haiwan Cap Ayam Melayu ada dalam dua saiz, yang ni 250ml je.

Alkisahnya begini. Masa aku mula-mula bela kucing dulu (kucing jiran beranak dekat rumah aku), aku cuma bagi kucing aku minum air masak je. Makan pon prodiet je. Sebab time tu aku tak kerja lagi. Yelah, baru habis belajarkan... Mana ada duit. Bila dah bela kucing ni, aku rasa macam tak puas hati je sebab aku tak ada bagi supliment apa-apa dekat kucing aku. 

Entah macam mana satu hari tu, aku terbacalah iklan pasal Baja Haiwan Cap Ayam Melayu dekat facebook. Eh, macam best je macam murah je. Time tu awal-awal keluarnya Baja Haiwan Cap Ayam Melayu. Murah pon murah. Lagi pon, tak laratla aku nak melayan lalat yang selalu dok bertenggek dekat dengan kucing aku walaupon aku selalu cuci. 

Hasil Baja Haiwan Cap Ayam Melayu

Pendek cerita, aku pon belilah Baja Haiwan Cap Ayam Melayu ni. Ha, lupa nak bagi tau, masa tu, anak kucing dekat rumah aku ni luka-luka dekat kepala, biasalah, nak membesar. Bergusti je kerjanya. Lambat nak baik. Risau pon ada. Baru nak kering dah dapat luka baru. Agaknya aku ni bela anak harimau kot. 


Ehem2. Nilah budak yang luka tak baik2 tu. Sekarang dah 2 tahun and beratnya 5.4kg.


Ok, pendekkan cerita lagi, dapat je Baja Haiwan Cap Ayam Melayu, aku pon buat la macam yang penjual ni ajar dekat aku. Aku just bagi ibu kucing je minum Baja Haiwan Cap Ayam Melayu sebab anak kucing yang masih menyusu tak digalakkan bagi minum Baja Haiwan Cap Ayam Melayu.

Say HYE!!!

Dekat anak-anak kucing aku yang luka-luka ni, aku spraykan aje dengan Baja Haiwan Cap Ayam Melayu yang dah dicampur dengan air masak. Tak sampai seminggu luka dah mula kering dan tak ada tumbuh luka baru. Masuk minggu kedua, luka pon sembuh. Fuh!! Lega tau tak.. 

Sugar glider i pon minum baja haiwan ok. Sekarang dah beranak empat. Mainten je...

Start dari itulah, anak-anak bulus aku takut bila nampak spray air. Sampai sekarang aku still amalkan spray diorg dengan Baja Haiwan Cap Ayam Melayu. Nakal je siapla... Keluarla botol spray. Keluar je botol spray maknanye nakalla tu...

8 comments:

suzhen said...

Kat mana awak beli baja tu?

suzhen said...

Kat mana awak beli baja tu?

Redact Piedot said...

cara penggunaan mcm mane?

Redact Piedot said...

cara penggunaan mcm mane?

carnation ungu said...

Bole beli dr fb (baja haiwan cap ayam melayu)... Pd botol tu ade diterangkan cara penggunaan... Baja haiwan ni kne dibancuh dgn air mineral or air masak...

Norlida Abdul Ghani said...

Kat petshop ada jual. Lbhkrg rm10

Alam Bistari said...

Area kl, susah nak cari. Call ajen pun tak ada stok

Alam Bistari said...

Area kl, susah nak cari. Call ajen pun tak ada stok

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB