Showing posts with label kucing parsi. Show all posts
Showing posts with label kucing parsi. Show all posts

Monday, 22 June 2015

Baka Kucing Kinkalow Memikat Hati


Assalamualaikum semua...

Baka kucing Kinkalow memikat hati... Kenapa aku cakap macam tu? Sebab memang memikat hati sungguh-sungguh sampai tersimpul mati.... hihi




Baka Kinkalow ni masih tak banyak lagi di Malaysia ni... Tapi, ROYAL CATS BLOG sangat beruntung, bertuah, berbangga dan berbesar hati sebab baka Kinkalow dah check in di ROYAL PETS HOTEL masa cuti sekolah Jun yang lepas...




Ya Allah,, memang comel sangat... Kalau korang nak tahu, kucing Kinkalow ni merupakan kucing hasil perkawinan silang dari kucing American Curl dengan Muchkin, sebab tulah kucing ni memiliki badan yang kecil sama seperti kucing Muchkin dan telinganya curl seperti American Curl.. Comelkan??? hihi 




Penjagaan kucing berbaka Kinkalow ni sama seperti penjagaan kucing lain... Memerlukan protin yang tinggi dalam makanan seharian... Minum air bersih... Memerlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih... Cumanya kucing berbaka Kinkalow ni tak boleh melompat dari tempat tinggi... Dikhuatiri dadanya terhempas ke lantai dahulu kerana kakinya yang pendek dan comel....



Antara koleksi owner kucing ni... Domestic cat dan Kinkalow...

Dari segi proses mating pula, sebaiknya baka Kinkalow ni tak dikahwinkan dengan baka Kinkalow atau Munchkin sebab.... Macam mane nak cakap erk... Bayangkan, kaki pendek kahwin dengan kaki pendek, nanti anak dia punya kaki lagi pendek... Kesian... Macam tak ada kaki... Sebaiknya baka Kinkalow dimatingkan dengan baka Parsi, American Curl atau Domestic Cat.

[ ... ]

Sunday, 29 March 2015

Oky Kucing Parsi Istimewa Di Royal Pets Hotel...


Assalamualaikum semua...


Rasenya tak sabar nak tunggu 1mei2015 ni... Sebab ape? Sebab regular customer ROYAL PETS HOTEL nak check in..... 

Oky ni tersangatlah sepcial. Selain kemanjaan dia... Ade lagi satu keistimewaan dia... Nak tau ape keistimewaan Oky?? Jeng jeng jeng....







Hihihi... Comelkan Oky??? Oky ni yg specialnye ialah gigi dia... Mmg original mcm tu... Tak ade hantar ke vet request gigi macam tu... hahaha..... Gerammmmmmmm....




[ ... ]

Friday, 6 February 2015

Apa?! Artis Dang Gebu banyak komplain?!

Assalamualaikum semua...


Kak A ada dengar cerita pasal seekor astis ni. Mentang-mentang dia berbaka flat face, amboi perangai, tak semengah!

Dengar cerita si Adang ni ade buat satu sesi photoshoot. Dekat... Apa nama tempat tu? Ha, Royal Pets Hotel la. Tau la dia berbakat, tapi jangan la over sangat, ye dak? Bukan cantik mana pun, hitam je lebih. Ish, Kak A tak nak cerita panjang la. Korang roll sendiri.



Tema photoshoot : Qu hitam, pasti seram...


Ni namanya Hantu Menyampah! Bahasa saintifiknya Annoying Gost!


Aku akan menjelma dikala bau ayam rebus menusuk hidungku.... hahahahahaa (gelak seram)


Aku bersembunyi disebalik bayang!


Dah habis shooting pon nak snap gamba lagi ke? Tau la kite ni glemer... Ni dah dikira over time ni... Kena tuntut wetfood lebih dekat along... Eh, tak nak la, nak ayam rebus!!! Along, sila pastikan esok Adang dapat ayam rebus ye!

Ha... Dah roll? Apa kata korang? Eee... Kak A tak berkenan betul perangai dia tu. Baru over time satu gambar dah nak kecoh minta ayam rebus bagai! Apa ingat gambar dia tu meletops! sangat ke?

Okey la, sampai sini je la dulu cerita ni. Lain kali Kak A terjah si Adang ni lagi ye? Huh! Bikin Panas Membara!







[ ... ]

Sunday, 23 November 2014

Aktiviti Cuti Sekolah Bersama Kucing Kesayangan

Assalamualaikum semua...

Kesayangan hamba...

Lega rasanya dah start cuti sekolah. Boleh luangkan masa banyak sikit dengan anak bulusku. Semalam cuci sangkar, mandikan Awang Gebu dan cuci kawasan sangkar kucing ngan sugar glider.Memang tak payah bersenam. Keluar peluh mencurah-curah. haha. 

Baru-baru ni empat ekor kucing aku kena ear mite. Geram betulla aku. Mula-mula try petua guna coconut oil virgin. Titikkan dalam telinga kucing, gosok-gosok sikit then korek guna putik kapas. 

Memang keluar semua. Habis comot-comot bulu tepi telinga. Awang la yang paling buruk sekali sebab tak pandai bersihkan diri. Dok harap along dia yang baik hati dan menawan jugak yang kena groomingkan dia. 

Esoknya tu, ingatkan tak ada dah taik telinga hitam tu. Rupa-rupanya ada lagi!!! Tak bole jadi ni. Kena cari ubat untuk ear mites jugak. Aq pergilah ke petshop. Beli ubat ear mites. Mahal gilo!! Tapi tak apa. Anak-anak berbulu punya pasal.

Balik dr petshop, aku pon belasah telinga kucing-kucing aku dengan harapan ear mite akan serik untuk bertandang lagi. Memang bersih bersinar-sinar telinga kucing aku. Hah, Lega... haha

Ear mites jahat!!!

Esoknya tu, aku cek lagi telinga budak-budak ni... Ada lagi ear mites!!!!!!!!!! Tak boleh jadi ni. Aku pergi vet, mintak ubat untuk ear mites. (Malas nak bawak kucing aku sebabnya naik moto. Kalau ringan tak apalah jugak.) Dokter pon bagilah ubat ear mites. Sebotol kecik tu rm10 je.. 

Balik dari vet sental lagi telinga budak-budak ni. Yang comot bertambah comot. Dah sampai takut diorang ni bila aku nak pegang. Mau tak nya. Dah berapa hari dok sental telinga. Merajukla diorg. haha..

Pada keesokkan harinya, aku cek lagi telinga diorang. Alhamdulillah, Walaupon ada hitam-hitam, tapi sikit sangat. Just kena korek sikit-sikit dengan putik kapas. Legalah aku....

Barulah Awang boleh mandi semalam. Hensem dah pakweku yang satu ni... heee....

Hi,, My name is Princes Awang Gebu. I dah wangi... <3


[ ... ]

Friday, 6 June 2014

Hasil Cuti Sekolah, Sangkar Gergasi Untuk Kucing.

Assalamualaikum semua.


Rasanya tak ada apa yang menarik waktu cuti sekolah ni melainkan sibuk menyiapkan sangkar gergasi untuk empat ekor kucing di rumah ni.


Nilah setingarden tu. Sangkar lama ini hanya untuk kegunaan empat ekor kucing milik saya sahaja. Sangkar untuk boarding menggunakan sangkar lain. 

Kesian pula rasanya bila empat ekor kucing terpaksa tinggal di dalam rumah setingarden, jadi saya dengan parents serta adik perempuan saya bersetuju untuk membina rumah banglo tiga tingkat mampu milik untuk mereka.


Inilah sangkar baru mereka. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Ada yang sudi mensedekahkan rangka besi. Kami cuma perlu menambah beberapa bahagian yang kurang.

Rumah baru ini selamat siap semalam (05/06/14). Mula tarikh buatnya taklah pula aku ingt tapi dua minggu jugala nak siapkan sangkar gergasi ni. Sekarang ni, ada dua sangkar besar untuk kucing. Dan sangkar-sangkar ini yang akan digunakan untuk boarding. 

Keistimewaan sangkar baru kucing ni ialah sangat besar dan bole dipasang dan dibuka. Mempunyai tiga tingkat dan boleh memuatkan lima ke enam ekor kucing dewasa dan sepuluh ke dua belas ekor anak kucing. Setiap tingkat sangkar boleh dibuka ataupon ditutup mengikut keperluan. Jadi saya tidak perlu risau memikirkan tempat meletakkan sangkar dan jimat ruang.


[ ... ]

Persamaan Dan Perbezaan Si Kucing Parsi Dang Gebu Dan Baby.

Assalamualaikum semua! Hari ni nak ajak korang semua cari perbezaan antara Dang Gebu (My Persian Female Cat) dengan Baby (Kucing Parsi betina milik salah seorang cust aku). 


Hye semua. Saye cik diva gojes. My name Princess Dang Gebu. Perwatakan saya mestilah menarik ala-ala divakan. Bila along or mama or sesiapa je yang panggil saya, saya takkan menyahut. Just tengok reaksi telinga I je ok. Kalau along membebel-bebel sebab saya kencing merata, telinga saya akan capang kebelakang tanda saya malasss nak layan. Tapi bila along keluarkan dulang warna pink, sayalah kucing pertama yang akan duduk depan along dengan gaya manja dan menawan sambil kedip-kedip mata. Bila along keluarkan dulang pink tu tandanya along nak bagi wetfood, jadi kenalah goda along sikit. Ha, lagi satu perkara yang takkan terpisah dengan diri saya ialah..... Bau saya. Maaf ye. Saya ni sangat suka dengan bau badan saya. Saya pon tak faham macam mana along and semua orang dalam rumah ni boleh kata saya ni BUSUK!!! I just cant understand!! 

Hye semua. My name Baby comel. I come from KL. Perwatakan saya dengan Dang Gebu perasan tu tak banyak beza. I ni pon diva ok. Dari Kuala Lumpur lagi. Dang Gebu tu setakat diva dalam rumah je. hahaha (gelak sopan). Saya sangat manja dengan Mummy saya. Almaklumlah, saya ni anak bongsu. Nama pon Baby. Mestilah manja dan comel serta ciut. Saya tak suka dengan manusia yang saya tak kenal. Walaupon saya bertindak ganas pada along, tapi saya tetap dapat layanan bertaraf princess di Royal Pet's Hotel ni. Dan satu saya nak bagi tahu kepada korang semua, yang bau saya ni wangi. Mummy saya rajin hantar saya pergi grooming walaupon Mummy cerita dekat along yang saya bagi cakaran maut pada tukang grooming saya tu. Cakaran tu tak delah maut sangat, just sebagai hadiah dan tanda kenang-kenangan yang kita pernah bekerjasama dengan baik. haha...



[ ... ]

Baby Si Kucing Parsi Yang Manja Dan Garang.

Assalamualaikum semua..

Wah dah bersawang-sawang Royal Cat's Blog ni rupanya. Lama betul aku tak menulis. Mungkin sebab masa terlalu mencemburui aku, jadi aku tak menang tangan nak menaip di sini walaupon satu ayat. (Cewah! Alasan! Mantop!) 
Hye semua, my name Baby.. Gggrrauuunnn...

Semalam ada seorang cust hantar kucingnya untuk diboarding. Seekor kucing parsi betina yang manja dan comel tetapi awas ya, kucing parsi tu sangat garang. Baby nama diberi. 

Menurut cerita mummy Si Baby ni, kucing parsi miliknya seekor kucing yang penakut dan manja. Sangat takut dengan suasana baru, bunyi bising dan orang yang tidak dikenalinya. Tapi mungkin ada satu perkara yang mummy baby ni tak tahu tentang kucing parsinya ialah kegarangan Baby. 

Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku bawa masuk Baby ni dalam rumah sebab boarding di Royal Pet's Hotel berkonsepkan rumah. Kucing atau haiwan perliharaan anda tidak akan dikurung di dalam sangkar 24 jam! Manusia ni pon, kalau duduk rumah 24 jam pon boleh meroyan inikan pula haiwan. Betul tak? 

Ok, sambung balik cerita pasal Si Baby ni. Pagi tadi aku bawa Baby masuk ke rumah. Bile lepaskan je Baby dalam rumah, terus dia menyorok belakang ampaian baju dekat sudut yang paliiiinnnggg dalam sekali. Dera betul nak keluarkan dia balik. 

Tahanla Si Baby ni duduk belakang ampaian tu. Bila aku nak keluarkan Baby dari belakang ampaian, Baby ni bertindak ganas sampai terpaksa aku pakai sarung tangan tebal. Nasib baik ada sarung tangan tebal dekat rumah ni. Kalau tidak, apalah rupa tangan aku ni nanti. haha.. 

Akhirnya aku berjaya keluarkan Baby dari belakang ampaian then aku masukkan Baby dalam sangkar dia balik. Barulah Si Baby ni nampak tenang. Sebagai upah untuk menenangkan Baby, aku sajikan Baby dengan wetfood jenama Bred yang aku campurkan dengan dryfood yang Mummy Baby bekalkan. Licin kau. Siap tambah dua kali. Bila dah kenyang, Si Baby ni pon apa lagi. Tergoleklah kekenyangan. 

Ni lah kucing parsi yang paling rock yang pernah aku hendel. haha... Cayalah Baby.
[ ... ]

Wednesday, 24 July 2013

Aksi Panas Kucing Parsi Bersama Kekasih Hati!

Assalamualaikum semua. Hari ni model Dang Gebu, my persian cat yang perasan ayu lagi menawan ni telah ditangkap kerana aksi-aksi panasnya bersama kekasih hatinya jejaka macho Awang Gebu dan gambar-gambar panas mereka telah tersebar di laman sesawang royalcatsblog.blogspot.com

Gambar ni terlalu panas sebab berlaku di waktu siang di bulan Ramdhan!
Ooh!! Apakah!!???
Along jahat sebab dah malukan Dang Gebu! Manalah saya nak sorok muka ni?
Mujurlah aku ni hitam manis. Paparazzi tak perasan.
No komen!! No komen!!!
Hah! Akhirnya, paparazzi along telah pergi menemu bual Awang Gebu. Nasib kaulah Awang! haha
Kurang asam jawa punya makwe. Buat malu muka aku je!!!

Gambar panas ini telah diambil sebelum waktu berbuka puasa. Adoi, Dang Gebu dengan Awang Gebu  ni, bulan-bulan puasa nilah kamu nak buat gambar panas. Tak baik tau. Kurang pahala along. haha. 

Harap korang semua terhibur dengan keletah Dang Gebu dan Awang Gebu ni. Jumpa lagi. <3

[ ... ]

Nasib Si Tupai

Assalamualaikum.. Penat betullah main dengan budak-budak berbulu ni! Berpeluh macam baru balik dari jogging dekat Padang Speedy. Sebelum main dengan kucing-kucing aku, aku kenalah cuci jamban diorang dulu. Masa tengah-tengah cuci tu, aku tiba-tiba terasa macam nak jenguk bawah sangkar Adang dengan Awang kucing parsi aku tu. Nak tahu aku jumpa apa?! Memang terkejut!!! 

Tada!!!!!

Aku rasa korang semua mesti dah boleh agak ni kerja siapakan? Takkanlah Dang Gebu nak buat kerja-kerja macam ni? Kucing parsi aku ni cuma tau kutip stokin busuk aje. haha

Kalau nak ikutkan keadaan tupai ni, mesti dari petang tadi sebabnya tupai ni dah keras but perutnya aje yang still tak berapa nak keras lagi. Lagi pun, tupai ni tak berbau lagi. Begitulah hasil laporan dari Inspektor Ekin.. haha

Apa pun, Mummy Kontot, tolonglah jangan libatkan tupai ni lagi ye. Along suruh ko tangkap tikus dengan cencorot aje bukannya tupai.


[ ... ]

Thursday, 18 July 2013

Si Kucing Parsi Yang Photogedik!


Assalamualaikum semua! Hari ni aku balik kerja awal sikit. Bukan apa, lama tak bawa Dang Gebu dengan Awang Gebu main-main dekat laman rumah sambil menikmati ulam pegaga *rahsia awek muda Princess Dang Gebu*. 
Ish, Dee-Dee dengan Batam ni sebok aje nak tau rahsia awek muda kita!!!

Dang Gebu macam biasalah, dia memang suka sangat-sangat bila main dekat luar. Awang pun macam biasa juga, takut bila bawa keluar. Mulalah kepala dengan badan menggigil over-over!! haha. 
Oo Abang Awangnye, boleh tak kepala tu jangan over sangat goyangnya? Habis lari semua tupai tau tak!!!
Awang oi, ko kenyit mata dekat siapa tu? Memang patutlah Dang Gebu bagi makan penampar sebelum berbuka! haha

Oh, putera raja mana pula yang sedang mengintai beta ni? Kacak sungguh. Nasib baik laki aku dah masuk, kalau tak, aku pulak yang makan tapak tangan gedabak dia tu. 

Sebolehnya dia nak masuk rumah. Tak sporting betullah kucing parsi jantan ni! Walau apa pun, sempat jugalah snap satu dua gambar Awang duduk atas pokok. 

Lepas tu Dang Gebu bantai tampar Awang then Awang terus merajuk nak masuk rumah! Isteri derhaka betullah Adang ni!!!
[ ... ]

Monday, 1 July 2013

Cubaan Kucing Parsi Lari Dari Rumah

Assalamualaikum, Hai semua... Korang nak tahu tak, hari ni aku nak cerita pasal Dang Gebu. Kucing parsi aku yang paling rajin dalam rumah ni. Baca tajuk je dah tahu dia buat apakan? Hah, sebenarnya Dang Gebu ni dah banyak kali cuba nak keluar dari rumah tapi selalu kantoi. Memang tak boleh lepa betulla budak gebu ni. Penat tau nak jaga dia ni. Macam jaga harimau 10 ekor pon ada. Memandang tadi sangat kelam-kabut dan gabra, jadi mak aku tak sempat nak tangkap gambar dia. Yang penting waktu tu dia dah sampai dekat lubang angin atas tingkap dah. Lubang angin tu tak bubuh net lagi, so memang lapanglakan. Lagi satu, lubang angin tu dekat dapur luar. Dang Gebu memang tak dibenarkan keluar sampai ke dapur luar. Dapur dalam aje boleh. Tapi aku pelik macam mana budak tu boleh keluar. Hurm, demi nak menghilangkan sterss fikir pasal Princess Dang Gebu ni, jom tengok gambar dan aksi nakal dia....
Bulat je bijik mata dia bila aku bawa keluar rumah.
Alamak, kantoila pulak!
Akulah permaisuri rimba di rumah ni.
Sape punya kerja kate aku busuk ni!!!

Ok, cukup-cukuplah tayang gambar budak ni. Nanti, makin kantoilah aktiviti dia nanti... Bye....
[ ... ]

Saturday, 29 June 2013

Warga Royal Cat's House Part One

Assalamualaikum,, Hai,, Hari ni aku nak memperkenalkan warga kucing dan lain-lain haiwan yang menghuni di royal house ni.... Eceh, macam duduk dalam istana la pulok... hehehe

Ok... Yang macam permaisuri ni namanya Princess Dang Gebu... Dia memang tuan puteri yang "paling rajin" mengemas di royal house ni... Dang Gebu or nama manjanya Adang Gendut ni persian semi flat (tortoiseshell)... Bulu kembang-kembang sampai boleh tampung bulu hidung bg mereka yang kekurangan bulu hidung... 
Mamat macho ni pula namanya Princes Awang Gebu... Suami kepada Dang Gendut... Nama manjanya is Awang Kuchi-kuchi... Comelkan??? hahaha... Awang ni pemalu tau... Kerja dia cuma tidur tidur tidur dan makan... Tak rajin seperti bininya... Awang ni baka persian chinchilla... Siap ada jambang lagi tu... Terserlah kemachoannya...
Kesian laki bini ni, tak boleh keluar... hahahaha... Padan muka kau.... hahahahaha.......

Sebenarnya, ramai lagi penghuni di Royal Cat's House ni... Tapi rasanya macam nak sambung lain kalilah pulak... Sembang panjang-panjang tak gempaklakan??? See you sooonnnn..... <3
[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB