Tuesday 16 July 2013

Lebih Baik Usap Anjing Dan Babi.


Fakta:

Ramai berpendapat bahawa memegang anjing dan babi adalah haram tetapi sebenarnya apabila bersentuhan dengan binatang tersebut, hanya perlu menyamaknya dengan menggunakan satu bejana (cebok) air tanah yang suci disapukan dan digosokkan ditempat yang terkena atau tersentuh binatang tersebut. 

Selepas membasuh dengan air tanah, hendaklah dibasuh dengan air mutlak (air yang suci lagi menyucikan) sebanyak enam kali berturut-turut sehingga hilang bau, warna dan rasanya. Jika didapati masih ada bau, warna dan rasanya, maka ditambahkan lagi basuhan air mutlak tersebut sehingga hilang ketiga-tiga sifat najis tersebut.

Lagi pun, sekarang ni dah senang, tak perlu nak cari tanah lagi dah. Beli aje sabun taharah dekat kedai. Dekat kotak sabun tu pun dah ada panduannya.

Yang berpelukan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan buat maksiat tu tak ada pula yg ingat halal haram... Part binatang haram tak haram je yg mereka tau..hahahahahaha....shame on u..

“Andaikata kepala salah seorang diantara kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR Ath-Thobrany dan Al-Baihaqy dan dishohihkan oleh syeikh Al-Albany dalam Ash-Shohihah).



0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB