Friday 6 June 2014

Hasil Cuti Sekolah, Sangkar Gergasi Untuk Kucing.

Assalamualaikum semua.


Rasanya tak ada apa yang menarik waktu cuti sekolah ni melainkan sibuk menyiapkan sangkar gergasi untuk empat ekor kucing di rumah ni.


Nilah setingarden tu. Sangkar lama ini hanya untuk kegunaan empat ekor kucing milik saya sahaja. Sangkar untuk boarding menggunakan sangkar lain. 

Kesian pula rasanya bila empat ekor kucing terpaksa tinggal di dalam rumah setingarden, jadi saya dengan parents serta adik perempuan saya bersetuju untuk membina rumah banglo tiga tingkat mampu milik untuk mereka.


Inilah sangkar baru mereka. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Ada yang sudi mensedekahkan rangka besi. Kami cuma perlu menambah beberapa bahagian yang kurang.

Rumah baru ini selamat siap semalam (05/06/14). Mula tarikh buatnya taklah pula aku ingt tapi dua minggu jugala nak siapkan sangkar gergasi ni. Sekarang ni, ada dua sangkar besar untuk kucing. Dan sangkar-sangkar ini yang akan digunakan untuk boarding. 

Keistimewaan sangkar baru kucing ni ialah sangat besar dan bole dipasang dan dibuka. Mempunyai tiga tingkat dan boleh memuatkan lima ke enam ekor kucing dewasa dan sepuluh ke dua belas ekor anak kucing. Setiap tingkat sangkar boleh dibuka ataupon ditutup mengikut keperluan. Jadi saya tidak perlu risau memikirkan tempat meletakkan sangkar dan jimat ruang.


0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB