Showing posts with label hotel haiwan perliharaan. Show all posts
Showing posts with label hotel haiwan perliharaan. Show all posts

Tuesday, 21 March 2017

Penjagaan Kucing Luka Parah


Assalamualaikum semua...

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman menjaga kucing luka. Kucing ni bukan kucing aku, tapi kucing salah sorang  custemer aku...

Masa custemer call kata nak hantar kucing dia ke Royal Pets Hotel, dia cakap kucing dia sakit. Aku sangat suka custemer yang terus terang macam ni... Mudah berurusan... Sesetengah custemer tak nak bagi tau awal-awal kucing dia sakit sebab takut kami tak terima boarding kucing dia... 

Katanya, kaki kucing patah, jalan jengkot-jengkot, aku dah mula risau. Akk tu nak hantar ke aku malam tu jugak (Sabtu malam Ahad). Dia kata dia nak bawak kucing tu (Ompok) ke vet tapi vet tutup... Soo dia mintak tolong aku bawakan Ompok ke vet esok nye (Ahad).


Say hi to Ompok.

Bila Ompok sampai malam tu, aku keluarkan Ompok dari carier then cek kaki Ompok. Rupanya kaki Ompok tak patah tapi luka sampai bernanah-nanah dan nampak tulang kaki Ompok. Rasa rugi sangat sebab tak dapat snap gambar kaki Ompok time tu... Ompok tak bagi aku usik kaki dia..

Esoknya aku bawak ke vet... Tapi vet tutup... Aku baru teringat, hari Ahad memang vet tutup!!! Mujur Momo Pets Shop bukak, aku tanye tokey kedai, ubat apa sesuai untuk kaki luka bernanah dan berlubang... Tokey sarankan spray guna SkinHeal Spray. Kalau kata dalam luka tu ada ulat, ulat tu akan keluar lepas spray dengan SkinHeal Spray.


Balik rumah, aku cuci kaki Ompok dengan air suam + garam bukit... Marah Ompoknya aku cuci kaki dia... hihi... Lepas cuci, lap kering-kering, tarik kulit kaki Ompok mana yang bole tanggal... Memang banyak nanahnya... Barulah nampak mana rupa luka kaki Ompok...  Memang besar lukanya, nampak tulang kaki Ompok...


Ompok masa dekat Momo Pets Shop... Baik je Ompok...


Tiga empat kali sehari aku spray kaki Ompok... Aku update dalam facebook pasal kaki Ompok... tetiba kawan aku (lebih arif bab2 kucing), bagi tau, kucing dia pernah luka bernanah macam Ompok... Dia sarankan aku cari Fucidin Cream dekat farmasi... Katanya, Fucidin Cream ni selalunya dokter guna untuk cuci luka kencing manis...


Terima kasih Kak Lily...


Harga Fucidin Cream tiub kecil dalam rm14@17...



Kaki Ompok lepas seminggu aku rawat. Time ni dah tak ada nanah dah. Luka makin kering.


Ompok merelexkan diri lepas berperang cuci luka... hihi




Kaki Ompok beberapa hari sebelom Ompok balik rumah dia.


Komen dari Kak Ndea aka Dr.Ndea pasal kaki Ompok...


Feed back dari Owner Ompok, terima kasih kak... <3 <3 <3


Dua minggu Ompok aku rawat... Dari luka besar Ompok tak bagi sentuh, sampaila dah nak baik kaki Ompok aku rawat... Siang aku spray dengan SkinHeal Spray.. Malam aku sapu Fucidin Cream... Sesekali aku cuci kaki Ompok dengan Teh Pegaga HPA... 

*Klik pada gambar...





[ ... ]

Friday, 3 March 2017

Penyelarasan Harga Royal Pets Hotel 2017



Assalamualaikum semua...

Saya Princess Dang Gebu selaku big big manager di Royal Pets Hotel ingin membuat pengumuman mengenai Penyelarasan Harga Perkhidmatan Di Royal Pets Hotel 2017. Penyelarasan Harga Perkhidmatan Di Royal Pets Hotel akan berkuat kuasa pada tepat jam 12 am 01/03/17.... Cewah,,, Ade ciri-ciri pedana menteri buat pengumuman tak?? hihi

Penyelarasan Harga Perkhidmatan Di Royal Pets Hotel 2017

*PAKEJ BOARDING UNTUK KUCING.

KUCING DEWASA: 1 EKOR RM10 1 HARI  (MAKANAN SENDIRI)

KUCING DEWASA: 1 EKOR RM20 1 HARI (MAKANAN ROYAL PETS SEDIAKAN) 

ANAK KUCING (TANPA IBU@SUDAH PUTUS SUSU): 1 EKOR RM10 1 HARI (MAKANAN SENDIRI) 

ANAK KUCING (TANPA IBU@SUDAH PUTUS SUSU): 1 EKOR RM20 1 HARI (MAKANAN ROYAL PETS SEDIAKAN) 

IBU KUCING DAN ANAK2 KUCING YG MASIH MENYUSU: 1HARI RM15 (MAKANAN SENDIRI)

IBU KUCING DAN ANAK2 KUCING YG MASIH MENYUSU: 1 HARI RM25 (MAKANAN ROYAL PETS SEDIAKAN)



*PAKEJ GROOMING UNTUK KUCING.


*GROOMING BIASA = RM35 {DEWASA}, RM25 {KITTEN}
*MANDI (DUA KALI SABUN)
*SIKAT
*CUCI TELINGA DAN MATA
*POTONG KUKU
*TRIM BULU KAKI

*MANDIAN KUTU @ FUNGUS = RM 60 {DEWASA}, RM35 {KITTEN}
--> SYAMPU (DUA KALI SYAMPU)
--> SIKAT
--> CUCI TELINGA DAN MATA
--> POTONG KUKU
--> UBAT KUTU
--> TRIM BULU KAKI

*GROOMING & TRIM BULU BERGUMPAL = RM65 {DEWASA}, RM40 {KITTEN}
--> SYAMPU (DUA KALI SYAMPU)
--> SIKAT
--> CUCI TELINGA DAN MATA
--> POTONG KUKU
--> TRIM BULU BERGUMPAL
--> TRIM BULU KAKI

*LION CUT (BOTAK) = RM85 {DEWASA}, RM50 {KITTEN}



**Penghantaran Haiwan kesayangan anda selama seminggu dan ke atas percuma BASIC GROOMING

**BASIC GROOMING: SIKAT, POTONG KUKU, CUCI MATA DAN CUCI TELINGA.

BERTEMPAT DI: TELUK INTAN, PERAK.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBINGI: CIK EKIN 0133204760 / CIK MEIRA 0194619818

*SILA PASTIKAN KUCING ANDA DALAM KEADAAN SIHAT WAL AFIAT (SUDAH VAKSIN, BEBAS KUTU, SUDAH DIBERI UBAT CACING, BEBAS PENYAKIT KULIT,  BEBAS PENYAKIT BERJANGKIT SPT SELESEMA, VIRUS, DEMAM DAN LAIN-LAIN)

*PIHAK ROYAL PETS HOTEL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU APA-APA KEJADIAN YANG TIDAK DIINGIN YANG BERPUNCA DARI KUCING ANDA ATAU KELALAIAN ANDA.

TERIMA KASIH ^_^

[ ... ]

Wednesday, 27 January 2016

Tempahan Boarding Kucing Tahun Baru Cina 2016








Assalamualaikum semua...

Cuti sekolah dan tahun baru cina dah nak dekat... Bagi para pencinta kucing yang masih buntu tak tahu siapa yang boleh tolong jagakan sementara anak2 bulus kesayangan,ROYAL PETS HOTEL sedia membantu MENJAGA KEBAJIKAN HAIWAN KESAYANGAN ANDA SEWAKTU KETIADAAN ANDA... InsyaAllah...

Sila buat tempahan terlebih dahulu sebelum menghantar haiwan kesayangan anda untuk digrooming atau diboarding bagi memudahkan pihak pengurusan kerana sangkar di ROYAL PETS HOTEL amat terhad bagi memastikan keselesaan haiwan kesayangan anda....

Kepada owner haiwan kesayangan yang ingin menghantar kucing or pets anda ke ROYAL PETS HOTEL, SILA PASTIKAN haiwan kesayangan anda dalam keadaan sihat 100% (sudah divaksin, tiada kutu, sudah diberi ubat cacing, tiada masalah kulit, tiada selesema, tiada demam dan lain-lain penyakit). 

Sekiranya anda menghantar haiwan kesayangan anda dalam keadaan yang kurang sihat, pihak kami tidak akn bertanggungjawab jika berlaku apa-apa permasalahan terhadap haiwan kesayangan anda.

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan sila hubungi CIK EKIN (013-320 4760).

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua pembaca dan pelanggan kami.

[ ... ]

Saturday, 12 December 2015

Penyelarasan Harga Perkhidmatan Di Royal Pets Hotel 2016



Assalamualaikum semua...

Saya Princess Dang Gebu selaku big big manager di Royal Pets Hotel ingin membuat pengumuman mengenai Penyelarasan Harga Perkhidmatan Di Royal Pets Hotel 2016. Penyelarasan Harga Perkhidmatan Di Royal Pets Hotel akan berkuat kuasa pada tepat jam 12 am 01/01/16.... Cewah,,, Ade ciri-ciri pedana menteri buat pengumuman tak?? hihi

Penyelarasan Harga Perkhidmatan Di Royal Pets Hotel 2016

*PAKEJ BOARDING UNTUK KUCING.

KUCING DEWASA: 1 EKOR RM10 1 HARI  (MAKANAN SENDIRI)

KUCING DEWASA: 1 EKOR RM20 1 HARI (MAKANAN ROYAL PETS SEDIAKAN) 

ANAK KUCING: 1 EKOR RM10 1 HARI (MAKANAN SENDIRI) 

ANAK KUCING: 1 EKOR RM20 1 HARI (MAKANAN ROYAL PETS SEDIAKAN) 

*Anak kucing yang baru dilahirkan @ anak kucing yang masih menyusu dengan ibunya(check in bersama ibu kucing) tidak akan dikira...

*PAKEJ GROOMING UNTUK KUCING.


*GROOMING BIASA = RM35 {DEWASA}, RM25 {KITTEN}
*MANDI (DUA KALI SABUN)
*SIKAT
*CUCI TELINGA DAN MATA
*POTONG KUKU
*TRIM BULU KAKI

*MANDIAN KUTU @ FUNGUS = RM 60 {DEWASA}, RM35 {KITTEN}
--> SYAMPU (DUA KALI SYAMPU)
--> SIKAT
--> CUCI TELINGA DAN MATA
--> POTONG KUKU
--> UBAT KUTU
--> TRIM BULU KAKI

*GROOMING & TRIM BULU BERGUMPAL = RM65 {DEWASA}, RM40 {KITTEN}
--> SYAMPU (DUA KALI SYAMPU)
--> SIKAT
--> CUCI TELINGA DAN MATA
--> POTONG KUKU
--> TRIM BULU BERGUMPAL
--> TRIM BULU KAKI

*LION CUT (BOTAK) = RM65 {DEWASA}, RM40 {KITTEN}



**Penghantaran Haiwan kesayangan anda selama seminggu dan ke atas percuma BASIC GROOMING
**BASIC GROOMING: SIKAT, POTONG KUKU, CUCI MATA DAN CUCI TELINGA.

MAKANAN YG KAMI SEDIAKAN IALAH ROYAL CANIN.

BERTEMPAT DI: TELUK INTAN, PERAK.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBINGI: CIK EKIN 0133204760 / CIK MEIRA 0194619818

*SILA PASTIKAN KUCING ANDA DALAM KEADAAN SIHAT WAL AFIAT (SUDAH VAKSIN, BEBAS KUTU, SUDAH DIBERI UBAT CACING, BEBAS PENYAKIT KULIT,  BEBAS PENYAKIT BERJANGKIT SPT SELESEMA, VIRUS, DEMAM DAN LAIN-LAIN)

*PIHAK ROYAL PETS HOTEL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU APA-APA KEJADIAN YANG TIDAK DIINGIN YANG BERPUNCA DARI KUCING ANDA ATAU KELALAIAN ANDA.

TERIMA KASIH ^_^

[ ... ]

Thursday, 10 December 2015

Testimoni Terbaru Royal Pets Hotel Disember 2015

Assalamualaikum semua...


Hye, kami berempat ni la Big-big boss Royal Pets Hotel. Kalo nak booking cage ke, nk grooming ke, ape2 yang berkaitan la, bole la berhubung dengan EKIN 0133204760.


Selamat bercuti sekolah kepada pencinta-pencinta kucing... Maaf sangat-sangat sebab lama sangat tak update blog ni... hihi... Tak menang tangan rasanya nak menaip blog, nak cuci cage, repare cage, trim bulu Adang Awang, nak uruskan check in check out anak-anak bulus yang bersilih ganti saban hari (amboi ayat!! haha), banyak lagi la... Tu tak termasuk lagi otak jem tak tau nk taip ape bile ngadap blog ni... huhu

Rasa-rasanya untuk entry kali ni aku nak share beberapa TESTIMONI TERBARU ROYAL PETS HOTEL je la ye... Nanti aku bincang dengan BIG_BIG BOSS, nak taip ape dlm blog ni... huhu

1 TESTIMONI ROYAL PETS HOTEL



2 TESTIMONI ROYAL PETS HOTEL



3 TESTIMONI ROYAL PETS HOTEL




4 TESTIMONI ROYAL PETS HOTEL


5 TESTIMONI ROYAL PETS HOTEL


Terima kasih kepada anda yang sudi membaca dan terima kasih kepada anda yang menyokong Royal Pets Hotel ni... Tanpa anda semua, tiadalah wujudnya Royal Pets Hotel.... #saranghae

*p/s: klik pg gambar utk pembacaan yang leih jelas... ^_^









[ ... ]

Thursday, 5 February 2015

Tempahan Boarding Sempena Raya Cina Tahun Baru Cina 2015


Assalamualaikum semua..

Dari saat ke saat, dari minit ke minit, dari masa ke masa, dari hari ke hari aku nak update blog ni, tapi tak sempat-sempat. Buzynye mengalahkan penghulu kampung... haha...

Tak lama lagi dah nak TAHUN BARU CINA, lama juga cuti raya cina tahun ni, nak dekat seminggu... Bagi pemilik-pemilik haiwan kesayangan yang tengah pening nak hantar anak-anak bulus ke mana bolehlah buat tempahan awal di ROYAL PETS HOTEL

Di ROYAL PETS HOTEL, kami menyediakan kemudahan boarding dan grooming untuk kucing dan haiwan kesayangan anda. 

InsyaAllah, kami akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan sehabis baik yang mampu kami lakukan. Keselesaan haiwan kesayangan anda adalah KEUTAMAAN kami.. 

Sempena cuti sekolah ni, saya suka ingatkan kepada anda yang ingin, mahu atau bercadang menghantar kucing atau haiwan perliharaan anda ke ROYAL PETS HOTELTOLONG buat tempahan sangkar seawal yang mungkin kerana sangkar di ROYAL PETS HOTEL adalah terhad. 

Ini bagi memastikan keselesaan haiwan kesayangan anda. 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya EKIN di 013 3204760.

Sekian terima kasih... ^_^
[ ... ]

Monday, 22 September 2014

BORDING UNTUK RAYA HAJI DAH PENUH!!

Alhamdulillah... Dah habis bulan Syawal kini tiba bulan Zulkaedah pulak... Tup tap tup tap... Dah nak dekat Raya Haji... Ade la lebih kurang sepuluh ke sebelas hari lagi... Dan dengan ini TEMPAHAN UNTUK RAYA HAJI DITUTUP!!!

Maka dengan ini pihak kami ingin mengumumkan sekali lagi bahawa penerimaan bagi penghantaran kucing di ROYAL PETS HOTEL telah pon ditutup. Bermula daripada 22 SEPTEMBER 2014 hingga 07 OKTOBER 2014, dan akan dibuka semula pada tarikh 08 OKTOBER 2014.

Jika anda ingin menghantar kesayangan anda, sila buat tempahan sangkar terlebih dahulu sebelum menghantar haiwan kesayangan anda bagi memudahkan pengurusan sangkar kerana sangkar di ROYAL PETS HOTEL amat terhad bagi memastikan keselesaan haiwan kesayangan anda....

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan sila hubungi CIK EKIN  ( 013-320 4760 ) atau CIK MEIRA ( 019-461 9818)

Segala kesulitan amat kami kesali...

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua pembaca dan pelanggan kami. 


tak ade gambar kucing la... hehehehe~



[ ... ]

Friday, 6 June 2014

Persamaan Dan Perbezaan Si Kucing Parsi Dang Gebu Dan Baby.

Assalamualaikum semua! Hari ni nak ajak korang semua cari perbezaan antara Dang Gebu (My Persian Female Cat) dengan Baby (Kucing Parsi betina milik salah seorang cust aku). 


Hye semua. Saye cik diva gojes. My name Princess Dang Gebu. Perwatakan saya mestilah menarik ala-ala divakan. Bila along or mama or sesiapa je yang panggil saya, saya takkan menyahut. Just tengok reaksi telinga I je ok. Kalau along membebel-bebel sebab saya kencing merata, telinga saya akan capang kebelakang tanda saya malasss nak layan. Tapi bila along keluarkan dulang warna pink, sayalah kucing pertama yang akan duduk depan along dengan gaya manja dan menawan sambil kedip-kedip mata. Bila along keluarkan dulang pink tu tandanya along nak bagi wetfood, jadi kenalah goda along sikit. Ha, lagi satu perkara yang takkan terpisah dengan diri saya ialah..... Bau saya. Maaf ye. Saya ni sangat suka dengan bau badan saya. Saya pon tak faham macam mana along and semua orang dalam rumah ni boleh kata saya ni BUSUK!!! I just cant understand!! 

Hye semua. My name Baby comel. I come from KL. Perwatakan saya dengan Dang Gebu perasan tu tak banyak beza. I ni pon diva ok. Dari Kuala Lumpur lagi. Dang Gebu tu setakat diva dalam rumah je. hahaha (gelak sopan). Saya sangat manja dengan Mummy saya. Almaklumlah, saya ni anak bongsu. Nama pon Baby. Mestilah manja dan comel serta ciut. Saya tak suka dengan manusia yang saya tak kenal. Walaupon saya bertindak ganas pada along, tapi saya tetap dapat layanan bertaraf princess di Royal Pet's Hotel ni. Dan satu saya nak bagi tahu kepada korang semua, yang bau saya ni wangi. Mummy saya rajin hantar saya pergi grooming walaupon Mummy cerita dekat along yang saya bagi cakaran maut pada tukang grooming saya tu. Cakaran tu tak delah maut sangat, just sebagai hadiah dan tanda kenang-kenangan yang kita pernah bekerjasama dengan baik. haha...



[ ... ]

Saturday, 29 June 2013

Kucing Lebih Sensitif Pada Sentuhan


Assalamualaikum, Selamat pagi semua. Pagi ni aku nak kongsi sesuatu yang sangat berguna terutama sekali bagi korang yang baru berjinak-jinak nak pegang kucing... 


Sila fahamkan gambar di atas. Dari gambar di atas, kita dapat bezakan kucing dan anjing dari segi penerimaan apabila disentuh.



Anjing apa bahagian pun, ia suka disentuh dan rasa dihargai. Namun, tak semua baka sebegitu. Terutama baka Chow Chow yang paling pantang disentuh bahagian belakang. Berbeza dengan baka Retreiver seperti dalam filem Marley & Me yang sangat manja.

Kucing pula, sangat sensitif. Kita dapat lihat bahawa bahagian kepala dan bahagian hujung belakang paling digemarinya. Maka, belai di tempat sepatutnya dan elak pegang di tempat yang tak disukainya supaya tiada kecederaan menimpa kita. 

Barulah aku faham kenapa Dang Gebu cukup-cukup marah bila aku nak sabun bahagian perut kerempeng dengan bontot dia tu... Sampai dijadikannya tangan aku ni kotak pencakar dia! Ha, ingat senang ke nak mandikan kucing? Bukan macam mandikan anak patung tau! 

Sumber dari: HONEY Pet Shoppe
[ ... ]

Friday, 28 June 2013

SANGKAR BARU SI KUCING


Assalamualaikum semua...

Baru-baru ni, aku dengan adik aku baru je membina *cewah, macam bina apa je haha* sebuah sangkar. Cadangnya sangkar tu untuk kegunaan boarding, tapi tak jadi sebab salah buat.. Haha, Biasalah kalau dah orang perempuan yang bertukangkan? Tapi, kira ok apa... Jadilah jugak sangkarnya. So, aku dengan adik aku dah sepakat nak hadiahkan sangkar baru ni kepada mummy kontot kerana telah banyak berjasa meng'clear'kan rumah kami dari serangan CIK TIE dan CIK COROT. Terima kasih... Nilah hasil dari tangan kami yang halus yang mulus ni...



Ni keadaan sangkar lama.

Siap ada lakaran lagi kau.


Ha, amacam? Besar tak sangkar ni?

Ha, besarkan? Bahagia budak-budak ni tidur. *Tolong abaikan keadaan pintu yang doif tu. Dah siap semua baru perasan, tak buat plan untuk pintu.




[ ... ]

PAKEJ MANDIAN KUCING


ROYAL PET’S HOTEL MERUPAKAN PUSAT BOARDING, MANDI DAN GROOMING HAIWAN PERLIHARAAN. BUKAN MANUSIA SAHAJA YANG PERLUKAN SPA, TETAPI HAIWAN PERLIHARAAN ANDA JUGA MEMERLUKANNYA.

KUCING-KUCING ANDA AKAN DIMANDIKAN OLEH KAMI DENGAN MENGGUNAKAN AIR SUAM YANG MAMPU MEMBERI KETENANGAN KEPADA KUCING KESAYANGAN ANDA.

TUALA DAN SIKAT AKAN DICUCI SEBELUM DAN SELEPAS DIGUNAKAN BAGI MENGELAKKAN JANGKITAN KUMAN DAN VIRUS.

SELAIN ITU, SYAMPU KUCING YANG DIGUNAKAN JUGA SANGAT HARUM DAN TIDAK MENGANDUNGI BAHAN TOKSIK. 

KUCING ANDA AKAN DIKENDALIKAN DENGAN PENUH HEMAH DAN KASIH-SAYANG.

PAKEJ SPECIAL NI. MENGHILANGKAN KOTORAN DEGIL...
O..ooo.. not like this... memang nakal danggebu ni...

*1 EKOR KUCING (MENGIKUT SAIZ DAN KETEBALAN BULU KUCING SERTA CABARAN SEWAKTU MEMANDIKAN KUCING ANDA)= RM35.
*MANDI (DUA KALI SABUN)
*SIKAT
*CUCI TELINGA DAN MATA
*POTONG KUKU

*MANDIAN KUTU RM 60.
--> SYAMPU (DUA KALI SYAMPU)
--> SIKAT
--> CUCI TELINGA DAN MATA
--> POTONG KUKU
--> UBAT KUTU

BERTEMPAT DI: TELUK INTAN, PERAK.
BOLEH HUBUNGI: EKIN 0133204760 / MEIRA 0194619818
[ ... ]

Thursday, 27 June 2013

PAKEJ MENARIK DI ROYAL PET’S HOTEL

ROYAL PET’S HOTEL MENAWARKAN PAKEJ MENARIK DALAM PENJAGAAN KUCING ANDA.

PAKEJ BOARDING UNTUK KUCING.


KUCING DEWASA: 1 EKOR RM10 1 HARI  (MAKANAN SENDIRI)

KUCING DEWASA: 1 EKOR RM15 1 HARI (MAKANAN DISEDIAKAN) 

ANAK KUCING: 1 EKOR RM8 1 HARI (MAKANAN SENDIRI) 

ANAK KUCING: 1 EKOR RM15 1 HARI (MAKANAN DISEDIAKAN) 

**Penghantaran Haiwan kesayangan anda selama seminggu dan ke atas percuma BASIC GROOMING

MAKANAN YG KAMI SEDIAKAN IALAH ROYAL CANIN.
**BASIC GROOMING: SIKAT, POTONG KUKU CUCI MATA DAN CUCI TELINGA.

BERTEMPAT DI: TELUK INTAN, PERAK.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBINGI: CIK EKIN 0133204760 / CIK MEIRA 0194619818
[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB