Showing posts with label royal cat's house. Show all posts
Showing posts with label royal cat's house. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

Pengumuman Boarding Kucing Cuti Sekolah 2014!

Assalamualaikum semua.



Sempena cuti sekolah ni, saya suka nak ingatkan kepada anda yang nak hantar kucing atau haiwan perliharaan anda ke Royal Pets Hotel, TOLONG buat tempahan sangkar seawal yang mungkin. Takut pihak kami tak ada kekosongan untuk anak bulus anda. Kalau masih ada kekosongan memang boleh diterima, tapi kalau tak ada sangkar yang kosong, pihak kami memang TIDAK AKAN MENERIMA APA-APA BOARDING. 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di 013 3204760.

Sekian terima kasih... ^_^
[ ... ]

Thursday, 24 July 2014

BORDING UNTUK RAYA DAH PENUH!!


Alhamdulillah... Tahun ni banyak tetamu yang akan beraya dengan kami. Ada yang dah booking sangkar di ROYAL PETS HOTEL sebulan awal. Dalam seminggu ni ada saja yang menelifon pihak kami untuk menempah sangkar bagi penginapan kucing-kucing kesayangan mereka dan amat dukacita diumumkan bahawa sangkar sudah penuh!!

Jadi dengan ini pihak kami ingin mengumumkan bahawa penerimaan bagi penghantaran kucing di ROYAL PETS HOTEL telah pun ditutup sejak semalam iaitu pada tarikh 24 JULAI 2014 hingga 31 JULAI 2014, dan akan dibuka semula pada tarikh 01 OGOS 2014.

Sila buat tempahan sangkar terlebih dahulu sebelum menghantar haiwan kesayangan anda bagi memudahkan pengurusan sangkar kerana sangkar di ROYAL PETS HOTEL amat terhad bagi memastikan keselesaan haiwan kesayangan anda....

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan sila hubungi CIK EKIN  ( 013-320 4760 ) atau CIK MEIRA ( 019-461 9818)

Segala kesulitan amat kami kesali...

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca dan pelanggan kami. 





[ ... ]

Saturday, 29 June 2013

Warga Royal Cat's House Part Two

Assalamualaikum semua, hah,aku nak sambung bercerita ni... Alah, cerita pasal Warga Royal Cat's House Part One... Korang mesti dah baca kisah tuan puteri dengan tuan putera macho tu kan??? Sekarang ni aku nak cerita pasal ketua pemburu dengan pak guard pulak... Oh, jangan lupa pada si tukang hidang makanan ye... hahaha
Nilah ketua pemburu yang aku maksudkan tu... Si Kontot or Mummy Kontot... Dia ni, kalau dah dapat memburu kadang-kadang tu sampai tiga empat ekor sehari dia bawa balik... Tapi kalau dah malas tu, lalu depan mata pun dia buat tak tahu aje... 
Pak guard pertama ni namanya Mon-Mon... Tengok muka pun tau yang budak ni jambu... Nak tau sebab apa? Sebab dia ni kuat mengadu... Sikit-sikit ngadu dekat mama... Tapi kadang-kadang dia kena marah juga dengan mama... Tulah, meroyan lagi bila dapat masuk rumah... Semua benda dia nak terkam... Ish... Ish... Ish... Tak patut...

Yang ni pula Tam-Tam... Tapi dia lebih suka kalau aku panggil dia Batam... Ba= masam bertukar menjadi bacam+tam-tam=Batam... Tulah maksud Batam tu... Dia ni hero ni... Pantang betul kalau pintu terbukak... Laju je larinya... Tapi kalau aku kata "Jangan!!! Along spray nanti!!!" Terus dia bertukar wajah... Sungguh suci wajahnya... Seperti orang yang tak pernah buat salah...
Last but not least, Dee-Dee or nama sebenarnya Speedy... Aku jumpa budak kecik ni dekat Padang Speedy Teluk Intan... Waktu tu aku pun tak tahu aku mimpi apa bangun awal pagi nak pergi jogging... Sampai-sampai padang nampak budak ni tengah nangis dekat jalan sekor-sekor... Kesian, then bertawakal angkut bawa balik... Dia nilah si tukang hidang makanan... Tapi hidang untuk perut sendiri jelah... Kuat makan dan suka pijak muka orang yang tengah baring... Paling best kalau dia dapt bertenggek atas bahu macam sugar glider aku Yoona and Hachiko...
[ ... ]

Warga Royal Cat's House Part One

Assalamualaikum,, Hai,, Hari ni aku nak memperkenalkan warga kucing dan lain-lain haiwan yang menghuni di royal house ni.... Eceh, macam duduk dalam istana la pulok... hehehe

Ok... Yang macam permaisuri ni namanya Princess Dang Gebu... Dia memang tuan puteri yang "paling rajin" mengemas di royal house ni... Dang Gebu or nama manjanya Adang Gendut ni persian semi flat (tortoiseshell)... Bulu kembang-kembang sampai boleh tampung bulu hidung bg mereka yang kekurangan bulu hidung... 
Mamat macho ni pula namanya Princes Awang Gebu... Suami kepada Dang Gendut... Nama manjanya is Awang Kuchi-kuchi... Comelkan??? hahaha... Awang ni pemalu tau... Kerja dia cuma tidur tidur tidur dan makan... Tak rajin seperti bininya... Awang ni baka persian chinchilla... Siap ada jambang lagi tu... Terserlah kemachoannya...
Kesian laki bini ni, tak boleh keluar... hahahaha... Padan muka kau.... hahahahaha.......

Sebenarnya, ramai lagi penghuni di Royal Cat's House ni... Tapi rasanya macam nak sambung lain kalilah pulak... Sembang panjang-panjang tak gempaklakan??? See you sooonnnn..... <3
[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB