Showing posts with label ear mites. Show all posts
Showing posts with label ear mites. Show all posts

Thursday, 27 November 2014

Penyakit : Kurap (Mange) Bagi Haiwan Kucing dan Anjing

Penyakit : Kurap (Mange) Bagi Haiwan Kucing dan Anjing 

"MANGE" secara general merupakan serangan fungus yang menyebabkan kurap iaitu kulit berkuping-kuping, mengeras dan merekah. Kurap boleh membawa maut jika tidak dirawat, terutama jika terkena pada bahagian muka, iaitu di sekeliling mata dan mulut, sehingga mengganggu pergerakan dan pemakanan.
Lice-mites-hidup bawah kulit-gatal.

Terdapat 2 jenis mites: 

1. Non-burrowing mites (hama yang tidak menggali masuk ke dalam lapisan kulit) - contohnya - ear mites pada kucing (Otodectis cynotis). 

a) Kutu telinga disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam masa 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjangkiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk , bawah perut dan juga bahagian badan lain yang lemah. Kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut. 

Sintom dan tanda tanda kritikal : 

~ Gatal telinga,sering mengaru telinga dan mengoyang-goyang kepala dengan kerap dan mungkin tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan di dalam telinga. Kupingan yang berwana kelabu-kekuningan sebenarnya adalah ratusan dan mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah. 

~ Rawatan : Jika diperingat awal dan ringan… cuci telinga dengan mengunakan kapas yang dibasahkan dengan minyak zaiton, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada Veterinal. 

b) Cheyletiella Paracitoctorax biasanya hanya berada dipermukaan kulit dan paling biasa pada kucing dan anjing . Ia juga dikenali sebagai ‘walking dandruf’. Kitaran hidupnya adalah selama 5 minggu. Kutu hama betina bertelur dan melekatkan telur di bulu kucing dan anjing atau rambut, 3 ke 4mm dari kulit. 

Sintom dan tanda tanda kritikal : 

~ Wujud keruping dibahagian tengkuk kucing dan anjing dan kelihatan seperti lapisan kelemumur. Dan menyebabkan kegatalan pada kucing dan anjing. Dan kehilangan atau keguguran bulu berlaku. 

~ Rawatan : Dapatkan suntikan IVERMECTIN di klinik veterinar 

2. Kurap - Burrowing mites (hama yang menggali masuk ke dalam lapisan kulit) - contohnya, hama seperti dalam gambar...

Mereka bukan sahaja menggali terowong, bahkan bertelur dan membesar di dalam lapisan kulit yang digali. Hama betina dewasa akan menggali terowong dan bertelur di dalamnya. Dalam tempoh 5-8 hari, telur tersebut akan menetas menjadi "larvae" dan sterusnya membesar menjadi dewasa dan membiak semula didalam terowong yang baru...Proses pembiakan mengambil masa lebih kurang 3 minggu. Hama ini hanya memakan sisa-sisa kulit yang tertanggal, cairan tisu badan dan ada juga yang menghisap darah sepanjang proses untuk menjadi dewasa.. Kurap adalah masalah jangkitan yang serius dan jika tidak dirawat lebih awal akan menjadi kritikal. 

Sintom dan tanda tanda kritikal : 

~ Kawasan yang paling kerap dilihat mengalami masalah adalah kepala, bahagian bawah badan dan kaki. Jangkitan akan mula kelihatan pada mulut dan hidung, kemudian merebak ke sekitar kepala, leher dan kadang kandang badan. Kurap akan menyebabkan arnab mengaru dengan kuat dan menyebabkan jangkitan kurap merebak dan menyebabkan bulu jatuh dan kulit kelihatan berair dan menjadi kerak apabila kering. Kerak tersebut mudah merekah dan berair dan boleh menyebab jangkitan yang lebih serius menyebabkan arnab kurang daya tahan , lemah dan mati dalam beberapa minggu sahaja. 

~ Rawatan : Dapatkan rawatan Veterinar dengan segera. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Bersihkan sangkar dengan penyah kuman, dan biarkan selama beberapa hari sebelum digunakan semula, ini adalah kerana parasit dari kurap boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa perumah. Asingkan kucing atau anjing yang terkena jangkitan daripada kucing atau anjing yang lain. Ini bagi megelakan daripada wabak berjangkit. 

Sebenarnya ivermectin dapat dipergunakan untuk membasmi cacing dan ektoparasit seperti kutu. Tetapi ivermectin hanya membunuh cacing atau kutu dewasa, tidak membunuh telurnya. Oleh kerana itu diperlukan setidaknya 3 kali suntikan ivermectin dengan jarak 3-4 minggu. Perlu diingatkan, suntikan ivermectin harus dilakukan dengan hati-hati pada kucing umur kurang dari 4 bulan dan tidak disyorkan pada anak kucing berumur kurang dari 2 bulan, kerana boleh menyebabkan keracunan dan mengganggu perkembangan ginjalnya.. .

Bagi kucing dewasa, suntikan ivermectin perlu dilakukan 2-4 kali setiap tahun.. Penggunaan ubat secara "oral dan injectable" diamalkan secara berkala walaupun sebenarnya tidak digalakkan. Kaedah mandian turut diterapkan supaya ubat atau racun yang digunakan akan lebih menyerap masuk ke dalam terowong-terowong yang dibuat oleh hama-hama tersebut. 

Sebenarnya ada ubat spray anti kutu dan hama-hama yang dijual di petshop-petshop, seperti Accurate dan Frontline. Namun harus diperhatikan aturan pemakaian setiap ubat spray anti kutu , tapi biasanya ubat spray anti kutu ini tidak dianjurkan digunakan pada kucing dibawah umur 2 bulan. Ubat spray anti kutu di sembur di kulit pangkal kepala di bahagian belakang supaya kucing atau anjing tidak boleh menjilat bahagian tersebut. Jika mengunakan ubat spray anti kutu seperti Accurate dan Frontline membasmi kutu ianya hanya boleh bertahan kesannya selama 1 bulan. Kemudian perlu diulang 1 bulan kemudian dan seterusnya tiap bulan..

Sumber dari: FACEBOOK Dr.Nor Veterinary Clinic Medical & Health
[ ... ]

Sunday, 23 November 2014

Aktiviti Cuti Sekolah Bersama Kucing Kesayangan

Assalamualaikum semua...

Kesayangan hamba...

Lega rasanya dah start cuti sekolah. Boleh luangkan masa banyak sikit dengan anak bulusku. Semalam cuci sangkar, mandikan Awang Gebu dan cuci kawasan sangkar kucing ngan sugar glider.Memang tak payah bersenam. Keluar peluh mencurah-curah. haha. 

Baru-baru ni empat ekor kucing aku kena ear mite. Geram betulla aku. Mula-mula try petua guna coconut oil virgin. Titikkan dalam telinga kucing, gosok-gosok sikit then korek guna putik kapas. 

Memang keluar semua. Habis comot-comot bulu tepi telinga. Awang la yang paling buruk sekali sebab tak pandai bersihkan diri. Dok harap along dia yang baik hati dan menawan jugak yang kena groomingkan dia. 

Esoknya tu, ingatkan tak ada dah taik telinga hitam tu. Rupa-rupanya ada lagi!!! Tak bole jadi ni. Kena cari ubat untuk ear mites jugak. Aq pergilah ke petshop. Beli ubat ear mites. Mahal gilo!! Tapi tak apa. Anak-anak berbulu punya pasal.

Balik dr petshop, aku pon belasah telinga kucing-kucing aku dengan harapan ear mite akan serik untuk bertandang lagi. Memang bersih bersinar-sinar telinga kucing aku. Hah, Lega... haha

Ear mites jahat!!!

Esoknya tu, aku cek lagi telinga budak-budak ni... Ada lagi ear mites!!!!!!!!!! Tak boleh jadi ni. Aku pergi vet, mintak ubat untuk ear mites. (Malas nak bawak kucing aku sebabnya naik moto. Kalau ringan tak apalah jugak.) Dokter pon bagilah ubat ear mites. Sebotol kecik tu rm10 je.. 

Balik dari vet sental lagi telinga budak-budak ni. Yang comot bertambah comot. Dah sampai takut diorang ni bila aku nak pegang. Mau tak nya. Dah berapa hari dok sental telinga. Merajukla diorg. haha..

Pada keesokkan harinya, aku cek lagi telinga diorang. Alhamdulillah, Walaupon ada hitam-hitam, tapi sikit sangat. Just kena korek sikit-sikit dengan putik kapas. Legalah aku....

Barulah Awang boleh mandi semalam. Hensem dah pakweku yang satu ni... heee....

Hi,, My name is Princes Awang Gebu. I dah wangi... <3


[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB