Friday 6 June 2014

Persamaan Dan Perbezaan Si Kucing Parsi Dang Gebu Dan Baby.

Assalamualaikum semua! Hari ni nak ajak korang semua cari perbezaan antara Dang Gebu (My Persian Female Cat) dengan Baby (Kucing Parsi betina milik salah seorang cust aku). 


Hye semua. Saye cik diva gojes. My name Princess Dang Gebu. Perwatakan saya mestilah menarik ala-ala divakan. Bila along or mama or sesiapa je yang panggil saya, saya takkan menyahut. Just tengok reaksi telinga I je ok. Kalau along membebel-bebel sebab saya kencing merata, telinga saya akan capang kebelakang tanda saya malasss nak layan. Tapi bila along keluarkan dulang warna pink, sayalah kucing pertama yang akan duduk depan along dengan gaya manja dan menawan sambil kedip-kedip mata. Bila along keluarkan dulang pink tu tandanya along nak bagi wetfood, jadi kenalah goda along sikit. Ha, lagi satu perkara yang takkan terpisah dengan diri saya ialah..... Bau saya. Maaf ye. Saya ni sangat suka dengan bau badan saya. Saya pon tak faham macam mana along and semua orang dalam rumah ni boleh kata saya ni BUSUK!!! I just cant understand!! 

Hye semua. My name Baby comel. I come from KL. Perwatakan saya dengan Dang Gebu perasan tu tak banyak beza. I ni pon diva ok. Dari Kuala Lumpur lagi. Dang Gebu tu setakat diva dalam rumah je. hahaha (gelak sopan). Saya sangat manja dengan Mummy saya. Almaklumlah, saya ni anak bongsu. Nama pon Baby. Mestilah manja dan comel serta ciut. Saya tak suka dengan manusia yang saya tak kenal. Walaupon saya bertindak ganas pada along, tapi saya tetap dapat layanan bertaraf princess di Royal Pet's Hotel ni. Dan satu saya nak bagi tahu kepada korang semua, yang bau saya ni wangi. Mummy saya rajin hantar saya pergi grooming walaupon Mummy cerita dekat along yang saya bagi cakaran maut pada tukang grooming saya tu. Cakaran tu tak delah maut sangat, just sebagai hadiah dan tanda kenang-kenangan yang kita pernah bekerjasama dengan baik. haha...



0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB