Saturday 29 June 2013

Kucing Lebih Sensitif Pada Sentuhan


Assalamualaikum, Selamat pagi semua. Pagi ni aku nak kongsi sesuatu yang sangat berguna terutama sekali bagi korang yang baru berjinak-jinak nak pegang kucing... 


Sila fahamkan gambar di atas. Dari gambar di atas, kita dapat bezakan kucing dan anjing dari segi penerimaan apabila disentuh.



Anjing apa bahagian pun, ia suka disentuh dan rasa dihargai. Namun, tak semua baka sebegitu. Terutama baka Chow Chow yang paling pantang disentuh bahagian belakang. Berbeza dengan baka Retreiver seperti dalam filem Marley & Me yang sangat manja.

Kucing pula, sangat sensitif. Kita dapat lihat bahawa bahagian kepala dan bahagian hujung belakang paling digemarinya. Maka, belai di tempat sepatutnya dan elak pegang di tempat yang tak disukainya supaya tiada kecederaan menimpa kita. 

Barulah aku faham kenapa Dang Gebu cukup-cukup marah bila aku nak sabun bahagian perut kerempeng dengan bontot dia tu... Sampai dijadikannya tangan aku ni kotak pencakar dia! Ha, ingat senang ke nak mandikan kucing? Bukan macam mandikan anak patung tau! 

Sumber dari: HONEY Pet Shoppe

0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB