Showing posts with label boarding dan grooming kucing. Show all posts
Showing posts with label boarding dan grooming kucing. Show all posts

Friday, 3 March 2017

Penyelarasan Harga Royal Pets Hotel 2017



Assalamualaikum semua...

Saya Princess Dang Gebu selaku big big manager di Royal Pets Hotel ingin membuat pengumuman mengenai Penyelarasan Harga Perkhidmatan Di Royal Pets Hotel 2017. Penyelarasan Harga Perkhidmatan Di Royal Pets Hotel akan berkuat kuasa pada tepat jam 12 am 01/03/17.... Cewah,,, Ade ciri-ciri pedana menteri buat pengumuman tak?? hihi

Penyelarasan Harga Perkhidmatan Di Royal Pets Hotel 2017

*PAKEJ BOARDING UNTUK KUCING.

KUCING DEWASA: 1 EKOR RM10 1 HARI  (MAKANAN SENDIRI)

KUCING DEWASA: 1 EKOR RM20 1 HARI (MAKANAN ROYAL PETS SEDIAKAN) 

ANAK KUCING (TANPA IBU@SUDAH PUTUS SUSU): 1 EKOR RM10 1 HARI (MAKANAN SENDIRI) 

ANAK KUCING (TANPA IBU@SUDAH PUTUS SUSU): 1 EKOR RM20 1 HARI (MAKANAN ROYAL PETS SEDIAKAN) 

IBU KUCING DAN ANAK2 KUCING YG MASIH MENYUSU: 1HARI RM15 (MAKANAN SENDIRI)

IBU KUCING DAN ANAK2 KUCING YG MASIH MENYUSU: 1 HARI RM25 (MAKANAN ROYAL PETS SEDIAKAN)



*PAKEJ GROOMING UNTUK KUCING.


*GROOMING BIASA = RM35 {DEWASA}, RM25 {KITTEN}
*MANDI (DUA KALI SABUN)
*SIKAT
*CUCI TELINGA DAN MATA
*POTONG KUKU
*TRIM BULU KAKI

*MANDIAN KUTU @ FUNGUS = RM 60 {DEWASA}, RM35 {KITTEN}
--> SYAMPU (DUA KALI SYAMPU)
--> SIKAT
--> CUCI TELINGA DAN MATA
--> POTONG KUKU
--> UBAT KUTU
--> TRIM BULU KAKI

*GROOMING & TRIM BULU BERGUMPAL = RM65 {DEWASA}, RM40 {KITTEN}
--> SYAMPU (DUA KALI SYAMPU)
--> SIKAT
--> CUCI TELINGA DAN MATA
--> POTONG KUKU
--> TRIM BULU BERGUMPAL
--> TRIM BULU KAKI

*LION CUT (BOTAK) = RM85 {DEWASA}, RM50 {KITTEN}



**Penghantaran Haiwan kesayangan anda selama seminggu dan ke atas percuma BASIC GROOMING

**BASIC GROOMING: SIKAT, POTONG KUKU, CUCI MATA DAN CUCI TELINGA.

BERTEMPAT DI: TELUK INTAN, PERAK.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBINGI: CIK EKIN 0133204760 / CIK MEIRA 0194619818

*SILA PASTIKAN KUCING ANDA DALAM KEADAAN SIHAT WAL AFIAT (SUDAH VAKSIN, BEBAS KUTU, SUDAH DIBERI UBAT CACING, BEBAS PENYAKIT KULIT,  BEBAS PENYAKIT BERJANGKIT SPT SELESEMA, VIRUS, DEMAM DAN LAIN-LAIN)

*PIHAK ROYAL PETS HOTEL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU APA-APA KEJADIAN YANG TIDAK DIINGIN YANG BERPUNCA DARI KUCING ANDA ATAU KELALAIAN ANDA.

TERIMA KASIH ^_^

[ ... ]

Thursday, 10 December 2015

Testimoni Terbaru Royal Pets Hotel Disember 2015

Assalamualaikum semua...


Hye, kami berempat ni la Big-big boss Royal Pets Hotel. Kalo nak booking cage ke, nk grooming ke, ape2 yang berkaitan la, bole la berhubung dengan EKIN 0133204760.


Selamat bercuti sekolah kepada pencinta-pencinta kucing... Maaf sangat-sangat sebab lama sangat tak update blog ni... hihi... Tak menang tangan rasanya nak menaip blog, nak cuci cage, repare cage, trim bulu Adang Awang, nak uruskan check in check out anak-anak bulus yang bersilih ganti saban hari (amboi ayat!! haha), banyak lagi la... Tu tak termasuk lagi otak jem tak tau nk taip ape bile ngadap blog ni... huhu

Rasa-rasanya untuk entry kali ni aku nak share beberapa TESTIMONI TERBARU ROYAL PETS HOTEL je la ye... Nanti aku bincang dengan BIG_BIG BOSS, nak taip ape dlm blog ni... huhu

1 TESTIMONI ROYAL PETS HOTEL



2 TESTIMONI ROYAL PETS HOTEL



3 TESTIMONI ROYAL PETS HOTEL




4 TESTIMONI ROYAL PETS HOTEL


5 TESTIMONI ROYAL PETS HOTEL


Terima kasih kepada anda yang sudi membaca dan terima kasih kepada anda yang menyokong Royal Pets Hotel ni... Tanpa anda semua, tiadalah wujudnya Royal Pets Hotel.... #saranghae

*p/s: klik pg gambar utk pembacaan yang leih jelas... ^_^









[ ... ]

Monday, 21 September 2015

BOARDING RAYA HAJI 2015 TELAH PENUH




Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah... Dah habis bulan Syawal kini tiba bulan Zulkaedah pulak... Tup tap tup tap... Dah nak Raya Haji... Dan dengan ini TEMPAHAN UNTUK RAYA HAJI DITUTUP!!!

Maka dengan ini pihak kami ingin mengumumkan sekali lagi bahawa penerimaan bagi penghantaran kucing di ROYAL PETS HOTEL telah pon ditutup. Bermula daripada 22 SEPTEMBER 2015 hingga 27 SEPTEMBER 2015 dan akan dibuka semula pada tarikh 28 SEPTEMBER 2015.

Jika anda ingin menghantar kesayangan anda, sila buat tempahan sangkar terlebih dahulu sebelum menghantar haiwan kesayangan anda bagi memudahkan pengurusan sangkar kerana sangkar di ROYAL PETS HOTEL amat terhad bagi memastikan keselesaan haiwan kesayangan anda....

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan sila hubungi CIK EKIN  ( 013-320 4760 ) atau CIK MEIRA ( 019-461 9818)

Segala kesulitan amat kami kesali...

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua pembaca dan pelanggan kami. 

[ ... ]

Friday, 4 September 2015

Tempahan Boarding Raya Haji 2015



Assalamualaikum semua...



Cuti sekolah dan raya haji dah nak dekat... Bagi para pencinta kucing yang masih buntu tak tahu siapa yang boleh tolong jagakan sementara anak2 bulus kesayangan, ROYAL PETS HOTEL boleh membantu MENJAGA KEBAJIKAN KUCING ANDA SEWAKTU KETIADAAN ANDA... InsyaAllah...



Sila buat tempahan terlebih dahulu sebelum menghantar haiwan kesayangan anda untuk digrooming atau diboarding bagi memudahkan pihak pengurusan kerana sangkar di ROYAL PETS HOTEL amat terhad bagi memastikan keselesaan haiwan kesayangan anda....


Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan sila hubungi CIK EKIN (013-320 4760).

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI RAYA HAJI kepada semua pembaca dan pelanggan kami.


[ ... ]

Wednesday, 5 August 2015

Royal Pets Hotel Limpahan Kasih Sayang


Assalamualaikum semua... 


Saya Princess Dang Gebu... Manager Royal Pets Hotel...

Selamat pagi... Senyum selalu... hahaha

Tetiba pagi ni dapat aura kasih sayang... hahaha... Myb sebab Kak Fisa kata nak hantar boarding kucing-kucing Kinkalow dia bulan 11 nanti.... Tak sabar rasanya... hahaha



Royal Pets Hotel mula beroperasi tahun 2013... Masa tu ada satu je sangkar kayu yang ayah tolong buatkan... Mula-mula rasanya macam boarding ngn grooming pets ni mcm krik krik je... Sebab setahun tu just dua ekor kucing je yang check in Royal Pets Hotel... haha... Sedih kot...

Masa tahun 2014, dah mula ada yang kenal. Tahun 2014 tu jugaklan buat cage baru untuk boarding kucing... And malam raya aku ngn family aku still bertungkus lumus siapkan lagi satu cage untuk boarding raya... Memang aku ngn family tak beraya tahun lepas... Baju raya pon aku tak ada... Sedih lagi sekali,,, hahaha

Alhamdulillah, tahun 2015 ni aku rasa Royal Pets Hotel ni lebih hidup... Kalau tahun lps, just cuti2 sekolah je cage ada penghuni... Tapi tahun ni alhamdulillah... Dalam sebulan tu msti ada tiga empat ekor yang check in... 

Seronok sebenarnya melayan kerenah kucing ni.. Seekor kucing ada 1000 macam jenis perangai... Cuma satu je yang sama... Mereka memerlukan kasih sayang dan layanan yang sama... 



Kalau ownernya kata kucingnya kuat merajuk, nak kena pujuk gosok-gosok kepala dulu baru nak makan, itulah yang aku akan buat sampailah kucing tu makan... And ownernya pon terkejut bila aku cerita kucing dia kuat makan... haha

Setiap hari, sekurang-kurangnya sekali aku akan update gambar kucing kpd ownernya... Biar ownernya tenang masa bercuti or bekerja... Setiap masalah kucing akan diambil kira... Cthnya berkaitan selera kucing, masalah kulit, masalah telinga sampaikan ke bab najis kucing pon, kalau ada masalah aku akan bagi tahu kpd owner...


*Klik pd gambar


Nasihat-nasihat yang aku cedok dari vet, google dan kawan2 yang lebih arif tentang kucing aku gunakan sebagai panduan... Cerita tentang kucing dari owner masing-masing amat aku titik beratkan.. Sebabnya, owner kucing lebih kenal dengan kucing mereka... Wassalam...
[ ... ]

Monday, 22 June 2015

TEMPAHAN BOARDING RAYA PUASA TAHUN 2015



Assalamualaikum semua...



Alhamdulillah... Tahun ni banyak tetamu yang akan beraya dengan kami. Ada yang dah booking sangkar di ROYAL PETS HOTEL dari AWAL TAHUN!!! Dalam seminggu ni ada saja yang menelefon pihak kami untuk menempah sangkar bagi penginapan kucing-kucing kesayangan mereka pada hari raya dan amat dukacita diumumkan bahawa TEMPAHAN BOARDING RAYA SUDAH DITUTUP... 

Bagi anda yang ingin menghantar boarding atau grooming pada bulan puasa ni, jangan risau, insyaAllah ada kekosongan sehingga 12/07/2015 DAN PIHAK ROYAL PETS HOTEL TIDAK AKAN MENERIMA BOARDING ATAU GROOMING PADA MINGGU AKHIR RAMADHAN BERMULA DARI 12/07/2015 SEHINGGA 26/07/2015 KECUALI OWNER YANG TELAH MEMBUAT TEMPAHAN...

Sila buat tempahan terlebih dahulu sebelum menghantar haiwan kesayangan anda untuk digrooming atau diboarding bagi memudahkan pihak pengurusan kerana sangkar di ROYAL PETS HOTEL amat terhad bagi memastikan keselesaan haiwan kesayangan anda....

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan sila hubungi CIK EKIN (013-320 4760).

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca dan pelanggan kami.

Segala kesulitan amat dikesali...
[ ... ]

Sunday, 29 March 2015

Testimoni ROYAL PETS HOTEL..


Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, baru-baru ni ada beberapa ekor kucing telah check in dan check out dari ROYAL PETS HOTEL.... Semuanya sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan di ROYAL PETS HOTEL...

Antara testimoni terbaru ROYAL PETS HOTEL....


Testimoni pertama ni, ownernya telah menghantar kucingnya utk digrooming dan boarding utuk kali pertama...


Testimoni kedua ni pula adalah testimoni regular customer. Beliau telah beberapa kali menggunakan khidmat dari ROYAL PETS HOTEL untuk grooming dan boarding.

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada yang menyokong ROYAL PETS HOTEL. Kami di ROYAL PETS HOTEL bersedia memberi perkhidmatan terbaik. Lain-lain testimoni anda boleh klik di --> TESTIMONI DAN TEMPAHAN BOARDING DI ROYAL PETS HOTEL.


[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB