Showing posts with label tips merawat kucing. Show all posts
Showing posts with label tips merawat kucing. Show all posts

Tuesday, 21 March 2017

Penjagaan Kucing Luka Parah


Assalamualaikum semua...

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman menjaga kucing luka. Kucing ni bukan kucing aku, tapi kucing salah sorang  custemer aku...

Masa custemer call kata nak hantar kucing dia ke Royal Pets Hotel, dia cakap kucing dia sakit. Aku sangat suka custemer yang terus terang macam ni... Mudah berurusan... Sesetengah custemer tak nak bagi tau awal-awal kucing dia sakit sebab takut kami tak terima boarding kucing dia... 

Katanya, kaki kucing patah, jalan jengkot-jengkot, aku dah mula risau. Akk tu nak hantar ke aku malam tu jugak (Sabtu malam Ahad). Dia kata dia nak bawak kucing tu (Ompok) ke vet tapi vet tutup... Soo dia mintak tolong aku bawakan Ompok ke vet esok nye (Ahad).


Say hi to Ompok.

Bila Ompok sampai malam tu, aku keluarkan Ompok dari carier then cek kaki Ompok. Rupanya kaki Ompok tak patah tapi luka sampai bernanah-nanah dan nampak tulang kaki Ompok. Rasa rugi sangat sebab tak dapat snap gambar kaki Ompok time tu... Ompok tak bagi aku usik kaki dia..

Esoknya aku bawak ke vet... Tapi vet tutup... Aku baru teringat, hari Ahad memang vet tutup!!! Mujur Momo Pets Shop bukak, aku tanye tokey kedai, ubat apa sesuai untuk kaki luka bernanah dan berlubang... Tokey sarankan spray guna SkinHeal Spray. Kalau kata dalam luka tu ada ulat, ulat tu akan keluar lepas spray dengan SkinHeal Spray.


Balik rumah, aku cuci kaki Ompok dengan air suam + garam bukit... Marah Ompoknya aku cuci kaki dia... hihi... Lepas cuci, lap kering-kering, tarik kulit kaki Ompok mana yang bole tanggal... Memang banyak nanahnya... Barulah nampak mana rupa luka kaki Ompok...  Memang besar lukanya, nampak tulang kaki Ompok...


Ompok masa dekat Momo Pets Shop... Baik je Ompok...


Tiga empat kali sehari aku spray kaki Ompok... Aku update dalam facebook pasal kaki Ompok... tetiba kawan aku (lebih arif bab2 kucing), bagi tau, kucing dia pernah luka bernanah macam Ompok... Dia sarankan aku cari Fucidin Cream dekat farmasi... Katanya, Fucidin Cream ni selalunya dokter guna untuk cuci luka kencing manis...


Terima kasih Kak Lily...


Harga Fucidin Cream tiub kecil dalam rm14@17...



Kaki Ompok lepas seminggu aku rawat. Time ni dah tak ada nanah dah. Luka makin kering.


Ompok merelexkan diri lepas berperang cuci luka... hihi




Kaki Ompok beberapa hari sebelom Ompok balik rumah dia.


Komen dari Kak Ndea aka Dr.Ndea pasal kaki Ompok...


Feed back dari Owner Ompok, terima kasih kak... <3 <3 <3


Dua minggu Ompok aku rawat... Dari luka besar Ompok tak bagi sentuh, sampaila dah nak baik kaki Ompok aku rawat... Siang aku spray dengan SkinHeal Spray.. Malam aku sapu Fucidin Cream... Sesekali aku cuci kaki Ompok dengan Teh Pegaga HPA... 

*Klik pada gambar...





[ ... ]

Saturday, 21 September 2013

Virus Sporo atau Sporotrichosis


Virus Sporo atau Sporotrichosis
Sporotrichosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.

Penyakit Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai SPORO ini jarang berlaku. Oleh sebab itu, penyakit ini sukar dikesan oleh sesetengah doktor manusia dan doktor haiwan. Walau bagaimanapun, manusia masih boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti penyakit ini. 

Fungus ini berasal daripada persekitaran; tanah, tumbuhan dan dijangkiti dari satu spesies haiwan ke spesies yang lain, malah dari haiwan kepada manusia. Kucing merupakan haiwan yang paling mudah menjangkiti dan membawa penyakit ini. 

Kucing-kucing yang tidak dimandulkan cenderung untuk keluar rumah, berkeliaran mencari pasangan dan bergaduh. Fungus ini di jangkiti oleh kucing melalui kulit yang tersangkut pada duri atau dahan tumbuhan, cakaran dan gigitan dari haiwan lain. 

Fungus ini sangat mudah dijangkiti melalui luka terbuka. Manusia pula boleh dijangkiti pada kulit melalui sentuhan, dan pada sistem pernafasan melalui udara. Mengenalpasti tanda-tanda Sporo adalah sangat penting bagi membolehkan manusia mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan kucing yang disyaki Sporo positif.

Tanda-tanda Sporo pada kucing:


- Luka atau kudis pada kepala (terutama sekali pada hidung dan muka), kaki dan ekor.
- Luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, bernanah, menjadi kudis yang sukar untuk sembuh.
- Kudis-kudis akan mula merebak keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti
- Sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam, hilang selera makan dan kelesuan.

Sekiranya fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda yang kelihatan ialah benjolan dan kudis pada jari, tangan, atau muka.

Cara mengesahkan kucing dijangkiti Sporo :
- Melihat sampel kudis di bawah microskop
- Ujian darah menyeluruh di makmal

Rawatan Sporo :
- Kuarantin yang ketat supaya tidak menjangkiti haiwan lain atau manusia
- Pengambilan potassium iodide secara oral selama 4-8 minggu
- Pengambilan Ketoconazole dan Itraconazole
- Pengambilan anti-fungal yang lain
- Ubat-ubatan di atas boleh menyebabkan toksid pada haiwan dan perlu diambil pada sukatan yang betul mengikut berat badan haiwan tersebut
- Sporothrix ialah fungus dan bukannya bakteria. Rawatan menggunakan antibiotik adalah tidak efektif.
- Haiwan yang menghidapi Sporo tidak boleh mengambil ubatan berunsur steroid.

Cara menghalang jangkitan Sporo :
- Haiwan-haiwan peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di luar
- Memandulkan haiwan bagi mengurangkan pergaduhan dan percakaran

*** Perhatikan sekiranya kucing anda tiba-tiba mengalami benjolan, luka atau kudis. Segera dapatkan rawatan doktor haiwan yang bertauliah.


[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB