Showing posts with label boarding raya. Show all posts
Showing posts with label boarding raya. Show all posts

Monday, 21 September 2015

BOARDING RAYA HAJI 2015 TELAH PENUH




Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah... Dah habis bulan Syawal kini tiba bulan Zulkaedah pulak... Tup tap tup tap... Dah nak Raya Haji... Dan dengan ini TEMPAHAN UNTUK RAYA HAJI DITUTUP!!!

Maka dengan ini pihak kami ingin mengumumkan sekali lagi bahawa penerimaan bagi penghantaran kucing di ROYAL PETS HOTEL telah pon ditutup. Bermula daripada 22 SEPTEMBER 2015 hingga 27 SEPTEMBER 2015 dan akan dibuka semula pada tarikh 28 SEPTEMBER 2015.

Jika anda ingin menghantar kesayangan anda, sila buat tempahan sangkar terlebih dahulu sebelum menghantar haiwan kesayangan anda bagi memudahkan pengurusan sangkar kerana sangkar di ROYAL PETS HOTEL amat terhad bagi memastikan keselesaan haiwan kesayangan anda....

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan sila hubungi CIK EKIN  ( 013-320 4760 ) atau CIK MEIRA ( 019-461 9818)

Segala kesulitan amat kami kesali...

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua pembaca dan pelanggan kami. 

[ ... ]

Thursday, 23 July 2015

Sambutan Hari Raya Di Royal Pets Hotel


Assalamualaikum semua...



Tadi aku dah bercerita pasal Rattan Tata, sekarang aku nak cerita suasana berhari raya bersama kucing di Royal Pets Hotel.... 


Yang paling awal sekali check in Royal Pets Hotel... Rattan Tata dari Penang...

Memang meriah, maunye tak meriah, setiap cage dihuni dengan kucing dan setiap kucing mempunyai perangai dan kerenah yang berbeza...



Ada yang siang tidooooo, malam karaoke... Ade yang siang buat kerja, malam tido... Ada yang pantang nampak kelibat orang, asyik panggil ajak main je... haha... 



Memang seronok sangat melayan kerenah kucing ni... Kalo tak fikir pasal raya, memang aku nak mengadap muka kucing je... haha





Lepas semua dah check out raya, masuk lagi beberapa ekor kucing, termasuklah si Kokoro... haha... 


Sekarang ni yang masih di Royal Pets Hotel hanyalah Kokoro... Kokoro, awak memang Royal custemer di ROYAL PETS HOTEL... haha




[ ... ]

Suasana Di Pagi Raya Bersama Si Kucing Nakal


Assalamualaikum semua...

Selamat hari raya kepada semua pembaca ROYAL CATS BLOG... Alhamdulillah, pagi raya ke 8 ni aku berkesempatan update blog yang dah bersawang-sawang ni... haha... 

Hari ni aku nak cerita pasal seekor kucing yang baru je check out dari ROYAL PETS HOTEL beberapa hari yang lepas... Nama kucing ni ialah Rattan Tata... Jantina Rattan ni betina... 

Ya Allah, nakalnya dia, tuhan je yang tahu... haha...Walaupon nakal, tapi Rattan ni sangat menghiburkan... Seriusly, memang geram bila tengok muka dia... Dah pandai buat salah, pandai pulak dia pujuk dengan muka comel dia... 

Nak tau ape yang Rattan Tata ni dah buat di ROYAL PETS HOTEL??? 
Sila scroll slow2------>


Nampak tu, daddy Rattan pesan ape? Xmo nakal2kan


Mlm 1st Rattan di Royal Pets Hotel memang baik...





Tarraaaa... Keesokkan harinya...


Lps along berleter dekat telinga Rattan, Rattan kembali insaf... haha


Mendengar kata juga si Rattan ni ye...




Kali ni dgn aksi lbh mencabar... hahaha




Sekian saja dari Rattan Tata.... I'll miss u Rattan.. hihi





[ ... ]

Monday, 22 June 2015

TEMPAHAN BOARDING RAYA PUASA TAHUN 2015



Assalamualaikum semua...



Alhamdulillah... Tahun ni banyak tetamu yang akan beraya dengan kami. Ada yang dah booking sangkar di ROYAL PETS HOTEL dari AWAL TAHUN!!! Dalam seminggu ni ada saja yang menelefon pihak kami untuk menempah sangkar bagi penginapan kucing-kucing kesayangan mereka pada hari raya dan amat dukacita diumumkan bahawa TEMPAHAN BOARDING RAYA SUDAH DITUTUP... 

Bagi anda yang ingin menghantar boarding atau grooming pada bulan puasa ni, jangan risau, insyaAllah ada kekosongan sehingga 12/07/2015 DAN PIHAK ROYAL PETS HOTEL TIDAK AKAN MENERIMA BOARDING ATAU GROOMING PADA MINGGU AKHIR RAMADHAN BERMULA DARI 12/07/2015 SEHINGGA 26/07/2015 KECUALI OWNER YANG TELAH MEMBUAT TEMPAHAN...

Sila buat tempahan terlebih dahulu sebelum menghantar haiwan kesayangan anda untuk digrooming atau diboarding bagi memudahkan pihak pengurusan kerana sangkar di ROYAL PETS HOTEL amat terhad bagi memastikan keselesaan haiwan kesayangan anda....

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan sila hubungi CIK EKIN (013-320 4760).

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca dan pelanggan kami.

Segala kesulitan amat dikesali...
[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB