Sunday 16 August 2015

Kucing Sphinx Kucing Yang Elegan


Assalamualaikum semua...



Hari ni aku nak cerita sikit pasal kucing sphinx atau pon sphinx cat. Malam tadi ada dua ekor sphinx cat dan seekor kucing kinkalow check in Royal Pets Hotel...

Kucing Sphinx ialah kucing yang memiliki bulu sangat pendek dan sangat sedikit. Jika dilihat sekilas, kucing sphinx nampak macam tak ada bulu langsung-langsung, tapi kalau tengok betul-betul, badan kucing ini ditumbuhi rambut halus di beberapa bahagian, seperti telinga, kaki, ekor, dan di organ kelamin.


Kiri Rambo (jantan) tengah Molly (baka kinkalow) kanan Elisa (betina)


Mula-mula tengok sphinx cat tu memang aku menjerit-jerit.. haha... Bukan sebab takut... Tapi sebab teruja sangat!!! haha... Gelak-gelak tuan kucing ni tengok aku... hahaha...


Rambo dengan Elisa just makan dua kali sehari sahaja.. Kalau tidak, selagi ada makanan, selagi tu la diorg akan makan.


Dari apa yang tuan sphinx cat ni bagi tau aku, penjagaan kucing sphinx ni agak rumit dari segi makanan sebab sistem pencernaan Kucing Sphinx sangat-sangat sensetif. Najis kucing Sphinx sangat-sangat-sangat cair jika makanan yang diberi tidak sesuai dengan perut sphinx cat dan Kucing Sphinx tak boleh makan over dose tau...



Kucing Sphinx sesuai tinggal di kawasan bersuhu bilik dan tidak memerlukan aircond... Kalau suhu sejuk, bulu akan tumbuh dan tak jadilah Kucing Sphinx... hihi... Tu apa yang owner Rambo (jantan) dan Elisa (betina) cakaplah.. haha


Nah, special pose dari Molly... hihi

0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB