Wednesday 2 September 2015

Tips Penjagaan Kucing Tak Berbulu Sphinx Cats


Assalamualaikum semua...



Hari ni aku nak carita sikit pasal pengalaman aku menjaga Sphinx cat atau kucing Sphinx selama dua minggu....

Ok, aku nak mula dari bab penjagaan makanan kucing Sphinx. Bagi korang dah mula jatuh cinta dengan kucing Sphinx ni, perkara pertama yang korang perlu titik beratkan ialah bab makan. Kucing Sphinx ni sangat-sangat-sangat kuat makan! Pantang mangkuk makanan ada makanan diorg akan makan. Jadi, kita sebagai owner, JANGAN diturutkan sangat nafsu makan kucing Sphinx ni... 

Masa Elisa dengan Rambo boarding di ROYAL PETS HOTEL, bab makan memang sangat-sangat aku jaga... Mangkuk makanan cuma ada makanan pada waktu siang sahaja.. Itu pon aku x bubuh penuh semangkuk.. Aku bubuh sikit-sikit je... Waktu malam ialah waktu Elisa dengan Rambo puasa... 



Bab yang kedua ialah bab najis kucing Sphinx. Bab najis kucing Sphinx ni pon x bole dipandang remeh! Sebabnya perut Sphinx Cat ni sangat-sangat-sangat sensetif. Sebab tu lah diorang tak boleh makan 24 jam. 

Dari yang aku nampak, kucing Sphinx ni memang tak memilih bab makan. Tapi, kalau makanan yang kucing Sphinx ni makan tak sesuai dengan perut mereka, najis mereka akan jadi sangat-sangat-sangat cair... Macam jelly pon ada... N bau nya tak payah cakap la... 

Makanan yang aku cadangkan untuk Sphinx cat ni ialah ROYAL CANIN SENSIBLE. ROYAL CANIN SENSIBLE ni memang direka khas untuk kucing yang sangat sensetif perutnya. Tapi, korang sebagai owner, kenalah bertanya pada veterinar yg bertauliah...

Bab yang ketiga ialah bab penjagaan kulit kucing Sphinx. Bab penjagaan kulit kucing Sphinx juga penting sebabnya bulu kucing Sphinx ni sangat halus macam bulu roma manusia. Disebabkan bulu mereka sangat halus, maka kulit kucing Sphinx ni akan mengeluarkan sejenis minyak untuk melindungi kulit mereka dari cedera and diorang ni ade sejenis bau tau. Memang bau tu susah nak hilang.



Bila kulit kucing Sphinx ni berminyak, kekotoran mudah sangat melekat. Jadi, owner kenalah lap selalu kucing Sphinx mereka. Masa Elisa dengan Rambo hari tu, aku guna Just Spray je. Sembur Just Spray dekat badan kucing Sphinx (jgn sampai kena mata), then lap dengan wet tisu. Celah-celah pelipat, dekat perut, leher, celah-celah kuku, montot, pendek cerita, SATU BADAN MESTI DISENTAL. 

Kalau korang rajin, cari dalam youtube macam mana orang putih mandikan kucing Sphinx diorang. Diorang lap guna sapu tangan tau. Sebabnya daki kucing Sphinx ni memang degilla.. haha


Malam2 Molly (yg ada bulu) akan join abang kakak dia duduk dlm cage ni sebelom Molly tido dlm cage dia sendiri n abg kakak dia tido dlm cage hitam ni.

Ha, sebelom aku lupa, nyamuk memang suka sesangat dekat kucing Sphinx ni. Yela, x de bulu. Jadi, diorng malam-malam tido dalam kelambu. hihi Dan pastikan tempat Sphinx cat ni sentiasa suam (nak cakap panas, karang korang pegi jemur pulak kang haha) dan selesa. Kesian, dah la tak ada bulu, duduk tempat sejuk pulak.






0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB