Showing posts with label sangkar kucing. Show all posts
Showing posts with label sangkar kucing. Show all posts

Wednesday, 27 January 2016

Tempahan Boarding Kucing Tahun Baru Cina 2016








Assalamualaikum semua...

Cuti sekolah dan tahun baru cina dah nak dekat... Bagi para pencinta kucing yang masih buntu tak tahu siapa yang boleh tolong jagakan sementara anak2 bulus kesayangan,ROYAL PETS HOTEL sedia membantu MENJAGA KEBAJIKAN HAIWAN KESAYANGAN ANDA SEWAKTU KETIADAAN ANDA... InsyaAllah...

Sila buat tempahan terlebih dahulu sebelum menghantar haiwan kesayangan anda untuk digrooming atau diboarding bagi memudahkan pihak pengurusan kerana sangkar di ROYAL PETS HOTEL amat terhad bagi memastikan keselesaan haiwan kesayangan anda....

Kepada owner haiwan kesayangan yang ingin menghantar kucing or pets anda ke ROYAL PETS HOTEL, SILA PASTIKAN haiwan kesayangan anda dalam keadaan sihat 100% (sudah divaksin, tiada kutu, sudah diberi ubat cacing, tiada masalah kulit, tiada selesema, tiada demam dan lain-lain penyakit). 

Sekiranya anda menghantar haiwan kesayangan anda dalam keadaan yang kurang sihat, pihak kami tidak akn bertanggungjawab jika berlaku apa-apa permasalahan terhadap haiwan kesayangan anda.

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan sila hubungi CIK EKIN (013-320 4760).

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua pembaca dan pelanggan kami.

[ ... ]

Wednesday, 5 August 2015

Royal Pets Hotel Limpahan Kasih Sayang


Assalamualaikum semua... 


Saya Princess Dang Gebu... Manager Royal Pets Hotel...

Selamat pagi... Senyum selalu... hahaha

Tetiba pagi ni dapat aura kasih sayang... hahaha... Myb sebab Kak Fisa kata nak hantar boarding kucing-kucing Kinkalow dia bulan 11 nanti.... Tak sabar rasanya... hahaha



Royal Pets Hotel mula beroperasi tahun 2013... Masa tu ada satu je sangkar kayu yang ayah tolong buatkan... Mula-mula rasanya macam boarding ngn grooming pets ni mcm krik krik je... Sebab setahun tu just dua ekor kucing je yang check in Royal Pets Hotel... haha... Sedih kot...

Masa tahun 2014, dah mula ada yang kenal. Tahun 2014 tu jugaklan buat cage baru untuk boarding kucing... And malam raya aku ngn family aku still bertungkus lumus siapkan lagi satu cage untuk boarding raya... Memang aku ngn family tak beraya tahun lepas... Baju raya pon aku tak ada... Sedih lagi sekali,,, hahaha

Alhamdulillah, tahun 2015 ni aku rasa Royal Pets Hotel ni lebih hidup... Kalau tahun lps, just cuti2 sekolah je cage ada penghuni... Tapi tahun ni alhamdulillah... Dalam sebulan tu msti ada tiga empat ekor yang check in... 

Seronok sebenarnya melayan kerenah kucing ni.. Seekor kucing ada 1000 macam jenis perangai... Cuma satu je yang sama... Mereka memerlukan kasih sayang dan layanan yang sama... 



Kalau ownernya kata kucingnya kuat merajuk, nak kena pujuk gosok-gosok kepala dulu baru nak makan, itulah yang aku akan buat sampailah kucing tu makan... And ownernya pon terkejut bila aku cerita kucing dia kuat makan... haha

Setiap hari, sekurang-kurangnya sekali aku akan update gambar kucing kpd ownernya... Biar ownernya tenang masa bercuti or bekerja... Setiap masalah kucing akan diambil kira... Cthnya berkaitan selera kucing, masalah kulit, masalah telinga sampaikan ke bab najis kucing pon, kalau ada masalah aku akan bagi tahu kpd owner...


*Klik pd gambar


Nasihat-nasihat yang aku cedok dari vet, google dan kawan2 yang lebih arif tentang kucing aku gunakan sebagai panduan... Cerita tentang kucing dari owner masing-masing amat aku titik beratkan.. Sebabnya, owner kucing lebih kenal dengan kucing mereka... Wassalam...
[ ... ]

Thursday, 5 February 2015

Sangkar Boarding Kucing



Assalamualaikum semua...

Hari ni aku nak bercerita pasal sangkar yang digunakan di ROYAL PETS HOTEL



Di ROYAL PETS HOTEL menyediakan dua sangkar besar setinggi enam kaki dan mempunyai tiga tingkat.. Setiap tingkat boleh memuatkan dua ekor kucing dewasa atau empat ke lima ekor anak kucing.. 



Setiap sangkar mempunyai satu mangkuk makanan, satu mangkuk air, little tray, beberapa biji bola dan bakul. Di ROYAL PETS HOTEL, kami akan mencuci mangkuk air dan makanan setiap hari. Bola, bakul, little tray, lantai sangkar dan lantai kawasan sangkar juga akan di cuci dengan dettol setiap hari. Ini bagi memastikan dan mengelak virus yang tidak diingini dari membiak dan berleluasa...


Kami juga akan memasang air purifier jenama COWAY bagi memastikan kebersihan udara di sekitar sangkar. 



Sangkar juga di tempatkan di kawasan yang tertutup tetapi mempunyai pengaliran udara dan cahaya yang baik...


[ ... ]

Friday, 6 June 2014

Hasil Cuti Sekolah, Sangkar Gergasi Untuk Kucing.

Assalamualaikum semua.


Rasanya tak ada apa yang menarik waktu cuti sekolah ni melainkan sibuk menyiapkan sangkar gergasi untuk empat ekor kucing di rumah ni.


Nilah setingarden tu. Sangkar lama ini hanya untuk kegunaan empat ekor kucing milik saya sahaja. Sangkar untuk boarding menggunakan sangkar lain. 

Kesian pula rasanya bila empat ekor kucing terpaksa tinggal di dalam rumah setingarden, jadi saya dengan parents serta adik perempuan saya bersetuju untuk membina rumah banglo tiga tingkat mampu milik untuk mereka.


Inilah sangkar baru mereka. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Ada yang sudi mensedekahkan rangka besi. Kami cuma perlu menambah beberapa bahagian yang kurang.

Rumah baru ini selamat siap semalam (05/06/14). Mula tarikh buatnya taklah pula aku ingt tapi dua minggu jugala nak siapkan sangkar gergasi ni. Sekarang ni, ada dua sangkar besar untuk kucing. Dan sangkar-sangkar ini yang akan digunakan untuk boarding. 

Keistimewaan sangkar baru kucing ni ialah sangat besar dan bole dipasang dan dibuka. Mempunyai tiga tingkat dan boleh memuatkan lima ke enam ekor kucing dewasa dan sepuluh ke dua belas ekor anak kucing. Setiap tingkat sangkar boleh dibuka ataupon ditutup mengikut keperluan. Jadi saya tidak perlu risau memikirkan tempat meletakkan sangkar dan jimat ruang.


[ ... ]

Friday, 28 June 2013

SANGKAR BARU SI KUCING


Assalamualaikum semua...

Baru-baru ni, aku dengan adik aku baru je membina *cewah, macam bina apa je haha* sebuah sangkar. Cadangnya sangkar tu untuk kegunaan boarding, tapi tak jadi sebab salah buat.. Haha, Biasalah kalau dah orang perempuan yang bertukangkan? Tapi, kira ok apa... Jadilah jugak sangkarnya. So, aku dengan adik aku dah sepakat nak hadiahkan sangkar baru ni kepada mummy kontot kerana telah banyak berjasa meng'clear'kan rumah kami dari serangan CIK TIE dan CIK COROT. Terima kasih... Nilah hasil dari tangan kami yang halus yang mulus ni...



Ni keadaan sangkar lama.

Siap ada lakaran lagi kau.


Ha, amacam? Besar tak sangkar ni?

Ha, besarkan? Bahagia budak-budak ni tidur. *Tolong abaikan keadaan pintu yang doif tu. Dah siap semua baru perasan, tak buat plan untuk pintu.




[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB