Showing posts with label penyakit kucing. Show all posts
Showing posts with label penyakit kucing. Show all posts

Wednesday, 1 July 2015

Tanda-Tanda Kucing Ada Masalah Hairball


Assalamualaikum semua...


Cian Monmon...

Hari ni aku bawak Monmon pergi veterinar... Malam semalam kucing aku si Monmon muntah air je... Lepas tu dia murung, tak nak makan and tak nak minum... Risaunya, sampai terbawak-bawak dalam mimpi...

Bila sampai veterinar, doc tanya apa masalah dia... Kemudian aku ceritalah yang kucing aku si Monmon ni muntah tapi keluar air... Lepas tu doc tanya, masa kucing aku nak muntah tu, ada tak bunyi macam susah nak muntah tu... 

Aku pon tak tau nak bagi tau macam mana bunyinya, tapi kalau korang ada kucing, korang perhatikan kucing korang muntah ada bunyi ke tak... Bunyi macam tersangkut something dekat tekak...... Kalau muntah ada bunyi walaupon keluar air je, tu maknanya kucing tu nak keluarkan hairball yang tersangkut atau pon masalah kecacingan yang kronik... Tapi kalau kucing muntah tak ada bunyi tiba-tiba je muntah, tu mungkin ada masalah lain...


Monmon dekat vet...

Doc cek suhu Monmon, doc kata Monmon ada demam sikit... Doc tanyalah, nak suap ubat dekat rumah or dekat klinik, aku pon cakaplah biarla dekat klinik je... Senang... Balik rumah Monmon boleh terus rehat je...

Masa doc suapkan ubat demam, aku biarkan je pembantu doc tu pegang Monmon, diorang lagi berpengalaman... Tapi, Monmon ni nakal... Tak nak telan ubat demam tu... Padahal ubat tu kecikkkk je...

Last2 doc tu tanya, Monmon suka ikan tak... Memang Monmon suka ikan... Suka sesangat... Doc pon pergilah bukak peti ais dia, keluarkan wetfood a/d... Ambik sikit wetfood tu... Lepas tu dikepal-kepal wetfood tu dengan ubat demam..

Doc sua dekat hidung Monmon, tapi Monmon tak nak makan... Doc kata, hairball pon boleh buat kucing hilang selera makan... Bila Monmon tak nak makan jugak.. Doc suaplah a/d tu tadi dekat Monmon... Monmon telan a/d tu tapiiiiii, Monmon keluarkan balik ubat tu... haha... Kesian doc... Kena buli dengan Monmon... Tapi lastnya berjaya jugak doc suap Monmon makan ubat... Siap doc tiup2 muka Monmon biar dia telan ubat tu...


Doc suntik ubat muntah lepas tu doc bagi ubat demam untuk malam ni dengan antibiotik untuk seminggu... Doc kata, Monmon kena makan royal canin skin hairball... Doc siap bagi sample lagi tu khas untuk Monmon... Lepas tu aku belikan wetfood a/d untuk Monmon sebab Monmon tak nak makan sendiri... 

Balik rumah suap Monmon makan wetfood dengan antibiotik... Memang berperang nak suap Monmon ubat... hahaha.... And kenangan paling sweet Monmon bagi hari ni ialah, Monmon kencing atas aku lepas bagi dia makan antibiotik... Happy ending... ^_^

[ ... ]

Tuesday, 25 November 2014

Kenali Penyakit Kucing (Selsema Kucing)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...



Hari ni jom kita kenali lagi satu penyakit kucing yang TAK BOLEH dipandang remeh iaitu SELESEMA KUCING. Bahaya tau.. Boleh menyebabkan buta...

Flu Kucing (Cat Flu)
Penyakit flu (selsema kucing) sering terjadi pada kucing, terutama pada kucing yang belum diberi suntikan vaksin dan mudah sekali berjangkit kepada kucing lain. Penyakit ini jarang menyebabkan kematian pada kucing dewasa tetapi memberi kesan buruk  apabila menyerang anak kucing. Meskipun pada kucing dewasa jarang berlaku , gejala-gejala penyakit seperti bersin-bersin dapat berlangsung cukup lama. Oleh sebab itu pencegahan dengan vaksin rutin merupakan tindakan terbaik.

Apakah Flu Kucing itu?
Flu kucing adalah penyakit  kucing yang biasanya disebabkan oleh jangkitan satu atau kombinasi beberapa virus (virus herpes dan virus calici) dan bakteria.

Bagaimana cara penyebaran Penyakit ini ?
Sama juga seperti penyakit selsema pada manusia, flu kucing juga menyebar melalui air liur, cairan bersin atau droplet yang mengandung virus. Droplet ini tersebar melalui bersin, secara langsung atau tidak langsung melalui peralatan (tempat makanan, minuman, kandang, dll) yang menyebabkan virus flu merebak. Secara tidak langsung juga terjadi melalui sentuhan manusia, oleh karena itu cucilah tangan dengan sabun/antiseptik setelah memegang kucing sakit agar tidak berjangkit pada kucing lain.

Tempoh masa penyakit ini dapat mencapai 3 minggu, ertinya kucing  tidak akan menunjukkan gejala sakit flu hingga 3 minggu sejak virus menyerang. Selama 3 minggu tersebut kucing tersebut telah menyebarkan virus, meskipun tidak terlihat sebagai kucing yang sakit.

Bagaimana tanda-tanda kucing terkena jangkitan selsema ?
Gejala selsema kucing sama seperti selsema pada manusia. Selalunya kucing akan bersin-bersin berlanjutan, demam, nafsu makan berkurang atau hilang sama sekali, lemah, lesu, diikuti dengan batuk, mata merah dan berair. Tanda-tanda penyakit biasanya mula berkurang setelah 7 hari dan kembali ke keadaan semula dalam 2-3 minggu.

Apakah selsema kucing berjangkit pada manusia ?
Tidak. Virus selsema pada kucing berbeza dengan virus selsema yang menyerang manusia.

Apakah selsema kucing dapat diubatkan?
Hingga saat ini belum ada ubat untuk selsema kucing. Segera temui doktor haiwan apabila gejala penyakit ini terjadi pada kucing Anda. Pemberian ubat-ubatan seperti antibiotik lebih bersifat mencegah infeksi sekunder yang disebabkan oleh bakteria. Ubat-ubatan lain yang diberikan biasanya bertujuan untuk mengurangi gejala flu seperti menurunkan panas, melegakan pernafasan dan menghilangkan lendir saluran pernafasan yang berlebihan. Selebihnya bergantung pada sistem kekebalan tubuh kucing itu sendiri.

Perlukah diberi vitamin atau ubatan lain ?
Vitamin dan suplemen dapat membantu meningkatkan kondisi dan sistem kekebalan tubuh kucing yang sedang sakit. Tanya pendapat doctor haiwan  tentang vitamin atau suplemen yang sesuai beserta sukatannya.

Apakah Vaksinasi dapat menyembuhkan kucing yang sakit flu ?
Vaksinasi lebih bersifat pencegahan.Vaksinasi tidak 100 % melindungi kucing dari penyakit. Pada kucing yang di beri selalu diberi vaksin, meskipun kena serangan selsema biasanya tidak teruk dan lebih cepat sembuh.

Dari Admin : Mr.Cat

Selain dari cara-cara rawatan di atas, saya ada juga terbaca tentang cara rawatan sementara sebelum ke vet. Caranya mudah saja iaitu dengan stimkan  atau saunakan kucing yang selesema. Kurung kucing yang selesema di dalam bilik air kemudian pasangkan water heater selama beberapa minit sampai berwap. Biarkan kucing tu sedut wap-wap panas tu. Jadi hingus akan cair dan boleh melegakan kucing yang selesema...


[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB