Friday, 19 June 2015

Penjagaan Kura-kura


Assalamualaikum semua...

Hari ni nak cerita pasal kura-kura pulak... Baru dapat semangat nak menaip dari Churlie ngn Chuckey tadi... haha.... 

Aku dah bela kura-kura aku since tahun 2010... Masa tu aku tengah study lagi... Duduk hostel walaupon ramai kawan, aku still nak pets... hihi... Lagi-lagi pulak mase tu aku dalam mood sedihkan...


Kalau nak beli kura-kura, tengok corak bawah perutnya... Pastikan corak lain-lain kalau nak kura-kura tu jantan and betina... Lain-lain tu maksudnya, Seekor corak banyak seekor lagi coraknya sikit.

Masa aku beli Charlie dengan Chuckey, saiz diorang besar duit syiling 50 sen lama... Kecik je kan?? haha... Masa beli aku letak dalam akuarium kecik... Tapi sebenarnya membazir beli akuarium kecil untuk kura-kura sebab kura-kura ni cepat membesar.... Banyak akuarium aku beli,,, Petak, bulat, ade jambata, tak ade jambatan... Semua kura-kura aku dah merasa... haha

Masa mula-mula beli dulu, kura-kura aku tak makan... Memang risau sangat... Bila tanya balik pada orang yang jual tu, diorang kata memang normal macam tu kalau kura-kura ada dekat tempat baru... Lepas seminggu barulah nampak diorang makan... Bukan setakat nampak je, pantang bagi mesti makan... haha


Gambar no1 tu tahun 2010, gambar no6 tu gambar hari ni sementara nak cuci besen besar diorang (20/06/15)

Setiap hari aku akan tukar air... Sebab akuarium kecik, tak ade filter.. Memang kena tukar air setiap hari.... Lepas cuci akuarium dengan air paip, aku akan ganti air kura-kura aku dengan air suam... Haa,,, Ni tips mujarab nak bagi kura-kura sentiasa sihat...

Kura-kura perlukan haba untuk pembesaran dan proses penghadaman diorang... Disebabkan aku duduk hostel and aku tak ada lampu untuk bagi diorang berjemur, aku bagi kura-kura aku berendam dalam air suam... Suam-suam kuku tau... Suam macam bancuh susu budak... Memang selesa je kura-kura berendam dalam tu...

Selain tu, aku letak akuarium aku tepi tingkap... Walaupon tak kena cahaya matahari tapi jadilah, buat luaskan pemandangan diorang... haha

Kura-kura aku ni suka sangat makan pallet jenama Sanyu... Kadang-kadang aku bagi pegaga je.. Kalau aku tengah kaya time tu, aku beli lah anak ikan... Kalau masa kecik dulu bolehla beli seringgit-seringgit... Sekarang tak dapekla.... Rm10 anak ikan tu setengah jam dah licin....haha...

Kura-kura tahan kalau tak makan seminggu dua... So, kalau nak balik kampung tu, jangan risau lah nak tinggalkan kura-kura dekat rumah... Kalau kura-kura kecik mungkinla boleh dibawak sekali... Tapi kalau dah besar macam kura-kura aku, nak letak mana?? haha... Jenuh nak bawak besen balik kampung... haha... 


0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB