Saturday, 18 April 2015

Resipi Mudah Homemade Wetfood Untuk Kucing



Assalamualaikum semua...


Princess Dang Gebu tengah bersantap ayam rebus setalam.


Hari ni tiba-tiba datang mood nak masak untuk lunch. Bukannya masak susah-susah pon. Ayam masak merah je... Sambil-sambil cuci ayam, aku pilihlah sikit-sikit isi ayam. Nak buat ayam rebus untuk kucing-kucing aku. Nak bagi lagi gemuk... haha...

Ada beberapa resipi mudah yang pencinta-pencinta kucing di luar sana sediakan untuk kucing mereka... 

Antara resipinya....: 

Cara nak buat homemade wetfood kucing

Dada ayam atau isi ayam potong kecil biar cepat empuk

atau 

7 ke 8 ekor ikan kembung atau selayang (sardin). 

bayam (10 tangkai)

labu (1/8 biji-potong kiub). 

rebus bahan2 di atas dan blend kesemuanya (buang tulang ikan yang keras)

masak agar-agar setengah paket kecil bersama satu setengah atau dua cawan air dan masukkan bahan-bahan yg telah di blend td. 

Sejukkan, baru bg anak bulus mkn. 

Labu bagus untuk sistem pencernaan.

Boleh tahan simpan dlm frezeer 3-4 hari mengikut jumlah anak bulus korang.


.Resipi aku lebih mudah hihi...

Bahan-bahan:

Isi ayam atau ikan (Aku lg suka guna ayam, korang ikut kesukaan kucing koranglah ye)

Cara-cara:

Rebus isi ayam sampai masak. Kemudian blend ayam bersama air rebusan ayam tadi.. Masa blend boleh tambah sesudu dua minyak zaiton atau OCEAN KISS atau AIR BAJA HAIWAN mengikut selera anda atau kerajinan anda.. 

Kalau aku malas, aku blend kosong je ayam rebus tu... Kemudian, hidang!! Percayalah, kucing anda akan makan dengan senang hati... 

Untuk empat ekor kucing aku tu, biasanya kalau setakat ayam rebus penuh satu blender, tak ada hal lah.. Separuh hari je habisnya.. haha 


0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB