Thursday, 2 April 2015

Tips Mudah Potong Kuku Sugar Glider


Assalamualaikum semua...


Say hye...


Rasanya hari ni nak berceloteh pasal cara-cara aku potong kuku sugar glider... Siapa yang bela sugar glider, mejoritinya akan faham betapa rumitnya nak potong kuku sugar glider... haha... Kadang-kadang tu pelik jugak bila tengok orang yang bela sugar glider sampai 10-20 ekor ni... Masa bila diorang potong kuku sugar glider diorang??? Aku yang enam ekor ni pon kadang tu bertangguh-tangguh... haha...

Tapi sejak aku jumpa atau lebih mudah cerita aku buat experiment sendiri dekat sugar glider aku cara potong kuku yang paling sugar glider aku suka, aku just ambik masa tak sampai setengah jam pon nak potong kuku enam ekor sugar glider aku... hihi.... 

Nak tau rahsianya ape???? jeng jeng jeng....

RAHSIA MUDAH POTONG KUKU SUGAR GLIDER:

1. Yang anda perlukan ofcoz la pemotong kuku.. Aku suka guna pemotong kuku orang je.. Memang aku belikan khas untuk sugar glider dengan kucing aku... Aku guna pemotong kuku serong lebih mudah dari guna pemotong kuku untuk pets sebabnya kuku sugar glider ni halussss....



2. Korang perlukan kain, Tak payah besar-besar kainnya, cukup untuk lapik sugar glider korang dari terberak or terkencing masa tengah potong kuku...

3. Seterusnya korang perlukan treats... Macam sugar glider aku cukup suka ulat mealworm dengan dubia. Tapi stok dubia habis, aku bagi mealworm je lah. Murah... haha...


Yummy...

Cara-cara nak potong kuku sugar glider ialah, sediakan semua keperluan kemudian letak setempat.. Bentangkan kain kemudian letak sugar glider korang ats kain tu. 

Lepas tu bg treats (dry fruit, mealworm or dubia). Sambil sugar glider korang makan, sambil tu korang potong kuku dia.. Buat dengan tenang. Habis je treats, bagi lg dan lg dan lg sampailah korang settle potong kuku sugar glider korang... 


Hati-hati masa potong kuku, And please jgn potong kuku sugar glider korang sampai habis...


Masa tarik kaki or tangan sugar glider korang, tarik dengan slow and stady... Jgn kelam-kabut... Kerja korang memang akan jadi lebih mudah... 

Percayalah..... Kalau tak berjaya juga, korang buatlah experiment sendiri untuk temui cara kesukaan sugar glider korang... hihihi

0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB