Tuesday, 14 April 2015

D.I.Y Cat Feeder


Assalamualaikum semua,,,

Hari ni tadi, pagi-pagi lagi ada sorang member ni tagg gambar dan cara-cara nak buat bekas makanan untuk stray cats.. Yang buat aku sangat terharu ialah, kawan aku ni bukanlah peminat kucing and dia sangat takut kucing.. 

Aku still ingat masa belajar dulu, sementara tunggu lecturer masuk kelas, kami dalam group sembang-sembang and member aku ni konon-kononnya tidurla... Tetiba ade member ni buat bunyi anak kucing, terus bangun member aku ni... Mujur tak panjat meja kata ko... hahaa... Start dari tu lah kami tau yang dia ni takut kucing... 

Walaupun dia takut kucing, tapi aku tau dia ni penyayang orangnya. Buktinya, dia sokong aku bagi makan stray cats dalam bentuk nasihat dan idea... hihi... Thanks dear...

Ok stop berceloteh, jom try buat sendiri bekas makanan untuk kucing jalanan di luar sana. Rasanya, nak buat bekas minum pon ok ni.. Lagi-lagi sekarang ni tengah panas... 



D.I.Y CAT FEEDER:

Bahan-bahannya ialah:-
2 biji botol mineral water 10 liter, cable tie, super glue.

Cara-caranya pula :-

1) Botol yg besar yg isi makanan tu tebuk kat bahagian bawah dlm anggaran 5cm panjang & 3cm lebar utk makanan turun.

2) Botol yg utk takung makanan pula potong ambik bahagian bawah aje lebih kurang 4 ke 5cm tinggi dari bawah. Kemudian potong plak sket kat bahagian yg kita nak sambung kat botol tinggi isi makanan.
3)Nak sambung cuma pakai cable tie. Klu nak lagi cantik boleh pakai super glue.
credit to EDDIE MUSTAFFA

Menarik dan jimatkan? Sekarang ni, tak ada masalah lagi untuk membantu stray cats di luar sana.. Selamat beramal!!!
wink emoticocredit to EDDIE MUSTAFFA

1 comments:

Tengku Dairich said...

Mana nak dapat cable tie tu ya?

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB