Thursday, 5 March 2015

Merawat Bisul Kucing

Assalamualaikum semua!

Ada sorang akak ni, kawan sekerja ayah aku dulu, disebabkan minat aku ngan akak ni sama (gile kucing), kitorang memang rapatla. Akak ni pon memang selalu hantar kucing-kucing dia yang gebu gebas tu boarding dekat ROYAL PETS HOTEL.
Nak dijadikan cerita, masa 24/2/2015 hari tu, bisul kucing dia si Ciku tibe-tibe pecah! Tak nampak bengkak or tak ada selera makan pon. Siap gigit-gigit aku lagi tu masa aku datang rumah dia dua tiga hari sebelum tu. Ciku ni memang kenal sangat dengan aku, makwe dia la kata ko. haha
Kesian akak ni, kelam-kabut balik awal sebab nak bawa Ciku ke veterinar. Ciku ni walaupon manja over dos. Garang dia harimau pon takut. haha. Kucing lain elok je tak payah bius-bius nak cuci bisul. Tapi dengan si Ciku ni, tak dapekla. Nak hilang tangan, try la.. hahaha

Ni luka bisul Ciku sebelum dicuci pagi tadi.

Lepas hantar Ciku ke veterinar, akak hantar Ciku check in dekat ROYAL PETS HOTEL pulak and, aku la nurse kesayangan Ciku. hahaha. Masa hantar Ciku still pengsan tapi macam dah nak jaga pon ada. Mata dah gerak-gerak. Ekor dah goyang-goyang. Senang cerita, Ciku ni pengsan tak pernah lama. Kucing aku masa mandul dulu, sehari suntuk pengsannya. Tapi Ciku ni, elok sampai rumah dah jaga. Siap kencing dalam carier lagi tu. haha
Nak rawat Ciku ni senang je. Masa mula-mula sampai, dalam keadaan dia separuh sedar tu, aku cuci lagi luka dia dengan air suam campur sikit garam bukit. Lepas tu lap kering-kering, sapu ubat yang vet bagi. Cuci dua tiga kali sehari setiap hari.

Tapi bila aku tengok ubat sapu yang veterinar bagi tu tak keringkan bisul, aku pon mulalah bertanya and buat sikit research. Ada orang ni kata, dia selalu guna antiseptik betadine untuk rawat luka kucing jalanan. Murah dan berkesan. Aku pon terus pergi beli dekat watson antiseptik ni. Memang betul, murah dan berkesan. haha. Sekejap je luka kering. Rasanya tak pedih sebab Ciku tak marah pon. Setiap hari aku cuci dan titikkan antiseptik ni. Tak kirala pagi ke petang ke malam ke. Janji Ciku cepat sihat. heee

Luka lepas dicuci. 

Aku ada google petua merawat bisul kucing:
1) Jangan sesekali cuba picit bisul kucing yang belum matang.
2) Selalu cuci dan bersihkan kawasan bisul dengan sabun antibakteria serta gunakan air suam dan boleh juga gunakan air garam yang dilarutkan sebagai cucian harian.
3)”Demah” atau pedapkan air garam suam ini dapat membantu mematangkan serta memecahkan bisul.
4) Cuci cecair yang keluar sebaik mungkin kerana ia mengandungi bakteria yang boleh memudaratkan kulit dan bulu di sekeliling dan tempat yang terkena lelehan.

Dah seminggu lebih Ciku check in ROYAL PETS HOTEL, luka bisul dia pon dah nak baik. Lagi sehari dua bolehla Ciku balik. sob sob.. Sedih pon ade. haha. Macamla jauh sangat rumah Ciku ngn rumah aku yang nak sedih melampau. haha



6 comments:

mamaboo said...

salam..
saya nak tanya,berapa harga antiseptik betadine tu?
kalau pakai garam biasa boleh ker?

carnation ungu said...

wsalam... beli dkt watson smpai rm10... boke jugak guna garam biase...

Unknown said...

Kucing sy pun baru pecah bisul dia.. Bagi ubat sapu dari vet x ok pun.. Nk try la guna betadine nie..thanks share :)

Izan Honey said...

Baru je jadi kejadiaanyya... terkejut xtau nk buat apa.. kucing sy ni baru je bela 3,4 hari.. dia memg slow xtau dia ada bisul.. td angkat dia bau busuk.sgt ingatkn apa la.. skali tgok bisul dh pecah.. sy ni prnggeli sikit.. pkai sarung tgn terus mandikn dgn air suam.. tp makin byk kluar xhabis2.. memg xtau nk buat apa.. tq utk tips nnt sy bg mndi air garam... n ubat utk kering luka tu.. tq smua

Wanny azmi94 said...

nk tnye skit la , klau pipi kcing mula bngkak selain bwak pg ke vet ad cra lain tak ? :( please

Anonymous said...

cara melatih anjing agar menggonggong
cara melatih anjing agar tidak menggigit barang
cara melatih anjing agar menggonggong
cara melatih anjing agar tidak menggonggong
cara melatih anjing untuk tidak buang air sembarangan
cara melatih anjing pup di koran

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB