Wednesday 11 February 2015

Perangai sebenar Batam terbongkar!

Assalamualaikum semua!


Hari ni Kak A ada cerita baru. Panas! Macam pisang yang baru lepas digoreng dalam minyak yang panas!

Kak A rasa, semua orang kenal seekor artis ni. Badanya bulat-bulat, suka makan kuih donat jenama Royal Canin atau Black Wood! Kalau ternampak cicak, dia pi kejar! HEY CICAK, KESINI KAU! Ha.. Ha.. Ha.. Makhluk itu bernama BATAM!!

Kepada yang tak berapa nak kenal siapa si Batam ni, meh Kak A perkenalkan.


Nama komersial : Batam
Nama asal : Tamtam
Umur : 3 tahun
Hobi : Kunyah getah rambut yang masih baru
Tahap populariti : Bergantung kepada lemak yang ada dibadannya.

Itu la serba sedikit maklumat peribadi si Batam. Tapi, hari ni, Kak A nak bongkar satu rahsia besar si Batam ni. Sebenarnya kan, si Batam ni MATA DUITAN!! 

Kak A tak tipu, dia sanggup berebut dengan Angah semata-mata nak duit RM 10! Kalau tak percaya juga, meh Kak A bagi bukti dekat korang!

Mula-mula dia cium-cium bau duit Angah!

Lepas tu, dia selerakkan duit Angah!
Bile Angah nak simpan duit Angah, dia cube untuk merampas duit Angah!!!
 Habis dia tonggang terbalikkan katil Angah!

Tak cukup dengan gambar? Nah, video Kak A bagi! Bertungkus lumus Kak A rakam untuk tontonan korang semua..

Maaf kerana suara angah sedikit sengau! Maklum la orang selesema!

Ha... Betulkan apa Kak A kata? Batam memang MATA DUITAN!

SEKIAN UNTUK SEDUTAN KALI INI!!








0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB