Assalamualaikum semua...
My name is Cibo..
Hari ni tadi teman kawan pergi veterinar di Bandar Baru Teluk Intan. Bawa ENAM ekor anak kucing parsi yang comel.... Lima kena vaksin. Seekor lagi cirit-birit. Rupanya sebab terlewat bagi ubat cacing. Biasalah, anak kucing memang cerewet sikit. Nama pon babykan? Dokter suruh timbang dia. Beratnya just 1.1kg je.. Then dokter bagi ubat cacing dengan ubat cirit. Lepas makan ubat baru dia nampak lega. Time balik lena tidur dalam dakapanku.. Cewah... haha
Anak kucing yang kecacingan tu namanya Cibo. Nak tau kenapa nama dia Cibo? Ada sejarah tau.. haha... Masa dia baru lahir, umur dalam seminggu dua macam tulah, dia kena kurap. Botak kat tengah-tengah kepala. So, kawan aku panggil dia cina botak.. Haha... Yang aku ni pulak, entah mana datang idea time tengah tengok movie, tibe-tibe terlintas perkataan Cibo.. And, nama tu diterima.. haha... Ada jugak jasa aku pada Cibo ni... haha...
Gustila kome dalam tu. Cibo syok je kene pelok.. hee
Sekarang ni Cibo kena kuarentin sebab cirit tu. Tak boleh campur dengan yang lain. Kesian dia sunyi. Hee.. Nasib baik dia dah biasa dengan aku. Masa dekat veterinar tadi, dia tak nak dekat dokter tu. Time tu lah dia sayang aku lebih. haha...
Sob sob.. Isnin dah nak kene mandulll huuu... :'(
Dont wori Cibo. Isnin nanti along bawa Cibo dengan ibu Cibo ke veterinar lagi ye. Cibo kena vaksin, Ibu Cibo (Ciki) kena mandul... Semoga semuanya dipermudahkan... Ameen...
0 comments:
Post a Comment