Showing posts with label anak kucing parsi yang comel. Show all posts
Showing posts with label anak kucing parsi yang comel. Show all posts

Sunday, 1 February 2015

Meow Ghatering Dari Group Perak Cat Lover


Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, selesai sudah Meow Ghatering Dari Group Perak Cat Lover hari ni (01/02/15) di Taman Intanova Teluk Intan Perak... Weeehooo!

Memang meriah, memang seronok!!!! Selain dapat gomol-gomol kucing yang comel gebu, kita dapat merapatkan ukhwah sesama kita. Dapat kenal taiko-taiko kucing...

Ada bermacam gelagat dan keletah kucing yang boleh kita jumpa. Ada yang manja, asyik duduk atas bahu tuan dia je. Ada yang garang, tak mau keluar dari sangkar. Yang pandai pun ada, dia tahu mana kereta tuan dia. Tak ketinggalan juga yang jenis pemalu, tak mau tengok kamera. Penat usung kamera DSLR Nikon D5100 ni.

So, tunggu apa lagi? Lets check it out!


















Rasanya sampai sinilah dulu kot... Nanti-nanti aku upload lagi ok? Bye...











[ ... ]

Saturday, 29 November 2014

Kucing Kecacingan

Assalamualaikum semua...


My name is Cibo..

Hari ni tadi teman kawan pergi veterinar di Bandar Baru Teluk Intan. Bawa ENAM ekor anak kucing parsi yang comel.... Lima kena vaksin. Seekor lagi cirit-birit. Rupanya sebab terlewat bagi ubat cacing. Biasalah, anak kucing memang cerewet sikit. Nama pon babykan? Dokter suruh timbang dia. Beratnya just 1.1kg je.. Then dokter bagi ubat cacing dengan ubat cirit. Lepas makan ubat baru dia nampak lega. Time balik lena tidur dalam dakapanku.. Cewah... haha

Anak kucing yang kecacingan tu namanya Cibo. Nak tau kenapa nama dia Cibo? Ada sejarah tau.. haha... Masa dia baru lahir, umur dalam seminggu dua macam tulah, dia kena kurap. Botak kat tengah-tengah kepala. So, kawan aku panggil dia cina botak.. Haha... Yang aku ni pulak, entah mana datang idea time tengah tengok movie, tibe-tibe terlintas perkataan Cibo.. And, nama tu diterima.. haha... Ada jugak jasa aku pada Cibo ni... haha...

Gustila kome dalam tu. Cibo syok je kene pelok.. hee

Sekarang ni Cibo kena kuarentin sebab cirit tu. Tak boleh campur dengan yang lain. Kesian dia sunyi. Hee.. Nasib baik dia dah biasa dengan aku. Masa dekat veterinar tadi, dia tak nak dekat dokter tu. Time tu lah dia sayang aku lebih. haha...

Sob sob.. Isnin dah nak kene mandulll huuu... :'(

Dont wori Cibo. Isnin nanti along bawa Cibo dengan ibu Cibo ke veterinar lagi ye. Cibo kena vaksin, Ibu Cibo (Ciki) kena mandul... Semoga semuanya dipermudahkan... Ameen... 
[ ... ]
 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB