ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Hari ni jom kita kenali lagi satu penyakit kucing yang TAK BOLEH dipandang remeh iaitu SELESEMA KUCING. Bahaya tau.. Boleh menyebabkan buta...
Flu Kucing (Cat Flu)
Penyakit flu (selsema kucing) sering terjadi pada kucing, terutama pada kucing yang belum diberi suntikan vaksin dan mudah sekali berjangkit kepada kucing lain. Penyakit ini jarang menyebabkan kematian pada kucing dewasa tetapi memberi kesan buruk apabila menyerang anak kucing. Meskipun pada kucing dewasa jarang berlaku , gejala-gejala penyakit seperti bersin-bersin dapat berlangsung cukup lama. Oleh sebab itu pencegahan dengan vaksin rutin merupakan tindakan terbaik.
Apakah Flu Kucing itu?
Flu kucing adalah penyakit kucing yang biasanya disebabkan oleh jangkitan satu atau kombinasi beberapa virus (virus herpes dan virus calici) dan bakteria.
Bagaimana cara penyebaran Penyakit ini ?
Sama juga seperti penyakit selsema pada manusia, flu kucing juga menyebar melalui air liur, cairan bersin atau droplet yang mengandung virus. Droplet ini tersebar melalui bersin, secara langsung atau tidak langsung melalui peralatan (tempat makanan, minuman, kandang, dll) yang menyebabkan virus flu merebak. Secara tidak langsung juga terjadi melalui sentuhan manusia, oleh karena itu cucilah tangan dengan sabun/antiseptik setelah memegang kucing sakit agar tidak berjangkit pada kucing lain.
Tempoh masa penyakit ini dapat mencapai 3 minggu, ertinya kucing tidak akan menunjukkan gejala sakit flu hingga 3 minggu sejak virus menyerang. Selama 3 minggu tersebut kucing tersebut telah menyebarkan virus, meskipun tidak terlihat sebagai kucing yang sakit.
Bagaimana tanda-tanda kucing terkena jangkitan selsema ?
Gejala selsema kucing sama seperti selsema pada manusia. Selalunya kucing akan bersin-bersin berlanjutan, demam, nafsu makan berkurang atau hilang sama sekali, lemah, lesu, diikuti dengan batuk, mata merah dan berair. Tanda-tanda penyakit biasanya mula berkurang setelah 7 hari dan kembali ke keadaan semula dalam 2-3 minggu.
Apakah selsema kucing berjangkit pada manusia ?
Tidak. Virus selsema pada kucing berbeza dengan virus selsema yang menyerang manusia.
Apakah selsema kucing dapat diubatkan?
Hingga saat ini belum ada ubat untuk selsema kucing. Segera temui doktor haiwan apabila gejala penyakit ini terjadi pada kucing Anda. Pemberian ubat-ubatan seperti antibiotik lebih bersifat mencegah infeksi sekunder yang disebabkan oleh bakteria. Ubat-ubatan lain yang diberikan biasanya bertujuan untuk mengurangi gejala flu seperti menurunkan panas, melegakan pernafasan dan menghilangkan lendir saluran pernafasan yang berlebihan. Selebihnya bergantung pada sistem kekebalan tubuh kucing itu sendiri.
Perlukah diberi vitamin atau ubatan lain ?
Vitamin dan suplemen dapat membantu meningkatkan kondisi dan sistem kekebalan tubuh kucing yang sedang sakit. Tanya pendapat doctor haiwan tentang vitamin atau suplemen yang sesuai beserta sukatannya.
Apakah Vaksinasi dapat menyembuhkan kucing yang sakit flu ?
Vaksinasi lebih bersifat pencegahan.Vaksinasi tidak 100 % melindungi kucing dari penyakit. Pada kucing yang di beri selalu diberi vaksin, meskipun kena serangan selsema biasanya tidak teruk dan lebih cepat sembuh.
Dari Admin : Mr.Cat
Selain dari cara-cara rawatan di atas, saya ada juga terbaca tentang cara rawatan sementara sebelum ke vet. Caranya mudah saja iaitu dengan stimkan atau saunakan kucing yang selesema. Kurung kucing yang selesema di dalam bilik air kemudian pasangkan water heater selama beberapa minit sampai berwap. Biarkan kucing tu sedut wap-wap panas tu. Jadi hingus akan cair dan boleh melegakan kucing yang selesema...
5 comments:
Kucing sy bersin2 tak henti. Bila sy pakai minyak angin aromatherapy lavender jenama fresh care, dia hidu & suka kan baunya..mungkin tu slh satu cara dia legakan selsema. Apapun better bawak kucing ke vet kan
Kucing sy bersin2 tak henti. Bila sy pakai minyak angin aromatherapy lavender jenama fresh care, dia hidu & suka kan baunya..mungkin tu slh satu cara dia legakan selsema. Apapun better bawak kucing ke vet kan
Kucing saya jugak bersin2.. Sampai berhingus.. Saya akan cuci ngn tissue.. Lepas tu saya pon akan. Letak minyak aromaterapi di bawah leher. N hidukandi hidung.. Die akan rasa lega..
Memang ke vet. Ubat syrup. Nampaknye kurang berkesan.. Ni doc bg jenis tablet. Chloramine.. Arini semua ok.. Boleh telan
Kucing saya pon bersin2 jugak.. Popo. Zorro, bobo n luna. Syrup kurang berkesan. Skrg guna tablet chloramine.. Dic. Vet bg. Minyak aromaterapi jugak saya guna.. Di bawah leher. N hidukan.. Legaaaa
Kucing sy pun banyak selsema. Macam2 ubat dah bagi tapi xhilang. Kesian tengok diorang ��. Chloramine tu ubat selsema untuk manusia kan? Ingat nak try beli jugak tapi konfius chloramine yg mana satu.
Post a Comment