Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak kongsi tips mudah memerlihara arnab yang baru saya baca tadi.. Memang sangat-sangat-sangat mudah nak memerlihara haiwan kalau kita ada ilmu. Jadi,,, jangan lokek ilmu dan jangan malas mencari ilmu...
Salah satu tipsnya ialah.....satu arnab, satu sangkar!!!.. kenapa satu arnab, satu sangkar?
1. Arnab adalah haiwan territorial, ia akan berusaha mempertahankan kawasannya apabila mencapai usia matang seawal 3-6 bulan. Maka, jika terdapat lebih daripada satu arnab dalam sebuah sangkar, pergaduhan antara arnab akan terjadi kerana berebutkan kawasan dan adakalanya ia boleh menyebabkan kematian selain kecederaan kepada arnab. Tak pun main tarik tarik bulu, habis compang camping bulu masing masing.
2. Selalu kita dengar, arnab kat rumah saya beranak tak berhenti!. Banyak pulak tu sekali beranak!. Dah sangkar dicampur. Memang mengawan je la kerjanya. Namapun binatang, maka nafsunya juga binatang la kan. Arnab boleh mengawan semula beberapa jam selepas beranak. Itu fakta. Jadi pengasingan arnab, dapat mengelakkan masalah ini dan membantu anda menguruskan kebajikan setiap ekor arnab dengan baik.
3. Tak perlu pening kepala bila arnab terlalu banyak dekat rumah, sampai tak terbela dan terpaksa jual. Yang kesiannya arnab bawah 2 bulan pun dijual. Padahal arnab menyusu sampai umur 2 bulan. Sudahnya ramai yang beli untuk dikebumikan sahaja. Jadilah pembela arnab yang beretika. Tak susahpun dan tak membebankan juga nak membeli makanan yang banyak. Jimat duit.
4. Pengasingan arnab, satu arnab satu sangkar, juga dapat mengelakkan masalah penyakit berjangkit, baik yang berbahaya ataupun tidak. Kalau tak diasing, habis satu sangkar atau reban terkena penyakit. Penyakit yang selalu terkena adalah jangkitan mange mites dan paling susah nak baik adalah snuffles. Pengasingan boleh memudahkan pemantauan kesihatan arnab dilakukan dan bukannya pukul rata. Senang nak tengok, mana yang cirit, mana yang tak makan, mana yang lembik dan lain lain.
5. Pembersihan sangkar arnab juga mudah dilakukan, terutamanya yang menggunakan sangkar wayar 2 kaki. Semakin banyak arnab dalam satu sangkar, semakin banyakla najisnya, semakin beratla tray najisnya. Letih nak kena angkat tray najis arnab yang berat ni.
6. Bila banyak najis arnab dalam tray semakin kuatlah bau najisnya. Lalat pastinya juga akan banyak dan bertelur dalam tray. Jadi dengan pengasingan satu arnab, satu sangkar, masalah ini boleh diatasi. Ia juga dapat mengelakkan pencemaran bau yang akan mengganggu kehidupan seharian anda termasuk jiran tetangga. Orang majlis bandaran pun akan 'menziarahi' rumah anda jika terdapat aduan pencemaran bau dari jiran tetangga.
Tak susah nak membela arnab ni dan tidak juga mahal kosnya. Jadila pembela arnab yang baik dengan menjaga kebajikan arnab sebaiknya. Jangan membela arnab kerana comel semasa kecil dan buang arnab bila dewasa sebab sudah tidak comel. Tengok orang bela, kita pun nak bela yang selalunya menyebabkan pengabaian pada kebajikan arnab itu. Carilah ilmu dalam membela arnab dan tanyalah kepada pembiakbaka untuk mendapatkan pengalamannya.
Ini adalah sekadar perkongsian ilmu dan bukan sesuatu yang muktamad. Teruslah mencari ilmu tentang arnab dan haiwan perliharaan anda yang lain supaya kebajikan haiwan kesayangan akan terus terjaga.
0 comments:
Post a Comment