Monday 30 March 2015

Selamatkan Dan Cintai Kucing Dan Anjing Jalanan!



Assalamualaikum semua...

Kebelakangan ni makin banyak persatuan-persatuan dan kelab-kelab kucing dan anjing yang menjalankan misi menyelamatkan kucing dan anjing jalanan. Lega rasanya bila melihat nasib kucing dan anjing jalanan terbela... 


Awang umur 3thn, sebelom mandul berat tak sampai 3kg. Selepas mandul berat 3kg lebih...

Tapi, yang amat dikesalkan, semakin banyak pembela nasib haiwan jalanan ni, semakin ramai manusia yang mengambil tindakan bodoh untuk melepaskan kucing atau anjing yang dulunya disayang-saynag ke jalanan, ke pasar-pasar, ke klinik-klinik haiwan dan ada juga manusia yang tak bertanggungjawab melepaskan haiwan comel ni ke tengah jalan raya dan hutan... 

Mana perginya perasaan belas yang Allah kurniakan di dalam hati kita?? Tak ke rasa kasihan melihat mereka menderita? Dipukul, disepak, kelaparan, berhujan panas? 

Batam, berumur 2 tahun. Setelah dimandulkan beratnya lebih dari 5kg.

Bila dinasihatkan supaya mandulkan kucing atau anjing, masing-masing menyatakan kasihan mereka kerana kita sekat fitrah mereka untuk mencari pasangan. Fitrah? Kalau manusia ya, memang fitrah kita manusia ingin mencari pasangan hidup. 

Tapi kalau binatang rasanya bukan fitrah. Tapi memang kitaran hidup mereka begitu. Anjing dan kucing tak berakal untuk mengawal nafsu mereka, kita sebagai tuanlah yang menggalas tanggungjawab tersebut dengan cara mandulkan mereka. Bukannya dibiarkan mereka beranak-pinak kemudian dibuang merata ikut suka hati je!


Monmon adik beradik batam. Berat 4kg lebih hampir 5kg dan telah dimandulkan.


Maafla ye korang. Aku memang emosi gila bab-bab ni. Alhamdulillah, Aku ada empat ekor kucing dan keempat-empat ekor kucing aku telah dimandulkan. Aku sebagai owner, tak nampak pon di mana salahnya mengkembiri kucing aku. Kucing aku semuanya gemuk dan aku sangat bangga bagi tahu semua orang yang kucing aku telah dikembiri...Lg pon, kucing lepas mandul akan jadi lebih manja dari sebelum mandul....


Adang umur 3tahun. Sebelom dimandulkan berat cuma 2kg lebih sikit je.. Sekarang Dah hampir 3kg.

Apalah salahnya keluarkan sedikit modal untuk penjimatan yang lebih banyak? Betul tak? 

Bagi pencinta-pencinta kucing dan anjing, jgnlah hanya mencintai kucing dan anjing mahal dan gebu. Sama ratakan kasih sayang kita terhadap haiwan tanpa mengira harga dan kegebuan. Bantulah adopt kucing dan anjing jalanan.. Mereka cuma ada Allah dan kita...Renung-renungkan dan selamat beramal. 

0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB