Tuesday 11 November 2014

Jenis-Jenis Ikan Laga

Assalamualaikum semua.

Disebabkan hari ni aku oder ikan laga dari member aku, jadi aku nak bercerita pasal jenis-jenis ikan laga. Ikan laga ni, adoi, memang menggugat keimanan la. Cantik!!!!!! 

Terdapat lebih dari 15 jenis ikan laga. Jom cek, ikan laga jenis apa yang paling cun....


1. Halfmoon Betta


Halfmoon Betta boleh dikenal pasti melalui ekornya, halfmoon betta mempunyai ekor yang berbentuk separuh bulan penuh. Halfmoon betta yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk separuh bulan 180 darjah. Jenis nie mudah ditemui.



Antara idaman hati... <3 <3 <3

2. Crowntail Betta

Yang ni memang jelas pada ekor ikan.Orang putih menggelar ikan nie crowntail kerana ekornya yang berbentuk mahkota. Masyarakat melayu menggelarnya karin matahari kerana ekornya yang seakan dengan sinaran cahaya matahari.


Cantiknya mahkota ko ni ikan...

3. Plakat Betta 

Ikan laga nie boleh dikenal pasti dengan sirip atas yang pendek dan sirip bawah yang memanjang. Plakat Betta ada juga  dalam bentuk halfmoon dan crowntail. Plakat Betta nie mempunya ekor yang bulat berbeza dengan Halfmoon Plakat.



4. Halfmoon Plakat Betta

Halfmoon plakat mempunyai ciri yang sama dengan plakat namun mempunyai ekor yang berbentuk halfmoon.




5. Double tail betta 

 Mempunyai ekor yang berbelah dua. 


6. Veiltail Betta



Ikan laga nie mempunyai ekor yang memanjang seperti langsir (veil).


7. Giant Betta

Giant Betta sangat mudah dikenalpasti. Saiz ikan nie dua kali ganda besar dari ikan laga normal. Ikan laga pertama terbesar ditemui pada 90-an dulu. Dan kini dikacuk dengan banyak jenis dan terdapat dimerata-rata tempat.



8.  Elephant ear betta

Mempunyai sirip kiri dan kanan yang besar. Kebanyakan jenis nie bersirip putih dan juga ada dalam bentuk halfmoon.


9. Combtail betta

Mempunyai sirip kiri kanan yang besar. Kebanyakan jenis nie bersirip putih dan juga ada dalam bentuk halfmoon.


10. Rosetail betta

Ikan laga nie mempunyai ekor yang berbentuk bunga dan beralun.


11. Feather tail betta

 Mempunyai ekor yang berbentuk seperti bunga tapi lebih tajam seperti bulu burung (feather).












3 comments:

Unknown said...

Ikan laga betina takde?

Noor Hisyam said...

Ikan rosetail ada tk

Unknown said...

Pm no kwn yg jual ikan tu bole.nak oder ikan la dgn dia

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB