Saturday 8 November 2014

Virus Pembunuh Senyap Feline Infectious Peritonitis (FIP).



FIP adalah penyakit yang amat-amat merbahaya kerana FIP adalah sebahagian daripada punca kematian kucing. Penyakit ini disebabkan oleh Coronavirus (feline corona virus/FcoV), iaitu sejenis virus yang juga menyerang anjing, babi dan sebahagian virus ini dapat menyerang manusia. Tetapi virus yang menyebabkan FIP pada kucing, tidak akan menyerang manusia.

Coronavirus yang relatif tidak berbahaya dan biasa menyerang kucing iaitu Feline Enteric Coronavirus (FECV). FECV yang bermutasi menjadi virus ganas disebut Feline Infectious Peritonitis Virus (FIPV). Bila respon kekebalan tubuh kucing kurang baik, FECV yang bermutasi jadi FIPV ini dapat menyebabkan penyakit sistemik yang disebut Feline Infectious Peritonitis (FIP).

Tanda-tanda Feline Infectious Peritonitis (FIP):

Kucing yang terdedah kepada jangkitan Coronavirus ni biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda yang ketara. Sesetengah mungkin menunjukkan jangkitan system pernafasan seperti bersin yang ekstreme, mata dan hidung berair. Sesetengahnya pula mungkin menunjukkan ciri-ciri diarrhoea ataupun masalah dalam perut. Biasanya, Coronavirus ni akan bermutasi menjadi FIP dalam tempoh seminggu, sebulan ataupun setahun.

FIP terbahagi kepada dua jenis:

1. Terkawal
2. Tidak terkawal.

Symtom keduanya adalah sama seperti hilang selera makan, penurunan berat badan, depresi, anemia dan demam yg berpanjangan. 

Cara-cara mencegah FIP:


  1. Vaksinasi ya…ingat tu..penting sangat vaksin-vaksin ni…jangan dipandang remeh ya.
  2. Bersihkan kotak najis sekerap yang mungkin.
  3. Jaga kebersihan bekas makanan dan minuma si comel anda.
  4. Kalau ada kucing yang disyaki mengidap virus ni…Sila asingkan dia dari kucing-kucing lain dengan kadar segera ya.
  5. Pemakanan yang bagus dan pemberian viamin yg berpatutan…


0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB