Assalamualaikum semua...
Kesayangan hamba...
Lega rasanya dah start cuti sekolah. Boleh luangkan masa banyak sikit dengan anak bulusku. Semalam cuci sangkar, mandikan Awang Gebu dan cuci kawasan sangkar kucing ngan sugar glider.Memang tak payah bersenam. Keluar peluh mencurah-curah. haha.
Baru-baru ni empat ekor kucing aku kena ear mite. Geram betulla aku. Mula-mula try petua guna coconut oil virgin. Titikkan dalam telinga kucing, gosok-gosok sikit then korek guna putik kapas.
Memang keluar semua. Habis comot-comot bulu tepi telinga. Awang la yang paling buruk sekali sebab tak pandai bersihkan diri. Dok harap along dia yang baik hati dan menawan jugak yang kena groomingkan dia.
Esoknya tu, ingatkan tak ada dah taik telinga hitam tu. Rupa-rupanya ada lagi!!! Tak bole jadi ni. Kena cari ubat untuk ear mites jugak. Aq pergilah ke petshop. Beli ubat ear mites. Mahal gilo!! Tapi tak apa. Anak-anak berbulu punya pasal.
Balik dr petshop, aku pon belasah telinga kucing-kucing aku dengan harapan ear mite akan serik untuk bertandang lagi. Memang bersih bersinar-sinar telinga kucing aku. Hah, Lega... haha
Ear mites jahat!!!
Esoknya tu, aku cek lagi telinga budak-budak ni... Ada lagi ear mites!!!!!!!!!! Tak boleh jadi ni. Aku pergi vet, mintak ubat untuk ear mites. (Malas nak bawak kucing aku sebabnya naik moto. Kalau ringan tak apalah jugak.) Dokter pon bagilah ubat ear mites. Sebotol kecik tu rm10 je..
Balik dari vet sental lagi telinga budak-budak ni. Yang comot bertambah comot. Dah sampai takut diorang ni bila aku nak pegang. Mau tak nya. Dah berapa hari dok sental telinga. Merajukla diorg. haha..
Pada keesokkan harinya, aku cek lagi telinga diorang. Alhamdulillah, Walaupon ada hitam-hitam, tapi sikit sangat. Just kena korek sikit-sikit dengan putik kapas. Legalah aku....
Barulah Awang boleh mandi semalam. Hensem dah pakweku yang satu ni... heee....
Hi,, My name is Princes Awang Gebu. I dah wangi... <3
0 comments:
Post a Comment