Monday, 7 September 2015

Kenapa Saya Perlu Mengkasikan Atau Memandulkan Haiwan Peliharaan Saya?


Assalamualaikum semua,


Baru lepas dimandulkan...


Hari ni aku nak story sikit pasal pemandulan atau mengkasi haiwan perliharaan (kucing/anjing)... Kenapa kita perlu korbankan sedikit wang untuk kebaikkan bersama?

Mengikut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, setiap hari lebih kurang 70,000 ekor anjing dan kucing dilahirkan. Tetapi cuma sebahagian sahaja daripada jumlah tersebut yang mendapat penjagaan dan perlindungan dari keluarga yang penyayang. Berdasarkan statistik juga, 4 sehingga 6 juta kucing dan anjing di-PTS (put to sleep) kerana tiada tempat untuk mereka di pusat-pusat perlindungan haiwan.


Seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat, begitulah juga keadaannya di Malaysia. Lebih menyayatkan hati apabila haiwan-haiwan jalanan diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh manusia-manusia durjana kemudian tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya. Di Malaysia, penderaan dan penyeksaan haiwan tidak dipandang serius di negara kita. 

Pemandulan, kembiri dan kasi membawa maksud yang sama iaitu menghilangkan keupayaan seseekor haiwan untuk mengawan atau beranak pinak. Ada banyak cara boleh dilakukan bergantung kepada jantina. Perlu ke kita mandulkan kucing kita?


Kedebapan teserlah selepas dimandulkan...

Justeru itu, pengkasian atau pemandulan kucing dan anjing adalah langkah yang terbaik untuk mengurangkan pembuangan kucing dan anjing yang berleluasa, secara tidak langsung mengelakkan haiwan-haiwan ini daripada menjadi mangsa penganiayaan dan penderaan.

Terminologi pemandulan (neuter) haiwan :

1. 'Castration' / 'castrate' - term yang biasa digunakan merujuk kepada pemandulan kucing jantan.
2. 'Spaying'/ 'spay' - term yang biasa digunakan merujuk kepada pemandulan kucing betina.

Masih ada umat Islam yang ragu-ragu untuk memandulkan haiwan kesayangan mereka. Antara sebab dan alasan yang diberikan adalah seperti takut berdosa menyekat nafsu haiwan tersebut, takut menganiaya naluri haiwan kesayangan mereka, takut sekiranya ia menyakitkan haiwan peliharaan mereka, dan sebagainya.

Jika begitu, bagaimana pula dengan dosa membuang anak-anak kucing yang masih kecil ke jalanan, dosa membuang ibu-ibu kucing yang sedang sarat, dosa memuang kucing dengan alasan suka memancut, terlalu banyak dan banyak lagi alasan? Dicampak? Dibuang di dalam karung guni? Kemudian sekiranya mereka menjadi mangsa lenyekan tayar kereta? Dan lebih buruk, menjadi mangsa pijak, tendang, dibakar, diracun, disiksa dan pukul manusia yang tidak berperikemanusiaan? Fikirkan.

Di sini dipetik dari hujah Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin(anggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi) :
Maksudnya: “Adapun mengkasi haiwan, hukumnya adalah harus jika ada maslahah, akan tetapi mestilah menggunakan proses-proses yang dapat mengelakkan daripada menyakiti haiwan tersebut.” (Liqa al-Bab al-Maftuh 15/37).
Kemudian beliau menyentuh tentang pengkasian/pemandulan kucing:
Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448)

Kelebihan memandulkan haiwan peliharaan:
Terdapat tiga golongan yang mendapat kebaikan daripada pemandulan/pengkasian haiwan peliharaan, iaitu pemilik haiwan, haiwan peliharaan dan komuniti setempat.

Kebaikan kepada pemilik haiwan:
- ♦ Haiwan peliharaan yang dikasi/dimandulkan menjadi lebih manja
- ♦ Kucing jantan yang dikasikan tidak akan kencing memancut merata-rata.
- ♦ Haiwan yang telah dikasi/dimandulkan akan kurang menggigit dan agresif.
Kebaikan kepada haiwan peliharaan:
- ♦ Haiwan peliharaan yang dikasikan/dimandulkan hidup lebih sihat tanpa risiko kanser prostat dan ovari, dijangkiti penyakit kelamin dan kanser payudara.
- ♦ Haiwan peliharaan yang dikasi akan kurang keluar merayau keluar rumah dan bergaduh dengan kucing-kucing lain yang akan menyebabkan jangkitan penyakit.
Kebaikan kepada komuniti sekitar:
- ♦ kebersihan dikawasan kejiranan lebih terjamin kerana pembiakan kucing/anjing yang terkawal.
- ♦ Pusat perlindungan haiwan terbiar akan lebih terurus dan akhirnya tiada haiwan yang perlu di-PTS kerana kekurangan ruang untuk mereka di pusat perlindungan haiwan tersebut.



Kesimpulannya, pemandulan dan pengkasian haiwan perliharaan melibatkan proses pembedahan yang mudah dan ringkas. Ia tidak menyeksa haiwan kesayangan malah sebaliknya, ia memberi banyak manfaat kepada pemilik haiwan, haiwan itu sendiri dan komuniti sekitarnya. Oleh itu diharap dengan penjelasan yang diberi ramai pemilik haiwan yang bertanggungjawab mengkasi/memandulkan haiwan mereka dengan segera.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi mana-mana doctor veterinar yang berdekatan.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Boleh saya tau berapa kos standard utk membuat spaying pada kucing? Tq.

carnation ungu said...

Wsalam... Kos bergantung pd vet... Tp kebiasaannye, jntn rm80-rm100.. Betina rm130-rm160...

carnation ungu said...

Wsalam... Kos bergantung pd vet... Tp kebiasaannye, jntn rm80-rm100.. Betina rm130-rm160...

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB