Thursday 27 November 2014

Kurap Kucing

Assalamualaikum semua...




Baru-baru ni ada seorang customer saya hantar boarding kucing. Sebelum hantar kucing, macam biasalah, saya akan pesan kepada owner supaya vaksin kucing dan pastikan kucing bebas dari sebarang penyakit termasuk penyakit kulit. 

Seminggu sebelum hantar ke Royal Pet's Hotel, customer saya ni tadi whatsapp saya. Katanya kucing dia tiba-tiba kena kurap. Walaupun dah disuntik ubat kurap masih belum sembuh. Risau betul dia. Dah nak pergi holiday, nak hantar kucing boarding dah berkurap pula. 

Kesian pon ada. Tapi tak apalah, saya kata hantar je pada saya. Nanti saya tengok-tengokkan. Bila saya dapat je kucing tu, saya belek dan telek, memang sah bukan kurap. Cuma luka sebab garu telinga gatal. Patotlah dah cucuk kurap pon tak baik-baik and kucing murung aje. Rupanya salah ubat. Saya tak tanyalah pulak klinik haiwan mana yang dia hantar. Tapi memang sedih bila vet tak cek betul-betul penyakit kucing tu. Sedih tau. Kesian dia.

Tapi tak apa. Sekarang ni luka makin sembuh and kucing makin aktif. Main je keje dia. Tak tau penat langsung. Geram betul aku. haha.. Saya just sapu ubat luka dan bagi minum BAJA HAIWAN CAP AYAM MELAYU. Boardingnya seminggu tapi luka dah start baik tak sampai seminggu. 

Saya terlupa pulak nak ambil gambar luka tu sebelum dan selepas. Cuma ada video baru mandi siang tadi je. 



Ni videonya. Yang kuning-kuning tu warna ubat sapu tu. Tak mau tanggal pulak warnanya. Tapi tempat kuning-kuning tu lah tempat lukanya. Just tinggal luka di pipi dan bawah dagu je. Luka di telinga dah sembuh. Luka di pipi dan dagu tu pon dah start kering. Alhamdulillah. Senang hati ownernya nanti bila tengok kucing kesayangan dah sembuh. 

0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB