Thursday 27 November 2014

Cara Susukan Baby Rabbit Cara Manual

Assalamualaikum semua...

Arnab atau rabbit yang baru first time beranak memang biasanya akan ada masalah nak susukan anak. Saya tak pernah bela rabbit... Teringin sesangat. Tapi ni pengalaman masa kerja di kedai akuarium masa belajar dulu. Ada seekor arnab di kedai tu beranak. Anak dia kurus je. Memang tak minum susu. Biasalah, kalau kedaikan. Boss bagi makan apa ada je. Kesian sebenarnya. Kalau nak bagi hay, saya beli sebungkus guna duit sendiri then baru bagi. Kalau nak harap big boss... Memang tak lah kan.... 

Sambung cerita balik, masa arnab tu baru beranak saya biarkan je seharian tu. Tak nak ganggu. Just letak kain dan alas cage dengan kotak je. Esoknya datang kerja tengok baby arnab tu kurus je. Letak-letak beg terus pegi ambil baby arnab tu dengan ibu dia. Duduk dekat kerusi big boss (boss tak datang lagi beranila aku.. hee) then feed baby arnab tu smpai buncit bam-bam... Nak tau macam mana saya handle? Bacalah tips kat bawah ni... Sebijik macam ni lah yang saya buat cumanye saya buat time bila mai keje ngan time balik keje je.... heee

Cara dia macam ini. Korang duduk bersila, ambil ibu rabbit tu dan baringkan atas riba korang. Baring biar perutnya mengadap korang. Then ambil baby rabbit seekor, letak atas perut si emak rabbit tadi. Suakan mulut baby tu kat puting susu si emak. Untuk first time ni, biasanya mummy rabbit akan meronta tak nak. Tapi,, paksa jugak. Usap-usap biar dia lena. 

Biar baby tu terus menyusu dalam 10-15 minit atau sampai baby rabbit tu kenyang. Bila kenyang dia akan lepaskan sendiri mulut dia dari puting si ibu. Bila dah kenyang, letaklah balik dalam sangkar. Lepas dua tiga kali tolong feed baby rabbit, InsyaAllah si emak akan mula menyusukan anak dia. 

Arnab adalah haiwan yang pemalu. Bila ada orang tengok dia, dia takkan menyusukan anak dia. Normally arnab akan menyusukan anak dia dua kali sehari. Tengah malam dan awal pagi. Just kena rajin pantaulah si anak rabbit dapat susu dari emak dia so that mereka akan membesar dengan sihat.

Kalo macam ni punya perut, sahehlah kekenyangan... hee

Elok bagi makan HAY untuk rabbit yang sedang menyusukan anak sebab HAY boleh menggalakkan lagi penghasilan susu. So good for the babies. 

Then, rajin-rajin kemas sangkar atau bakul tempat baby rabbit so diorang tak lah kotor dengan air kencing dorang sendiri.

Ada dua keadaan jika dipisahkan baby dan ibunya. 

Yang pertama selepas dipisahkan 2 atau 3 hari kita susukan cara manual 2 kali sehari dengan cara memegang ibu rabbit dan biarkan baby menyusu hingga perutnya nampak bulat atau baby sendiri tidak mahu menyusu lagi. Ini biasanya utk ibu rabbit kali pertama melahirkan dan utk membiasakan ibu supaya menyusu. Selepas dua tiga hari biarkan baby terus bersama ibunya. 

Keadaan kedua selepas dua tiga hari dipisahkan dan jika diletakkan baby bersama ibunya, ibunya akan menggigit membunuh dan memakan anaknya. Ini berlaku disebabkan bau tangan kita yang memegang baby itu tidak disenangi oleh ibu rabbit ataupun ibunya stress atau kekurangan makanan.

0 comments:

 

©2009 Royal Cat's Blog | by TNB